Hujan lebat membasahi bumi setelah sekian lama musim kemarau berlangsung. Malam ini lebih sejuk berbanding malam sebelumnya. Ramai orang berpusu-pusu di atas jalan raya untuk pulang ke rumah dalam kesesakan jalan raya. Tidak lupa juga kepada manusia yang berpayung meredah hujan lebat untuk kedestinasi masing-masing.
Berbeza pula dengan seorang manusia berbaju hujan ini. Dia tidak pulang ke rumah, malah menuju ke kawasan lorong gelap mengikuti bau yang menyengat hidungnya. Langkahnya berhenti di hadapan seseorang yang terkulai lemah di tepi dinding.
Pergelangan tangan jejaka itu dipegang setelah bercangkung. "Masih hidup."
Kemudian, dia mengangkat lengan kanan jejaka itu ke atas bahunya untuk dipapah. Kelihatannya, jejaka itu sudah pengsan akibat kehilangan banyak darah. Tanpa rasa curiga, dia segera membawa jejaka malang itu ke arah keretanya yang terletak tidak jauh dari kawasan itu.
"Stok pembalut luka ada lagu atau tak? Aku dah lama tak guna," soalnya kepada diri sendiri.
"Singgah farmasi dulu la."
*
Kesakitan mula terasa apabila jejaka itu sedarkan diri daripada lena yang panjang. Dia menyentuh pinggang kanan yang terkena tembakan sedas peluru. Nasibnya baik kerana tidak terkena pada organ dalamannya. Pandangan beralih ke arah siling putih lalu anak matanya melihat suasana bilik yang serba hitam putih ini.
"Aku di mana? Siapa pula yang selamatkan aku?" katanya sambil melihat luka-lukanya telah dirawat.
Luka yang teruk pada lengan kirinya akibat terkena serangan pisau juga sudah dijahit dengan kemas. Mungkin orang yang selamatkan dia ialah seorang doktor.
Sapu tangan basah pada dahinya dicapai lalu diletakkan di dalam mangkuk di atas meja berhampiran katil. "Aku demam? Tapi tak rasa panas pun badan ni."
Pintu bilik mandi di sebelah kanan bilik tersebut dibuka oleh seseorang. Pandangannya terus tertancap kepada manusia di hadapan pintu bilik mandi. Ternyata manusia itu seorang wanita berambut pendek dengan wajah kacak dan beralih lentik. Tidak berkelip matanya melihat wanita yang mengenakan robe hitam tersebut.
Pintu bilik mandi ditutup. Santai sahaja dia menuju ke almari pakaiannya untuk mencari pakaian. Wanita itu hanya mendiamkan diri kerana tiada apa-apa yang perlu dibicarakan baginya.
Dia duduk di atas katil sambil menahan kesakitan. "Terima kasih sebab dah selamat saya. Saya, Que Hazre. Orang panggil Hazre. Awak pula?"
Pintu almari dibuka dan pakaian diambil sambil menjawab soalan Hazre. "Karen Qian."
Pintu ditutup. Dia segera ke arah pintu biliknya untuk keluar dari situ. "Luka tu belum sembuh. Lebih baik baring sebelum berdarah lagi. Nak apa-apa nanti, panggil je maid saya. Tekan butang tepi dinding tu. Maid saya tak cantik. Hanya robot bertopengkan manusia."
"Berapa duit awak habis untuk rawat saya? Nanti saya bayar balik," kata Hazre yang tidak mahu berhutang budi.
"Tak perlu. Saya tak buat kebaikan untuk balasan. Lagi pun, dah lama tak jahit orang. Rasa berbaloi lepas sekian lama pendam," ujarnya.
Terasa gerun mendengar kata-kata Karen. Hazre paksa diri untuk tersenyum. "Hebat. Mesti awak dulu kerja jadi doktor bedah, kan?"
"Doktor hanya cita-cita tapi tak kesampaian. Itu hanya hobi lepaskan tekanan. Saya keluar dulu. Kalau nak guna baju. Ambil je dalam almari tu," ujarnya lalu keluar dari bilik itu.
"Eh? Kongsi baju? Dia ni sumber badak sangat. Dia fikir aku tak tahu dia tu perempuan? Dada kecil. Jangan ingat boleh tipu aku. Aduh aduh. Pedih pula."
Hazre melihat baju sejuk yang dipakainya. "Jangan cakap baju yang dia bagi aku guna ni pun baju dia." Wajahnya mula berona merah kerana segan berkongsi pakaian dengan orang berbeza jantina.
*
Jam menunjukkan detik 2:30 pagi. Hazre tidak mampu lelapkan matanya setelah pengsan dua hari akibat kecederaan dan demam yang dialaminya. Dalam keadaan kesakitan itu, dia tidak mampu bergerak sendiri untuk masa sekarang dan memerlukan bangunan orang lain. Untung sahaja di rumah ini terdapat pembantu rumah AI yang menguruskan segala keperluan Hazre. Kurang sikit rasa malunya.
"Sari kata, tuan dia penulis novel. Malam ni keluar sebab ada aktiviti cosplayer. Apa untungnya jadi cosplayer? Perempuan yang tak ada perasaan tu jadi cosplayer?" kritiknya sambil berfikir sejenak.
Bunyi tapak kaki seseorang menghampiri bilik ini menjadi perhatian Hazre. Dia berpura-pura tidur kerana lampu bilik itu sudah gelap. Ketika ini, pintu bilik dibuka dan Karen masuk ke dalam biliknya. Langkah terus ke arah sebuah sofa di penjuru bilik setelah pintu bilik ditutup.
Jaket mewah berwarna hitam bercampur kuning keemasan ditanggalkan lalu disangkut pada sofa. Tali leher dicabut dan dua butang kemeja dibuka. Rambut hadapan disisir ke belakang sambil melihat telefon pintar yang dikeluarkan dari poket seluarnya tadi.
Kaki disilang dan dia mula membebel. "Lepas satu, satu ajak couple. Jadi cantik salah. Kacak salah. Penat betul dengan perangai manusia yang tengok rupa. Bukan tengok hati. 80% istilah cinta bahagia tak ada makna."
"Dah la. Malas fikir masalah dunia. Ada jodoh ada la. Tidur lagi bagus."
"Jodoh? Single lagi ke?"
Karen berdiri untuk membuat renggangan otot. "Esok kena sambung buat manuskrip. Dan... Ah, malasnya aku! Tak ada orang lain boleh tolong berlakon jadi mafia dalam short story promosi si Atira tu ke?" keluhnya.
"I need peace for a day in my life," tambahnya lagi dengan jeritan sekuat hatinya. Dia terlupa ada orang lain di dalam biliknya kerana terlalu penat.
YOU ARE READING
MAFIA ITU MILIK AKU
Mystery / ThrillerKekuatan bukan segalanya. Begitu juga kekayaan kerana hati manusia memerlukan kasih dan sayang yang dikenali sebagai cinta. Sekuat mana pun seseorang itu, jika dikhianati mungkin bakal tersungkur juga. Namun, cinta yang setia mungkin menjadi motivas...