" Ketepi ! Bagi laluan ada orang cedera." Aku yang membaca buku terpinga pinga. Nilah akibatnya bila terlalu leka membaca buku.
Belum sempat aku mengelak satu tangan menarik ku dari arah belakang dan 'buk'. Mak aii dada dia ni keras semacam boleh benjol kepala aku. Aih hiperbola lah sangat.
Aku mendongak mahu melihat gerangan yang menarik ku tiada angin tiada ribut. Aku terpesona. Agaknya ada tak orang berdosa sebab terlalu handsome. Aku jadi kelu berbicara.
Dia mengundurkan diri sedikit. Mungkin sedar akan keterlanjuraan nya
" Kau okayy ? " Tanyanya. Aku menganggukan kepala masih berdiri pegun.
"Anaqii!!" Dia memalingkan kepala dan aku turut mengalihkan pandangan ke arah suara memanggilnya.
Dahi ku berkerut melihat haziq dia melambaikan tangan ke arah kami dan anaqi membalas. Haziq melangkah ke arah kami.
"Adwa ? " Aku mengangkat sebelah kening. Memberi isyarat kenapa.
"Dia hampir kena langgar tadi aku bantu dia." Anaqi menjelaskan dan Haziq mengangguk angukkan kepala.
Belum sempat aku membuka buku dan berlalu pergi Haziq menunjal kepala ku.
"Kau dah kenapa ?" Kata ku dengan wajah cemburut. Awaning tudung sekolah aku betulkan sedikit.
"Mata kau dah empat baca buku tu biarlah duduk ni tak berjalan mana tak kena langgar tadi . " Haziq hampir menunjal kepala ku tapi aku mengelak serta merta sambil menjelirkan lidah. Mengejeknya dan lekas lekas berjalan jauh
dari mereka.Aku bergerak masuk ke dalam kelas dan melabuhkan duduk di kerusi meja. Buku komik lawak kampus ku buka semula dan meneruskan pembacaan.
Beberapa minit kemudian suasana kelas menjadi diam tetapi aku tidak menghiraukan sebab aku duduk paling belakang jadi selamat sikit dari pandangan Cikgu. Titik buta lah katakan.
Tanpa di sedari Cikgu hasni berada di sebelah ku dan mengetuk meja ku pakai pembaris kayu nya. Aku tersentak dan mendongok kan kepala. Aku tersengih menunjukkan sebaris gigi putih ku.
Tangan aku gerakkan perlahan lahan untuk di letakkan di bawah laci. Cikgu hasni mengetuk meja ku sambil memberi isyarat untuk mengeluarkan buku semula. Aku membuat mimik muka kesian.
" Cepatt adwa ." Cikgu hasni bersuara garang. Lambat lambat aku mengeluarkan komik dari laci. Belum sempat aku menghulurkan Cikgu hasni merampas dan bergerak ke meja guru di hadapan.
Buku akuu!!! Hati menangis sudah lah buku tu baru saja aku pinjam dan belum habis baca tapi kinii sudah di rampas oleh cikgu halilintar pulaaa. Huhuhuhu
Buku teks fizik aku tarik keluar dari dalam laci. Sebelum memulakan kelas cikgu hasni memberikan mukadamiah yang boleh menambah peratus orang mengantuk dalam kelas.
" Saya bukan nak suka suka rampas buku ni, kamu boleh baca tapi tunggu lepas spm, spm ni untuk masa depan kamu pergi sambung belajar kalau kamu malas malas bla bla bla bla... " Aku hanya mengangguk kan kepala mengiyakan sahaja.
Sedar tak sedar loceng sekolah berbunyi menandakan sudah pulang waktu sekolah. Cepat cepat aku mengemas alat alat tulis dan menyumbatkan buku ke dalam beg sekolah lalu di zipkan.
