Chapter 35

307 14 0
                                    

" Ah !! "

Phuwin terbangun dari pengsan secara mengejut. Dia terus duduk di atas katil hospital dengan nafas memburu laju. Dadanya berombak ganas. Dia memandang sekeliling yang gelap dengan perasaan takut. Tangannya meliar di sekitar lehernya dan dia dapati lehernya dibalut dengan crepe bandage. Kepalanya berdenyut-denyut kuat membuatkan dia kesakitan. Dia memegang kepalanya dan kepalanya juga dibaluti.

Phuwin memandang sekeliling. Dia di mana ini ? Bila melihat jarum yang tercucuk di atas tapak tangannya, jantungnya berdegup kuat. Dia teringatkan jarum inject yang memasuki kulit lehernya itu membuatkannya ketakutan dengan jarum. Dengan kasar, Phuwin mencabut jarum dari tangannya itu dan jarum tersebut dicampak. Titik-titik darah mulai jatuh di atas katil hospital yang Phuwin duduk itu.

" Kenapa ini terjadi dekat aku ? " tanya Phuwin dengan perlahan. Dia mengengam tangannya dengan erat.

" Why ?! Why ?! Why me ? What my fault ?! " teriak Phuwin seperti orang histeria. Dia mencengkam rambutnya dan setitis air mata jatuh di pipinya.

Teriakan histeria Phuwin itu membuatkan banyak nurse dan doktor yang bertugas, terkejut.

Pintu wad yang diduduki oleh Phuwin ditolak dari luar dan Pond berlari masuk dengan dua nurse perempuan.

" Sayang, sayang.. Kenapa ni ? " Pond dengan cemas, memegang bahu Phuwin.

Phuwin memandang Pond dengan sendu, " P'Pond... Dia muncul kembali. Selepas setahun dia tidak menganggu saya, hidup saya dah nak mula aman, tiba-tiba dia datang balik dalam hidup saya ! Apa yang dia mahukan daripada saya ? Apa salah saya ?! "

" Phuwin... " Pond memegang kedua bahu Phuwin.

Phuwin memandang Pond dengan tajam, " Saya tak nak dengar yang awak cakap saya berhalusinasi ! Saya tak berhalusinasi ! Lelaki berhoodie itu memang betul ! Dia real ! Jangan anggap saya penipu. Saya tak cukup gila dipanggil berhalusinasi bodoh !! " teriak Phuwin dan terus menolak tubuh tegap Pond supaya menjauh daripadanya.

" Phuwin... Bukan macam itu.. " baru Pond ingin bercakap, Phuwin memotong percakapan Pond.

" Awak yang jumpa saya kan ? Macam mana keadaan saya bila awak jumpa saya ? " tanya Phuwin dengan serius.

Pond terdiam.

" Apakah awak mahu cakap yang saya berhalusinasi ? Saya tidak gila sampai nak cederakan diri sendiri ! Orang tak ada otak je dia lukakan diri sendiri ! Bangsat !! " Phuwin baling bantal di sembarangan tempat dengan perasaan marah, sedih dan takut dalam satu masa.

Seorang nurse berlari keluar dan tidak sampai seminit, nurse itu datang kembali dengan sebotol cecair.

" Dr, nah " nurse itu bagi botol cecair itu dekat Pond dan Pond menolak botol cecair itu.

" Saya tak perlukan ubat penenang. Kalian semua hanya perlu keluar sahaja sekarang ni. Biar saya yang uruskan pesakit ni " pinta Pond dengan wajah yang serius.

Dua nurse itu memandang antara satu sama lain dan menganggukkan kepala. Mereka keluar daripada wad Phuwin meninggalkan Pond bersama dengan Phuwin yang sudah menggila.

Pond melihat Phuwin dan Pond terus memeluk Phuwin dengan erat membuatkan Phuwin berhenti memberontak.

" Sayang, tenang. Awak baru bangun daripada pengsan kan ? Tenaga awak lemah sekarang ini " ucap Pond tenang di telinga Phuwin.

Phuwin terdiam di pelukan Pond. Dia tidak membalas pelukan Pond. Hanya air matanya sahaja yang menitis.

" Jangan takut. Saya ada di sini. Awak tak perlu risau. Saya tak akan tinggalkan awak " Pond mengucup lembut ubun-ubun rambut Phuwin.

Strawberry and Cigarettes ( S2 ) Where stories live. Discover now