Chapter 31

340 14 1
                                    

Tuan Tangsakyuen dan Puan Tangsakyuen keluar daripada kereta Bentley sambil berpegangan tangan. Kedua ibu bapa Phuwin kelihatan kacak dan cantik untuk malam ini kerana mempunyai dinner di hotel bersama klien-klien.Tuan Tangsakyuen memakai tuxedo warna hitam manakala Puan Tangsakyuen memakai gaun labuh belah tepi warna merah darah. Ayah Phuwin membuka banyak cawangan hotel di Asia ini dan ada beberapa hotel dari syarikat ayahnya yang berada di luar negara juga.

Pond dan Phuwin memakai tuxedo warna hitam. Pond memakai bow tie manakala Phuwin memakai neck tie sahaja.

" Shall we, sayang ? " Pond meletakkan tangannya di pinggang, memberi ruang untuk Phuwin merangkul tangannya.

Phuwin ketawa kecil dan merangkul erat tangan Pond.

" Pond, Phuwin, ready ? " tanya Tuan Tangsakyuen dengan senyuman melihat kebahagiaan anak dan menantu nya. Dia memandang isterinya dan Puan Tangsakyuen tersenyum lebar dan menganggukkan kepalanya, mengetahui pilihan mereka selama ini tidak salah.

" Ready pho ! " jawap Phuwin dan Pond, serentak.

" Kalau macam tu, let's go " Tuan Tangsakyuen terus berjalan bersama isterinya manakala Pond dan Phuwin mengikuti dari belakang.

Masuk sahaja ke dalam ballroom, ramai klien-klien ayah Phuwin, tidak kira lelaki ke perempuan, semua berjumpa dengan Tuan Tangsakyuen untuk beramah mesra.

" Ini anak saya, Phuwin Tangsakyuen yang akan meneruskan perniagaan saya suatu hari nanti " Tuan Tangsakyuen memegang bahu Phuwin.

Phuwin senyum dan menundukkan kepalanya, hormat.

" Dan ini.. " Tuan Tangsakyuen menepuk bahu Pond, " Menantu saya, suami kepada anak saya. Pond Lertratkosum, mempunyai hospital sendiri " Tuan Tangsakyuen memperkenalkan Pond dekat semua pelanggan-pelanggan nya yang menatap pasangan suami-suami itu dengan pandangan yang bangga.

" Pasangan yang sempurna. Pandai, berwajah kacak, mempunyai harta dan berjaya " puji seorang lelaki berusia 40-an dengan senyuman.

" Terima kasih Tuan Wen " ucap Phuwin dengan senyuman profesional.

" Hmmmmmm.. Anak kamu sudah berkahwin. Dia tidak boleh menggunakan nama Tangsakyuen lagi kerana namanya sudah bertukar kepada Phuwin Lertratkosum " kata seorang perempuan berbaju gaun beropol bahagian dada. Kelihatan muda seperti akhir 20-an.

Puan Tangsakyuen ketawa dan menganggukkan kepala, " Iya, betul itu. Kahwinkan lah anak awak cepat-cepat kalau begitu "

Perempuan cantik itu ketawa, " Apa pula. Saya belum kahwin lagi. Nak kahwinkan anak, lagi mustahil "

" Jom, kita duduk. Majlis nak mula dah ni " ajak Tuan Tangsakyuen.

Tuan Tangsakyuen, Puan Tangsakyuen dan klien-klien yang lain berjalan terlebih dahulu, meninggalkan Pond dan Phuwin di belakang.

" Huhh.. Berdebar saya jumpa klien-klien pho awak " Pond mengusap dadanya dengan kasar.

Phuwin ketawa, " Awak kena biasakan sebab suatu hari nanti, saya yang akan meneruskan perniagaan ini "

Pond menganggukkan kepalanya.

" P'Pond !! " suara nyaring seorang perempuan memasuki gegendang telinga Pond dan Phuwin.

Phuwin berdecit melihat si sotong ada di sini, " Apa sotong ni buat dekat sini ? " tanya Phuwin dengan kasar.

" Sotong ? " Pond mengerutkan dahinya, " Janhae ke ? "

" Ye lah, siapa lagi ! Kalau bukan sotong, takkan aku nak panggil dia salmonella pula ! " bidas Phuwin, tidak puas hati bila melihat Janhae tengah menuju ke arahnya.

Pond ketawa kecil melihat sikap Phuwin. Dia tahu Phuwin tidak menyukai Janhae tapi nak buat macam mana, Janhae pun sudah biasa bermanja dengannya.

