SINOPSIS:
Mencintai Iris Alana merupakan satu hal yang terindah didalam hidup Raja Aqib Darrius. Kehadiran gadis itu telah mencorakkan warna yang indah didalam hidupnya. Gadis itu serba-serbi sempurna dimatanya. Hanya nama Iris Alana yang selalu diceritakan pada Tuhan saban siang dan malam.
Mereka menjalinkan hubungan hampir enam tahun. Sedari alam pengajian di Amsterdam lagi. Bermula dari seteru, lama-lama benih yang dinamakan cinta itu bercambah tanpa perlu dibaja.
Bukannya Raja Aqib tidak memasang niat untuk segera menghalalkan gadis itu. Dek tuntutan tugas dan komitmen hidup, hasrat itu terpaksa ditangguhkan dahulu. Sebagai anak lelaki tunggal kepada Damienz Tree Global, dalam paksa mahupun rela dia harus memikul tanggungjawab sebesar itu.
Bila tiba masanya nanti, tekad dihati sudah membulat untuk menyunting gadis itu sebagai seorang isteri.
Disangkakan panas akan berlarutan hingga ke petang, namun tiada siapa tahu yang hujan turun ditengah hari. Begitulah dengan kehidupan. Dia berharap agar kebahagiaan yang dikecapi bersama dengan gadis pujaannya itu bakal berkekalan sehingga ke anak cucu. Seiring dengan apa yang mereka angankan bersama.Namun tiada siapa yang mampu menduga akan permainan takdir.
Kebahagian yang dikecapi selama bertahun lamanya punah ranah direnggut takdir yang kejam. Raja Aqib Darrius kehilangan Iris Alana buat selama-lamanya dalam satu insiden.
Hidupnya yang sentiasa ceria bertukar menjadi kelam dalam sekelip mata. Sejak dari itu, bibir yang sentiasa mekar dengan kuntuman bunga senyum, kini gersang ibarat dilanda kemarau. Dari seorang yang ceria, bertukar menjadi dingin sepenuh-penuhnya.
"Aqib, kalau jadi sesuatu pada I, janji dengan I yang you akan sayangkan dan cintakan Alaia ye. Buka hati you untuk terima dia. Jangan bersedih terlalu lama untuk I. I terlalu sayangkan dia, Aqib. I tak nak dia terlalu 'jauh'. She's too lonely. Please be with her. Hanya you yang I boleh bergantung harap. Janji dengan I."- Iris Alana
"Tolong cintai dia more that you do to me. Love her more than I do." -Iris Alana
Janji yang dimeterai saat nyawa gadis itu berada dihalkum dibiarkan sepi bak semilir lalu. Mana mungkin dia mampu untuk membuka pintu hatinya yang sudah tertutup rapat sejak kepemergian Iris Alana. Perginya gadis itu turut membawa hatinya yang turut sama mati.
Namun disebalik kepemergian Iris Alana, ada satu rahsia yang masih belum terungkai. Dan kepemergian gadis itu sangat berkait-rapat dengan adiknya Ivanna Alaia. Dia nekad untuk mendekati gadis itu demi menggali semula sebuah kebenaran yang dia inginkan.
"I akan cari pembunuh you sehingga ke lubang cacing. Itu janji I, sayang. I will fight for your justice."- Raja Aqib
Mengenali Ivanna Alaia, gadis itu memiliki keperibadian yang sangat berbeza dengan kakaknya. Gerak geri gadis itu sukar dibaca. Kelihatan lembut dan periang namun kerasnya hati gadis itu tidak ubah bagaikan sebuah tugu.
Secara luaran, hidup Ivanna Alaia kelihatan serba-serbi sempurna. Lahir dalam keluarga yang kaya raya, membuatkan dia tidak perlu bersusah payah. Namun tiada siapa yang tahu, sedari dulu, dia selalu dibanding-bandingkan dengan kakaknya itu. Kasih sayang Dato' Sri Ikmal dan Datin Sri Atiffah terhadap Iris Alana sentiasa lebih berbanding dengan kasih sayang mereka terhadap Ivanna Alaia.
Sedari kecil, Ivanna Alaia tidak pernah mempersoalkan tentang hal itu. Tipu jika secebis hatinya tidak merasa cemburu. Namun, bila dia semakin meningkat dewasa, hati yang sudah sedia terluka itu bernanah jua akhirnya. Dia terasa seperti kewujudannya di atas muka bumi ini langsung tidak diperlukan oleh orang disekelilingnya.
YOU ARE READING
RAJA AQIB DARRIUS : His Devotion (Slow Update)
Romance🚨BACAAN DEWASA🚨 RAJA AQIB DARRIUS | IVANNA ALAIA "I akan cari pembunuh you sehingga ke lubang cacing"- Raja Aqib "Tolong cintai dia, sayang...Love her more than I do." "Hati I bukan bola yang you boleh tendang sesuka hati. I ada perasaan! Dan jika...