BAB 1

1 0 0
                                    

AKID

TAKDIR. Tiada sorang pun dalam dunia ni yang tahu macam mana takdir dan pengakhiran hidupnya. Ok - mungkinlah ada, sebab dia guna perkhidmatan jin, bomoh dan yang seangkatan dengannya. Tapi walau bagaimanapun, benda yang dia tahu berdasarkan apa yang tukang tilik atau bomoh tu semua cakap bukannya betul pun. Kita semua tahu yang iblis tu memang tugas dia nak sesatkan anak cucu Adam kan? Boleh jadi para jin, iblis atau syaitan tu sebenarnya hanya memperdayakan kita. Walaupun mungkin ada benda yang ditilik tu benar, aku tetap rasa yang benda tu satu hal yang entah apa-apa.

Mungkin kalau syaitan tu kita boleh tengok dengan mata kasar, mesti dah terbahak-bahak dia semua jadikan kita, maksud aku, manusia yang bodoh takde pegangan agama tu sebagai bahan jenaka. Dan, apasal ada segelintir umat manusia yang sibuk nak tahu perjalanan hidup dia? Kalau kau tahu esok kau mati, apa kau nak buat? Nak beribadah banyak-banyak dekat tuhan? Lantas, ibadah yang kau buat tu ikhlas atau tak sebenarnya?

Tapi aku tak cakap semualah. Ada orang dalam dunia ni dah boleh agak bila dia mati. Contohnya macam penghidap penyakit-penyakit yang macam dah takde harapan untuk sembuh. Dia tahu dia dah tak lama jadi tak perlu dia mencari hiburan dekat dunia sebab masa yang dia ada tu belum tentu cukup untuk kumpul pahala sebagai bekalan di akhirat sana. Kiranya, golongan macam ni sangat beruntung sebab Allah dah bagi peringatan secara jelas.

Bukan macam kita ni. Mentang-mentang masih muda, jadi alasan untuk bersuka ria dengan ayat lapuk ‘tua nanti aku taubatlah’. Yakin sangat ke kau mati lambat lagi? Macam mana kalau kau mati tak kurang sejam pun dari sekarang? Mati sebab ditarik ombak ke? Ataupun sebab tercekik tulang kerbau masa nak buat mukbang ke? Masa tu, mana kau punya ‘tua nanti aku taubat’?

Itulah sedikit sebayak hujah aku tentang takdir. Maksud aku, hujah pertama. Kedua, ada segelintir, malah mungkin dah lebih separuh daripada populasi manusia di muka bumi ni yang suka menyalahkan takdir. Apa-apa tak kena dengan jiwa, dia mula nak salahkan takdir. Bila tuhan bagi kesedihan, penderitaan dan kesengsaraan, dia nak salahkan takdir.

Ada orang tu, dia salahkan tuhan bila tuhan tarik nyawa insan yang dia sayang. Bila tuhan bagi dia kesedihan, dia cakap tuhan tu tak adil. Dia cakap tuhan tak sayang dia dan tuhan tu pilih kasih… sebab dia tengok kehidupan orang lain jauh lebih baik; ada keluarga yang lengkap, saling sayang-menyayangi dan apa-apa jelah yang dia rasa dia tak ada semua tu. Dan salah seorang daripadanya ialah aku, Wan Muhammad Akid bin Wan Yusoff.

Tuhan tu tak adil. Kalau tuhan tu adil, kenapa Dia tarik nyawa mak aku? Kenapa Dia tarik nyawa 'orang tu'? Kenapa Dia tak boleh biarkan aku bahagia dengan orang-orang yang aku sayang?

Itulah aku, yang dulunya sering menolak suratan takdir. Aku sangat tak boleh terima bila orang yang aku sayang, yang aku kasihi, hilang dengan sekelip mata. Tuhan ambil dua orang yang aku sayang. Kenapa tuhan tak ambil nyawa aku juga? Kenapa tinggalkan aku dekat orang-orang yang langsung tak sayang aku? Aku cuma nak hidup dengan mak, dengan dia, bukannya dengan orang jahat tu semua.

Sampailah bila aku dah besar sikit, bila aku hadir ke masjid untuk dengar kuliah Maghrib… juga bila aku dengan tak sengaja termainkan video Ustaz Azhar yang tiba-tiba ada dekat beranda Youtube – masa tu baru aku sedar yang selama ni, tanggapan aku dekat tuhan tu salah. Aku tak sepatutnya cakap tuhan tu teruk hanya kerana Dia tak bagi apa yang aku nak.

Bila aku buka mata luas-luas, Allah itu memang dah sangat adil, malah tiada satu pun makhluk yang mampu jadi adil lebih daripada adilnya Dia. Aku patutnya bersyukur sebab Allah pinjamkan sesuatu milik-Nya kepada aku. Tiba saatnya aku kena redha bila Allah nak balik apa yang Dia bagi, sebab satu hari nanti pun, aku malah semua yang lain akan balik ke pangkuan Allah, menuju ke kehidupan yang abadi.

Allah tidak akan membebani seseorang melebihi kesanggupannya. Maknanya bila Allah bagi sesuatu dugaan, Allah sedang mengakui kekuatan kita sebagai seorang hamba. Kekuatan yang mungkin kita sendiri tak sedar yang kita ada benda tu, sehingga semuanya selesai dan kita boleh tersenyum dengan apa yang jadi.

Untuk itu, aku lenyapkan segala tanggapan buruk aku dekat Allah. Allah itu Maha Adil, Maha Penyayang dan semestinya, Allah itu sempurna dari segala hal.

Kalau teruk, ya, tu aku.

Aku yang teruk.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 13, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MENYAMBUT JANJI - BY ANGOHJEEWhere stories live. Discover now