BAB 4

6 2 0
                                    

Fasly menamatkan panggilan dengan seseorang. Kemudian, dia pusing ke belakang untuk pergi dari situ tetapi langkahnya terhenti apabila sepucuk pistol melekat pada dahinya. Dia langsung tidak merasai kehadiran manusia itu di situ sehingga kini.

"Dah lama kita tak jumpa, Fynn."

"Seth?" ujar Fasly sambil cuba untuk mencapai senjatanya di sebalik jaketnya.

"Apa khabar tuan kau sekarang? Dah lama tak dengar cerita. Hidup atau mati?" tanya Seth lalu mengalihkan senjatanya dari dari Fasly.

"Kau tak perlu tahu. Tuan kau pula macam mana? Dah bebas dari penjara?" giliran Fasly pula bertanya.

Seth memusing-musing pistolnya. "Sudah pasti. Duit boleh buat apa saja."

"Jadi, kau datang jumpa aku untuk apa?"

Sepucuk surat berwarna hitam dicampak ke arah Fasly. "Challeng baru dalam masa tiga hari. Ganjarannya, kebebasan mangsa perdagangan manusia."

Fasly menyambut surat itu. "Itu saja?"

Seth menyimpan senjatanya. "Pastikan tuan kau yang buat kerja. Bukan kau."

"Kau pula macam mana?"

"Tugas aku. Awasi kau dan sasaran," jawabnya sebelum menghilangkan diri pada malam yang gelap ini.

*

Hazre termenung sendiri di atas katil sesuai solat Isyak. Dia sedang memikirkan tentang seseorang yang memerhatikannya pada siang tadi tetapi tiada apa-apa yang berlaku. Dia juga bimbang hal ini akan melibatkan orang yang tidak bersalah.

"Mungkin aku patut pergi dari sini. Kalau mereka tahu Karen kenal aku. Pasti Karen akan jadi sasaran. Aku tak boleh susahkan dia lagi. Dia dah banyak tolong aku," kata Hazre. Walhal dia sendiri tidak memiliki strategi.

BZZZ!

Matanya terus beralih ke arah telefon pintar milik Karen di atas meja. Dia bangun dari katil dan menghampiri meja itu untuk melihat nama si pemanggil. "Fynn?"

Dia segera mengetuk pintu bilik mandi. "Karen. Ada orang telefon."

"Siapa?"

"Fynn."

Sepantas kilat pintu bilik mandi dibuka lalu panggilan diangkat. "Hello?"

Hazre yang terkejut itu segera menutup mulut dan mengalihkan pandangannya ke arah lain. "Apa ni sial? Boleh pula kau berkemban depan aku."

"Saya nak turun makan jap," beritahu Hazre yang berniat untuk lari dari situasi itu.

"Okay."

Suasana sepi seketika di sebalik sana sebelum soalan ditanya dengan tegas. "Dia tidur sebilik dengan kau ke?"

"Tak. Aku tidur dekat bilik Sari. Tapi aku mandi dekat bilik aku sebab semua barang mandian..."

"Listen!" Suara ditinggikan.

Karen terdiam.

"Ingat baik-baik, Qian. Kau tu perempuan. Kau ni memang tak berubah. Slumber badak kau je. Sebab ni la Tuan Dian suruh aku jaga kau," bebelnya seperti abang yang memarahi adiknya.

Karen mengeluh. Kerusi ditarik lalu dia duduk di situ sambil silang kaki. Wajahnya berubah dingin. "Ada apa yang mustahak sangat kau call aku masa mandi?"

"Jangan cakap kau mandi. Lepas tu keluar macam tu je depan lelaki tu."

Karen melihat kain tuala pada dadanya. "Tak. Aku tak sempat buka baju lagi. Baru nak mandi tadi," menipu bukan hal yang sukar untuk Karen.

Manakala, Fasly pula sudah terbiasa dengan kata-kata dusta itu. Walaupun dia tahu Karen menipunya. Sengaja dia berlakon mempercayainya kerana perempuan selalu betul.

"Seth datang jumpa aku tadi. Ada challenge baru. Ganjarannya, kebebasan mangsa pemerdagangan manusia."

