Chapter 32🔞

877 22 0
                                    

Selepas pengucapan setiap CEO syarikat yang hadir, mereka memulai menjamu selera.

Phuwin menjeling Janhae yang duduk di sebelah Pond. Sekarang ini, Pond di tengah-tengah, diantara dia dengan Janhae manakala kedua ibu bapanya berada di hadapan mereka.

Phuwin nampak tangan Janhae asyik menjalar di lengan Pond tetapi Pond selalu menolak tangan Janhae. Si sotong ni dah mula gerakkan tangan dia dah !

Phuwin memotong-motong steak daging yang berada di pinggan nya dengan wajah geram melihat Janhae yang nakal menyentuh tubuh suaminya. Bayangkan steka daging yang dia potong ni, adalah Janhae. Ha, kan bagus. Puas hati dia. Hati dia sekarang ini diselubungi cemburu yang maha kuat.

" Janhae, makan " pinta Pond bila melihat Janhae tidak makan makanan yang berada di pinggan.

" Janhae tak nak makan. Nanti Janhae gemuk macam mana ? " tanya Janhae dengan manja.

Phuwin mencebikkan bibirnya dan dia memakan satu potongan steak.

" Janhae mana gemuk. Kurus je saya tengok " kata Pond dengan senyuman.

" Kurus ? Kurus ke ? Janhae rasa Janhae dan buncit sikit lah. Sini, cuba rasa " Janhae mengambil tangan Pond dan meletakkan tangan Pond di perutnya.

" Mana ada. Kurus je. Tak buncit lah " Pond menggelengkan kepalanya dan menarik tangannya dari genggaman tangan Janhae.

Janhae memegang tangan Pond tetapi Pond menarik tangannya dengan lebih kasar berbanding tadi.

" Janhae, tangan awak boleh tak duduk diam-diam ? Saya cucuk dengan garfu ni nanti " Pond menunjukkan garfu di tangannya dekat Janhae.

" Pffff.. " Phuwin menutup mulutnya supaya ketawanya tidak keluar bila melihat wajah Janhae yang berubah mendengar kata-kata Pond itu.

" Phuwin... Pond.. Sikap jaga.. Sopan.. Profesional " tegur Tuan Tangsakyuen dengan tegas.

Phuwin terus melakukan wajah yang serius, sama dengan Pond. Mereka kena bersikap profesional di sini, di sini bukanlah sarkas badut yang perlu ketawa berguling-guling, di sini adalah majlis yang serius dan formal di antara para-para CEO yang tertinggi.

Tapi dalam hati Phuwin, sungguh puas sekali bila mendengar kata-kata Pond terhadap Janhae itu. Phuwin ketawa besar di dalam hatinya.

Phuwin keluar daripada bilik mandi, hanya memakai kemeja lengan panjang milik Pond separas paha dan boxer hitam sahaja. Rambutnya masih menitikkan air dan wajahnya kelihatan segar kemerahan.

Pond yang baru masuk ke dalam bilik, terpegun melihat penampilan Phuwin itu. Dia melihat setiap inci lekuk tubuh Phuwin dengan pandangan yang nakal.

Phuwin yang melihat cermin, nampak tubuh tegap Pond berdiri di pintu yang dipantulkan oleh cermin.

" Mana mae dan pho ? " tanya Phuwin yang menggosok rambutnya yang basah.

" Mae dan pho di luar, tengah berbual dengan beberapa klien-klien " beritahu Pond dan dia berjalan ke arah Phuwin.

" Ohh.. Awak dah mandi ke ? " tanya Phuwin, tidak menyedari pandangan mata Pond terhadapnya.

" Dah. Sebelum awak mandi, saya dah mandi terlebih dahulu " jawap Pond dan dia terus memeluk Phuwin dari belakang dengan erat.

Phuwin hanya membiarkan sahaja Pond memeluknya. Peluk itu sesuatu yang biasa kan ? Tetapi bila Pond menjilat telinganya dengan sensual membuatkan bulu roma nya merinding secara tiba-tiba.

" Awak kenapa ? " tanya Phuwin dan dia berpaling, memandang Pond di belakangnya.

Serentak itu, tubuh Phuwin digendong oleh Pond membuatkan Phuwin terjerit kecil. Pond dengan ganas, menolak semua skincare, alatan solek dan segala jenis barang di atas meja solek itu membuatkan barang-barang itu berterabur di atas lantai.

Strawberry and Cigarettes ( S2 ) Where stories live. Discover now