56

6.6K 346 74
                                    


Aisar mengetap rahang, tapi riak wajahnya cuba dikawal.

Mahukan Dhia, isterinya? Apa yang Sultan Riyadh merepek ni?

" Ayahanda masih tidak faham? Dia bukan pembawa keturunan yang baik. Kenapa pula ayahanda mahukan dia?"

Sultan Riyadh mengangkat kening.

" Itu bukan urusan kamu Aisar. Kamu sudah meninggalkannya, kamu sudah menghantarnya jauh, kamu kata kamu juga tidak mahukannya, jadi, tak salah kan jika ayahanda mahukannya."

Aisar tergamam.

" Ayahanda gila? Itu menantu ayahanda!"

Sultan Riyadh tersenyum.

" Semua yang ada pada dia berharga. Dia boleh menjadi koleksi ayahanda juga. Siapa yang tidak gila, mengetahui darah emas yang sangat jarang ditemui itu rupanya ada dalam istana kita. Cuba kamu fikirkan Aisar. Isteri kamu mempunyai sesuatu yang tidak ternilai dengan wang dan harta. Dia pembuka jalan masa depan. Darah dia boleh panjangkan umur kita, juga boleh tingkatkan kekuatan anggota tentera kita. Dia cukup sempurna untuk dijadikan sebagai aset."

Aisar menggeleng kepala. "Kalau bonda tahu..."

"Bonda takkan bertindak apa apa, kamu nak tahu kenapa?"

Aisar melihat ayahandanya, bingung.

" Kerana bonda juga...mahukan darah Dhia."

——————————————————-

Suasana makan malam itu terasa agak hening. Aisar melihat ayahanda dan bondanya yang tenang menikmati makan malam mereka. Dia hanya menjamah sedikit nasi. Masa selebihnya, dia memerhatikan wajah yang berada dimeja makan itu.

Seseorang yang rapat dengan kita, rupa rupanya langsung tidak boleh dipercayai.

Apabila ditamakkan dengan urusan duniawi, kesemuanya hilang pertimbangan, membuang rasional dan akal waras semata mata mahukan keseronokan sementara. Umur panjang, wajah sempurna, sememangnya ujian bagi semua manusia. Hanya yang meletakkan akal di atas, mampu mengharunginya.

Siapa sangka, rupanya Permaisuri Sofea juga terjebak dengan mainan dunia ini. Itu lah sebab dia menentang perkahwinan kedua Aisar bersama Kyra, kerana dia juga ada agenda tersendiri. Dan rupanya Permaisuri Sofea yang meletakkan ubat dalam makanan dan minuman Dhia tempoh hari kerana dia mahu Dhia lemah selemah lemahnya untuk dibawa ke makmal itu. Dan Umairahlah yang membawa makanan dan minuman itu ketika itu sehingga Aisar memecatnya dan menghalaunya keluar.

Setelah perjumpaan dengan ayahandanya tengahari tadi, Aisar mengarahkan Haris menjejaki Umairah, dan Umairah akhirnya memberitahu perkara sebenar menerusi tulisan tangan. Kerana lidahnya sudah dipotong, tidak mahu rahsia diketahui. Tetapi Umairah sempat memohon kemaafan kerana dia memang patut menerima hukuman sebegini, bersubahat dengan Permaisuri Sofea.

Kegilaan manusia yang nyata. Jadi sebab itu kah Sultan Aminullah menyembunyikan identiti Dhia dan membenarkan Dhia keluar dari istana? Sebab tidak mudah untuk orang jejak dia. Atau kerana dalam istana Treez juga ada pengkhianat yang tersembunyi?

Itu tidak mustahil.

Sudu dan garfu digenggam tanpa sedar. Kali ini dia sedar, hanya dia sahaja yang mampu melindungi isterinya. Kesemuanya mahukan Dhia kerana bersebab. Keputusannya membawa keluar Dhia dari istana adalah tepat, tetapi soal Dhia yang berada jauh darinya, adalah salah.

Kenapa dia langsung tak terfikir akan perkara ini?

"Aisar," seru Permaisuri Sofea, menyentakkan Aisar dari khayalan.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now