Mata Janhae sakit melihat Phuwin merangkul lengan Pond. Hatinya membengkak dengan rasa cemburu. Dengan selamba, Janhae terus menyelit di tengah-tengah Pond dan Phuwin membuatkan Phuwin terpaksa melepaskan rangkulan di lengan Pond.

" Kenapa P'Pond tak cakap yang P'Pond pun datang sini ? " tanya Janhae dengan manja. Dia merangkul lengan Pond, bekas tempat rangkulan Phuwin tadi.

" Saya ikut Phuwin sebab keluarga Phuwin menguruskan syarikat perhotelan " beritahu Pond dengan senyuman manis.

" Oh, ye ke ? Kenapa saya tak tahu ? " tanya Janhae dengan mata yang terkelip-kelip manja.

" Not important bitch " gumam Phuwin perlahan dengan wajah kesal.

Janhae yang dengar gumaman Phuwin, memandang Phuwin dengan tajam bila Phuwin memanggilnya pelacur.

Phuwin senyum sinis dan mengangkat keningnya sambil memberikan jelingam yang tajam.

" Awak buat apa di sini ? " tanya Pond dekat Janhae.

" Pho tak dapat datang sebab pho pening. Jadinya, saya wakil syarikat " beritahu Janhae sambil tubuhnya bergoyang sana sini, macam ulat sampah.

" Ohh, awak pergi lah dulu. Saya nak cakap sesuatu dengan Phuwin " Pond menarik lengannya dari dirangkul oleh Janhae. Dia kena jaga perasaan Phuwin dan semua orang di sini sudah mengetahui dia suami kepada Phuwin, tidak manis dilihat oleh orang ramai yang Janhae melekat dengannya. Sepatutnya Phuwin yang kena berada di sisi, bukanlah Janhae.

" P'Pond nak cakap apa dekat Phuwin ? Cakap je lah. Saya pun nak dengar " rengek Janhae dengan manja. Dia melentokkan kepalanya di bahu lebar Pond dengan bibir merahnya yang termuncung-muncung macam mulut itik.

" Mana boleh. Privasi " Pond menolak tubuh kurus Janhae yang semakin rapat dengan tubuhnya.

Janhae menghentakkan kakinya dan pergi dari situ selepas memberikan jelingan tajam untuk Phuwin.

Eh ! Eh ! Macam dia seorang sahaja di dunia ni boleh jeling, bentak Phuwin dalam hati. Nak sahaja dia congkel biji mata Janhae yang memakai contact lense warna biru itu dengan pisau.

" Huhh.. Dapat juga lepas. Tak bernafas saya kalau dengan Janhae tu " Pond mengurut dadanya yang sesak.

" Siapa suruh layan ? " Phuwin menjeling Pond dengan wajah yang masam mencuka.

Pond ketawa, " Jangan lah marah. Saya sayang awak seorang sahaja "

Phuwin berdecit, " Tsk, tipuan semata-mata. Sweet talker " Phuwin terus berjalan ke depan dengam senyuman simpul di bibir.

Pond ketawa kecil dan merangkul pinggang ramping Phuwin membuatkan Phuwin terkejut.

" Jangan marah sayang " Pond mengucup hidung Phuwin membuatkan Phuwin terkejut besar.

Phuwin memandang sekeliling yang ramai orang. Ada beberapa perempuan dan lelaki memandang mereka dengan senyuman hormat. Iyalah, Phuwin popular di kalangan orang-orang terhormat kerana ayahnya.

" What the hell are you doing ? Orang lain pandang lah " Phuwin memandang Pond dengan tajam.

" Tiada sesiapa yang pandang sebab mata saya hanya pandang awak seorang sahaja " ucap Pond dengan senyuman manis di bibir.

Phuwin senyum lebar, " Puih ! Menjijikkan ! " Phuwin berlakon meludah di lantai dan dia ketawa kecil.

" Kenapa ? Tak percaya ? " Pond terus mengucup hujung bibir Phuwin berkali-kali, dia memberikan peck kiss dekat hujung bibir Phuwin membuatkan Phuwin terkejut.

" P'Pond !! " Phuwin memukul Pond dan memandang sekeliling. Dia tersenyum kecil dan menunduk hormat dekat orang-orang yang memandang mereka dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

" Apa ni ? Jangan lah ! " Phuwin menolak wajah Pond dan terus berjalan ke hadapan dengan wajah yang memerah. Terkenal lahh dia nanti sebab semua dah nampak Pond mengucup nya.

Pond senyum melihat Phuwin yang malu. Pipinya memerah sampai ke telinga. Sikap Phuwin menghiburkan hatinya. Membuatkan dia jatuh cinta berkali-kali terhadap Phuwin.

Strawberry and Cigarettes ( S2 ) Where stories live. Discover now