Sudah seminggu berlalu sejak aku ditahan di hospital dan sudah semestinya orang tuaku sampai sekarang tidak mengetahui perkara ini. Sedih memang sedih tapi apakan daya orang tua ku lebih memilih kerjaya mereka berbanding anak mereka sendiri. Sebuah kenyataan yang perlu aku telan sendiri.
Aku mengambil penyapu di gantung lalu menyapu serpihan gelas kaca yang jatuh. Badan masih tidak dapat berfungsi seratus peratus. Anis sudah pulang kerumahnya setelah beberapa hari berkampung di rumahku sendiri. 'teman anak pungut' lah katakan tapi tu lah anak pungut pun muka iras orang tua sendiri.
So sah sah DNA tak dapat buat senah. Hadap je lah nanti mati sorang sorang gak.
Setelah selesai menyapu gelas yang pecah tadi. Aku masuk ke dalam bilik dan duduk di meja belajar. Bunyi notifikasi chat masuk menghentikan pergerakan ku untuk membuka buku teks add math. Mesej dari Anaqi terpapar dahi ku berkerut.
"Ni link goggle meet masuk cepat, kita study sama"
"Okay jap, otw"
Cepat-cepat aku membuka laptop dan menekan link goggle meet Anaqi berikan. Senyum ku memudar apabila melihat beberapa ikon yang turut bersama dalam goggle meet itu. Mungkin Haziq dan Anis turut serta tapii kan spoiled lah pasangan merpati sejoli ni. Dah bagus-bagus nak dating dengan Anaqi tapi ada pula kacau daun dua orang.
Permintaan ku untuk masuk ke goggle meet diterima. Aku membuka zip kotak pensil ku sambal mencari pin biru. Fans die hard faber castell lah katakan nasib je tak jadi brand ambassador faber castell. HAHHAAH
"Sayang lama lagi ke otak I dah tepu ni." Suara perempuan merengek menghentikan pergerakan ku. Sejak bila si Anis ni show off ayat manis dia kat Haziq depan aku dan Anaqi. Suara minah tu meliuk lentok semacam.
"Sabar jap saying kita tunggu Adwa, dia baru je masuk." Kali ini kepala ku berpaling menghadap laptop apabila suara yang tidak asing bagi ku menjawab pertanyaan tadi.
Terpapar nama Fazira dan Anaqi dan sudah pasti tiada Anis dan Haziq di dalam goggle meet kami ini. Tangan cepat-cepat memberi refleksi menekan butang meninggalkan goggle meet. Aku menjadi kehilangan kata-kata tangan mengeletar.
Bunyi deringan telefon aku sambut tanpa melihat nama pemanggil.
"Hello ? kau okay tak Adwa kenapa left gm ?" Serta merta terasa sesak untuk bernafas di bilik. Tanganku yang biasanya sejuk sebelum pembentangan kini muncul walaupun bukan membentang.
"Err aku...rasa... tak sedap badan lah." Jawab ku tersekat-sekat.
"Kau okay tak ni? nak aku datang sana dengan Anis?" Tanya Anaqi lembut.
Belum sempat aku menjawab dapat kedengaran suara sayup sayup perempuan dari arah sana.
"Sayang dia okay lah tu kalau angkat call you." Kata perempuan dari arah sana. Aku mengigit bibir ku sedikit masih bergegar terkejut dengan tindakan refleks tadi.
"Ahh yaa...aku okay je ni just... I need to go dulu bye!" Cepat-cepat aku mematikan panggilan telefon bimbit.
Aku menghela nafas berat. Spek mata aku cabut dan letakkan di atas meja cuba untuk menarik nafas dalam-dalam. Over kan? but tu lah crush aku malahan best buddy aku tapi terkejut masih. Ingatkan kat hospital hari tu otak aku yang biul.
Aku merenung ke arah tingkap. Air liur ku telan pahit anehnya aku sedikit pun tidak mengalirkan air mata tapi hati berbirat sakit. Ikatan rambut aku buka dan diikat semula dengan lebih ketat. Aku menarik nafas cuba untuk tidak menghiraukan kejadian yang berlaku sepantas kilat tadi.
Spek mata aku pakai semula dan buku teks aku buka. Telefon aku letakan dalam mood do not disturb. Masa untuk fokus ni tinggal last paper. I CAN DO IT!!
.
YOU ARE READING
Her : ENCHANTED
RomanceFIRST ENCOUNTER ? Tiada kata yang mampu diungkapkan. Mereka berdua ibarat langit dan bumi. Perkara paling memalukan? Selalu saja di lihat oleh si dia. Bertahun berlalu banyak yang berubah Si dia menjadi seorang berjaya dan di segani Aku ??Berubah...