BAB 5

533 26 7
                                    

Setelah beberapa minit memandu untuk pulang ke rumah, akhirnya Aryan Zihni dapat merasakan kebebasan.

Sepanjang perjalanan pulangnya, matanya tidak pernah celik malahan sentiasa ditutup rapat.

Badan Aryan Zihni yang dipapah oleh Dato Zamri perlahan-lahan dibaringkan di atas katil.

Matanya memejam rapat bagi merasakan keselesaan berada di dalam bilik sendiri.

Keluhan lega dilepaskan olehnya dan senyuman mula terukir di bibirnya.

Cadar katilnya diramas bagi menunjukkan kerinduannya terhadap katil empuknya berbanding dengan katil keras di hospital itu.

"Sepanjang luka kamu tu tak sembuh, duduk je dalam bilik ni" arah Datin Badrina sambil tangan dan mulutnya sibuk menyejukkan bubur yang masih panas itu.

"Ha? Dahtu, Yan nak buat apa?"

"Rehat" jawab Dato Zamri dengan ringkas sambil membetulkan selimut pada kaki anaknya.

"Taknaklah ibu, Yan bosan" keluh Aryan Zihni.

Sudu yang dipegang oleh Datin Badrina dilepaskan di dalam mangkuk kaca itu dan bunyi berdenting kedengaran di setiap ruangan bilik.

"Tak sedar ke diri kamu tu dah tua bangka?! Nak merengek macam budak tiga tahun dah kenapa?!" tengking Datin Badrina.

Keluhan demi keluhan dilepaskan oleh ibu bapanya.

"Ni, ibu dan ayah dah buat keputusan"

Berkerut dahi Aryan Zihni mendengar kata-kata ibunya.

"Aku pula kena! Awak yang buat keputusan ni sorang" bantah Dato Zamri apabila namanya naik dipergunakan oleh isterinya.

"Keputusan apa?" tanya Aryan Zihni dengan hairan.

"Ibu dah buat keputusan untuk ambil Doktor Afaf untuk jaga kamu" terang ibunya.

"Ha?! For what, ibu?!"

"Ibu ni dah tua, tak larat nak menghantar kamu pergi balik hospital semata-mata nak periksa luka kamu tu. Setakat nak basuh luka kena pergi hospital, baik upah aje Doktor Afaf tu" kata Datin Badrina dengan huraian yang cukup bernas di dalam hujahnya.

"Betul tu, Yan. Ayah ni pun bukan reti sangat nak cuci luka tu. Takut nanti kamu masuk ICU balik" sokong Dato Zamri.

Aryan Zihni tertawa kecil. Tidak percaya dengan keputusan yang dibuat oleh ibu bapanya.

Mana mungkin dia ingin mempercayakan gadis luar yang bagi dirinya gadis itu tampak seperti pisau cukur di matanya.

"Ibu, ayah, sedar tak yang dia tu doktor? Dia bukan jururawat. Sepatutnya semua tu kerja jururawat, bukan doktor" bantah Aryan Zihni dengan keras.

"Ok, jadinya kita upah Doktor Afaf sebagai doktor peribadi dalam family kita" kata Datin Badrina masih lagi mempertahankan cadangannya.

Mempunyai keluarga yang membawa gelaran tiada masalah bagi mereka untuk mengupah sesiapa sahaja untuk bekerja di dalam keluarga itu

"The fuc*" carut Aryan Zihni tanpa tapisan.

Mata Datin Badrina kini kian membuntang.

"Kamu carut dekat ibu ya? Berani kamu ya, Aryan Zihni!" 

Mangkuk yang berisi bubur itu diletakkan di atas meja di sebelah katil anaknya dan tangannya yang kosong kini memukul dan menampar kuat lengan sasa Aryan Zihni.

Aryan Zihni dengan sedaya upaya melindungi dirinya dan mengelak dari setiap pukulan itu.

Dato' Zamri akhirnya mendekati dua beranak yang di dalam dunia mereka itu.

ARYAN ZIHNI:THE UNTOLD LOVE |OG|Where stories live. Discover now