BAB 5

15 2 1
                                    

Aku menggalas beg keluar dari kelas sambil berjalan seiring dengan Anis. Tangan Anis melambai ke arah Haziq dan Anaqi. Kami berdua mendekati mereka malas malas aku bergerak ke arah mereka.

Penat berjaga belajar lewat malam semalam masih tidak hilang. Ni tinggal tunggu masa bantal depan mata auto pejam terus.

"Kau dah kenapa ?" Haziq bertanya kepadaku sebaik sahaja aku dan Anis mendekati mereka.

Aku hanya mengangkat tangan menunjukkan thumbs up kepada Haziq menandakan aku okay. Anaqi mengambil beg galas ku dan aku yang tiada tenaga ini sudah semestinya malas untuk mempersoalkan.

Dia nak angkat lantak dia ringan sikit beban kat bahu aku. Kadang aku terfikir juga macam manalah si Haziq tu boleh tahan angkat beg si Anis yang seberat alam tu setiap hari bersekolah. Patut lah bahu kekar semacam.

Kami berempat bergerak turun bergerak ke luar arah gate sekolah. Aku dan Anis duduk berteduh di pondok bas sementara Anaqi temankan Haziq belikan Anis makanan.

Aku memejamkan mata seketika bunyi bising aku hiraukan dapat pejam mata kejap pun jadilah. Donut coklat yang selalu jadi buruan pun aku malas nak rebut. Dalam otak hanya fikir untuk balik tidur.

Nasib 'Allah Bagi Cuti' boleh lah aku terus tidur. Suara Anis yang memanggil Haziq dengan panggilan keramat manja tu aku biarkan sahaja.

Tangan yang aku letakkan di atas riba terasa memberat. Dahiku berkerut sejak bila batu rajin nak bergerak naik ke atas tangan aku ni.

Mataku buka jelas kelihataan donut coklat di situ. Aku mengerling ke arah Haziq kot kot dia yang beli.

"Makanlah penat aku nak berebut." Suara Anaqi dari arah samping membuatkan kepala ku automatic mendongak ke atas.

"Kenapa macam takde tenaga ni ? hmm ?" Tanya Anaqi lembut. Aku mengambil donut dalam plastic dan menyumbatkan ke dalam muut.

" Study sampai pukul 4." Jawab ku sepatah.

"Tak baik lah macam tu kau kena study smart bukan study hard." Masuk telinga kanan keluar telinga kiri je aku anggap.

Aku hanya menganggukan kepala sambil mengunyah donut memejam mata. Mengantuk yang sangat berat lah katakan.

Suara Anaqi yang soft-spoken pun aku dah biarkan berlalu. Kalau Waktu aku segar ni konfem mata meliau ke arah lain. Nasib aku tak putih melepak kalau tak ketara sangat blushing aku.

"Tak boleh jadi nanti aku share cara pengaturan masa study kat kau, susun mengikut keselesaan kau." Tambah Anaqi. Aku malas mengambil tahu dan buat kesekian kalinya aku menguap. Mata sampai berair menahan kantuk.

"Adwa! jom gerak pakcik bas dah sampai." Teriak Anis. Aku menghela nafas bangun mata aku buka sedikit. Anaqi dan Haziq menghantar kami berdua.

Tapiii cop cop bukan sebab si Anaqi nak hantar aku tapi si Anaqi temankan si Haziq selenga ni hantar pujaan hati dia. Anaqi?? nak hantar aku, agak agknya tunggu perempuan pupus kat dunia ni baru dia Nampak aku.

Sebelum masuk ke dalam bas Anaqi sempat menghulurkan beg sandang ku. Mereka berdua balik menaiki motor.

Sebab apa? Sebab boleh dik. Tu persoalan aku kat Haziq dengan Anaqi hari tu tak pasal pasal aku ketuk kepala dua ekor tu pakai buku teks add math. Lagi satu depa berdua ni rasa kononnya tertarik bawa motor besar.

Tapi aku pun cemburu. Takpa besar nanti ada kerja boleh lah aku beli sendiri. Semangattt Adwa!!

"Nis nanti sampai depan rumah aku kejutkan tau nak lelap jap." Kataku lalu melentokkan kepala di atas bahu Anis.

Nasib giliran aku awal sikit dari Anis di hantar ke rumah. Jadi boleh tidur sekejap. Serta merta aku berasa mata terlalu berat dan tidur lena seketika.
.
.
.
Guess what?? Aku demam. Maybe sebab pulun tak tidur kan. Jadual yang si Anaqi bagi tu pun aku tak ikut. Malas aku, more better lagi aku ikut cara study sendiri.

Her : ENCHANTEDWhere stories live. Discover now