"Macam mana dengan sasaran?"

"Seseorang yang telah membunuh ketua mafia dan melarikan diri. Que Hazre," jelasnya berdasarkan sampul surat yang diterimanya tadi.

Rambut pada bahagian hadapan ditarik ke belakang. "Aku dah agak. Patutlah dia datang set tadi."

"Siapa?"

"Seth. Dia fikir aku tak perasan. Rasanya, Hazre pun perasan."

"Mustahillah orang macam Seth tu dia boleh perasan. Kalau kau. Aku tak hairan sebab kepekaan kau. Tapi Hazre tu... Siapa dia? Aku pun tak sedar Seth datang tadi," kata Fasly dengan perasaan terkejut.

"Entah."

"Mustahil kau tak kenal sepupu sendiri," Fasly memerli Karen.

Karen ketawa. "Tak payah berlakon lagi la, Fynn. Aku tahu, kau dah tahu hal sebenar."

"So?"

"If they come to kill him. I will protect him," katanya.

"For what?" soal Fasly.

"Pasti ada kisah penting di sebalik kejadian. Kau tak rasa hairan ke? Macam mana orang biasa boleh bunuh ketua mafia melainkan orang tu setaraf dengan ketua mafia? Atau mungkin sebaliknya. Pengkhianatan."

"Tapi kau kena hati-hati. Tuan kepada Seth tu sanggup buat apa saja untuk menang. Duit boleh beli segalanya," pesan Fasly yang sangat mengenali sikap manusia itu.

"Aku tak akan pernah jatuh dalam genggaman kekejaman manusia tu. Apa kata kalau kita buat 2 in 1 game?"

"Maksud?"

"Maksudnya memburu dan diburu. Agak-agak macam mana rupa orang yang pernah jadi rival papa dulu?"

Karen mula terasa ghairah dengan perasaan membunuh. Dia tersenyum sendiri sambil membayangkan hal-hal yang bakal dilakukannya nanti.

"Qian!" Jerit Fasly.

Karen seperti tersedar daripada lamunan. Cepat-cepat dia beristighfar dan urut dada. "Aku fikir apa ni? Bahaya. Dalam rumah aku ada orang sekarang ni. Kalau aku seorang tak apa la."

Sementara itu, Hazre terasa seram sejuk tatkala merasai aura membunuh milik seseorang yang sangat kuat walaupun hanya seketika. Dia memiliki kepekaan itu kerana dia sudah lama dilatih oleh arwah bapanya untuk berada dalam dunia gelap sebelum dirinya menjadi buruan mafia milik keluarga sendiri.

"Karen ke tu? Tapi kenapa pula? Direktor kata dah tak bagi Karen pegang watak pembunuh tapi..."

"Makanlah dulu. Nanti tuan turun makan sekali," Sari mempelawa Hazre sambil meletakkan sepinggan mee goreng di atas meja makan.

"Terima kasih," kata Hazre.

*

Gambar seorang wanita dicapai dari dinding. Pada wajah wanita itu terdapat tanda pangkah berwarna merah kerana menggunakan darah. "Cari maklumat tentang gambar ni."

"Baik, tuan," kata orang bawahannya.

"Forensik. Macam mana dengan keadaan mayat?" soal lelaki itu kepada seorang ahli forensik yang baru tiba di situ.

"Terdapat sejenis racun yang diminum oleh mangsa sebelum ditembak. Salah satu cawan juga terdapat sisa racun. Racun yang diminum tu bertujuan untuk hancurkan organ, isi dan tulang. Mungkin pembunuh cuba hilangkan jasad mangsa," jelasnya.

"Kalau kawan serumah dia tak balik untuk ambil barang. Mungkin mangsa akan jadi kes hilang. Tapi apa tujuan penubuhan. Gambar-gambar pada dinding ni gambar orang yang sama. Meja ni pula macam pemujaan atau mungkin sihir?" kata lelaki bernama Inspektor Najmi.

"Tuan. Saya dah dapat maklumat pasal gambar tu. Nama dia, Qian Syazurina binti Dian Syahiran."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 12, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MAFIA ITU MILIK AKUWhere stories live. Discover now