Kolar baju kemeja berwarna putih dikemaskan sambil menunggu Karen di tempat duduk penumpang hadapan. Ketika ini Karen masuk sekejap di dalam rumah kerana dia tertinggal sesuatu yang penting, katanya sebelum dia meninggalkan Hazre di dalam kereta tadi.
Lengan baju dihidu. "Kongsi baju. Kongsi minyak wangi. Sepanjang masa aku selongkar almari dia. Aku tak nampak pun pakaian perempuan. Jangan cakap dia ni transgender. Tapi macam bukan. Walaupun dada dia kecil tapi aku tahu beza." Dia angguk kepala.
Karen masuk ke dalam kereta lalu pintu kereta ditutup. "Nah, skrip." Senaskah skrip diberikan kepada Hazre.
Hazre menerimanya. "Kenapa?"
"Untuk shooting hari ni. Awak akan pegang watak mafia. Saya ada kerja lain nak buat," beritahunya kepada Hazre.
"Ha? Tapi saya tak pernah berlakon," dia terkejut terhadap penyataan itu.
Karen mula memandu keluar dari perkarangan rumahnya. "Tak susah pun berlakon. Baca dan faham. Jangan terlalu hafal. Bina ayat sendiri pun tak ada masalah. Asalkan cerita berjalan. Lagi pun, ni bukan rakaman penuh. Beberapa babak je."
"Tapi kenapa saya? Awak pula buat apa?" soalnya sambil melihat wajah tampan Karen.
"Cari ilham untuk karya sendiri," jawabnya.
*
Seorang wanita berlari ke arah mereka berdua setibanya mereka di tapak pengambaran. "Karen-chan. Lama tak jumpa. Tak rindu aku ke?"
Karen membiarkan sahaja rakannya memeluk lengan kanannya seperti pasangan kekasih. "Nak kata rindu, tak juga. Sebabnya buat apa nak rindu kalau orang tu selalu telefon aku waktu aku nak tidur?"
"Ceh, kau tu selalu tidur salah masa!" Kritik wanita bernama Atira. Lengan Karen segera dilepaskan.
"Ni aku bawa pengganti aku. Untuk watak mafia tu. Dia pegang," beritahu Karen kepada sahabatnya.
"Hai. Saya, Que Hazre," sapa Hazre.
Atira terpaku melihat kekacakan jejaka di hadapannya itu. Namun, sesuatu yang lain telah menarik perhatiannya. "Boyfriend kau ke, Karen?"
"Apa benda pula kau ni?"
"Sebab dia pakai baju kau. Jangan fikir aku tak pernah tengok kau pakai jaket Jeans ni sebelum ni." Atira angkat kening kepada Karen sambil tersengih.
"Dia sepupu aku. Sharing is caring. Dah. Pergi buat kerja cepat. Aku..."
Tangan Karen pantas ditarik oleh Atira sebelum dia memegang pintu keretanya. "Nak ke mana? Kau pun kena ikut sekali."
"Kenapa pula? Harraz dah gantikan aku, kan?" pentingnya kerana tidak berpuas hati.
"Ya tapi kau kena ganti Johan. Dia tak boleh datang sebab bini dia nak beranak. Watak kau sebagai musuh encik mafia, Farish. Nanti ada babak lawan dengan Carlos," jelas Atira dengan bersemangat.
Karen tepuk dahi. "You should pay me more than before."
Tangan Karen dilepaskan kerana dia mempercayai sahabatnya akan membantunya lagi. "No problems. Tapi Farish tu perwatakan dia sweet talker."
"Sweet talker? Orang macam dia ni? Muka tak ada perasaan ni?" Hazre merenung Karen dengan perasaan tidak percaya sekiranya Karen memegang watak itu.
Butang kunci kereta ditekan lalu kereta dikunci secara automatik. Karen menghayunkan langkahnya ke arah sebuah bangunan di set pengambaran. "Come with me."
"Okay, master." Atira menggedik dan berlari ke arah Karen.
Hazre masih kebingungan. Penat memikirkan perkara yang ada dalam fikiran Karen. Dia pula terus menuju ke arah kawasan pengembaraan yang dikerumuni oleh beberapa orang kru.
YOU ARE READING
MAFIA ITU MILIK AKU
Mystery / ThrillerKekuatan bukan segalanya. Begitu juga kekayaan kerana hati manusia memerlukan kasih dan sayang yang dikenali sebagai cinta. Sekuat mana pun seseorang itu, jika dikhianati mungkin bakal tersungkur juga. Namun, cinta yang setia mungkin menjadi motivas...