"Amboii bukan kemain kamu semua cepat yaa, sebelum tu saya ada kerja rumah jawab latihan dekat muka surat 68 ya, saya mahu hantar semua pada kelas seterusnya, bye semua balik hati hati." Setelah cikgu hasni keluar kedengaraan keluhan dari pelajar lain terutamanya.
Aku pula ? Cepat cepat keluar dari kelas dan ramai para pelajar yang berpusu pusu keluar. Bukan di sebabkan mahu balik awal tetapi ada satu mak cik kereta wira jual donut coklat. Tu kegemaran aku sebab tu kena cepat kalau tak dah habis.
Keluar saja dari gate sekolah kereta wira putih aku tuju. Mata meliau mencari donut coklat. Tapi sayanggg donut coklat dah habisss.
"Mak cik, donut coklat dah habis ke ?" Tetap bertanya mengharapkan mak cik menyimpan sebarang stok. Namun hanya hanya anggukan kepala yang ku terima. Aih melepas lagi.
Malas malas aku bergerak ke arah ke arah pondok bas menunggu pak cik bas. Aku duduk termenung ni hari merupakan hari kecewa baginya. Selepas buku di rampas donut pula melepas.
Aku bersandar di kerusi tempat duduk memejamkan mata seketika sementara menunggu.
"Nah donut kau ." Aku membuka mata dan terpacul donut coklat dalam plastik. Aku memalingkan kepala dan melihat haziq menghulurkan donut sambil menghisap aiskrim coklat orea nya.
Aku menyambut lalu membuka plastik donut coklat tersebut.
"Terima kasihhh." Kata ku lalu tersenyum girang. Orang orang tua bilang rezeki jangan di tolak.
"Bukan aku spend tapi anaqi yang bayarkan tadi." Kata haziq dia mengundurkan badan sedikit dan kelihatan anaqi memandang ke arah ku dengan tangan masuk dalam kedua dua belah poketnya sambil melihat ke arah ku dengan muka serius.
Aku menunjukkan sengih dan menundukkan sedikit kepala menunjukkan tanda terima kasih. Tetapi dia hanya memalingkan muka. Aku menjadi malu macam syok sendiri dah ni.
Haziq yang berdiri di sebelah tempat duduk aku cuit sedikit memberi isyarat kepadanya untuk tunduk sedikit mahu berbisik.
"Kawan kau benci aku ke ?" Soalku dalam berbisik. Kot kot telinga mamat beku ni lintah tak ke naya.
"Anaqi?? Taklah dia okayy je kenapa ?" Haziq membela anaqi. Lepas tu boleh pula dia cakap dalam nada biasa. Kawan yang kena umpat tu dok jeling jeling dah tu.
Agaknya kalau jelingan tu boleh belah orang sah sah aku dah terbelah tadi. Jelingan tajam sangat.
"Adwa kau nak ikut tak esok study dekat rumah aku biology. " Haziq bertanya. Aku yang sememangnya lembab dan benci biology hanya setuju kot kot ada masuk otak walapun sebesar zarah.
" Boleh jerr nanti wassap aku masa bila ." Kata ku. Bunyi hon pak cik bas kedengaran aku menyandang beg lalu berdiri.
"Aku gerak dulu apa - apa roger bawa motor hati hati. " Sempat aku berpesan sebelum berlalu pergi masuk ke dalam perut bas.
Haziq biasalah naik motor y15 ayah dia punya. Ada lesen motor lah katakan. Senang ke hulur ke hilir. Anaqi pula aku tak pasti dia naik apa. Aku pun tak tahu bila dia berkawan dengan si Haziq. Takde angin takde ribut.
Jangan lupa vote dan komen !! Sending love and virtual hugs ♡
YOU ARE READING
Her : ENCHANTED
RomanceFIRST ENCOUNTER ? Tiada kata yang mampu diungkapkan. Mereka berdua ibarat langit dan bumi. Perkara paling memalukan? Selalu saja di lihat oleh si dia. Bertahun berlalu banyak yang berubah Si dia menjadi seorang berjaya dan di segani Aku ??Berubah...