Beberapa bulan sebelum itu.Di kediaman En. Rafan.
Kelihatan seorang lelaki berumur bersama 4 orang gadis sedang berkumpul di ruang tamu rumah. Lelaki itu berwajah serius seolah-olah berfikir sesuatu yang penting. Manakala 4 orang gadis itu pula sudah saling berpandangan dengan riak tertanya-tanya.
"Abi." En. Rafan tersentak.
"Kenapa panggil kami berkumpul ni? Ada apa-apa yang abi nak katakan ke?" tanya Puspa sebagai anak sulung. Yasba dan Rara mengangguk, mengiakan apa yang kakak sulung mereka katakan. Mahika yang berada di hujung sofa pula hanya diam sahaja melihat.
"Abi kumpulkan kamu semua sebab abi nak bagitahu sesuatu." Tenang lelaki itu mengujarkan kata.
"Apa dia abi?"
"Along, angah."
"Ya abi." Puspa dan Yasna menjawab panggilan itu serentak.
"Acik, adik."
"Ya abi. Kenapa?" Mahika diam tidak menjawab sedangkan Rara menyahut seruan abinya.
"Abi nak bagitahu sesuatu."
"Apa dia?"
Pandangan En. Rafan yang tepat ke arah Mahika membuatkan gadis hanya menyedipkan matanya sahaja. Seperti biasa, Mahika menjadi seorang Mahika. Yang sepi tanpa bicara sedangkan matanya memerhati sekeliling.
"Abi dah jumpa calon untuk acik."
"Maksud abi?" Puspa berkerut tidak faham. Yasna mencerna kata sang abi manakala Rara tak kalih memandang kedua-dua kakaknya.
"Acik akan kahwin dengan calon yang abi dah tentukan." Seketika ruang itu sepi tanpa bunyi.
"What?" Yasna terbangun dari duduk.
"Abi nak kahwinkan acik?" Puspa tercengang. Yasna terbeliak manakala Rara terkedu.
"Yes."
"Abi, are you serious?" Puspa mengerling Mahika sebelum memandang En. Rafan.
"Yes girl, I'm serious right now." Jawab En. Rafan. Puspa dan Yasna saling berbalas kerlingan sebelum kedua-dua mereka menatap si acik yang sedang menjadi topik itu.
"Acik, kau tak nak cakap apa-apa ke?" Yasna mengeluarkan suara bilamana dia melihat kakak sulungnya itu tidak berkata apa-apa.
Mahika yang menjadi tumpuan semua mengedipkan matanya beberapa kali sebelum membalas.
"Nak cakap apa?" soalnya kembali dengan muka tak faham.
"Kau serius ke nak kahwin ni, tak ada angin tak ada ribut. Tak ada calon, tiba-tiba abi bawa calon. Kau tak kisah ke?" Mahika memandang lama kakaknya sebelum dia menyoal sesuatu yang mula dia tangkap.
"Aku ke yang kene kahwin?" jari telunjuk dibawa ke arah diri sendiri, Mahika meminta jawapan pada semua yang ada di situ. En. Rafan lihat anak ketiganya itu sebelum satu keluhan dilepaskan.
"Ya lah kamu. Siapa lagi yang abi maksudkan tadi? Adik tu baru umur berapa? Tak kan abi nak kahwinkan adik kut? Belajar pun tak habis lagi. Lagipun, hal Rara ni abi tak risau sangat sebab dia dah ada tunang. Kamu tu, Ika. Abi tak nampak pun masa depan kamu. Anak-anak abi semua dah ada pasangan masing-masing. Yang tinggal hanya kamu seorang saja Ika."
"Acik boleh jaga abi."
"Tak usah acik nak kelentong abi. Cakap sajalah yang kamu terlampau malas untuk fikir ataupun berjumpa dengan orang lain. Macamlah abi tak tahu yang kamu tu introvert terlebih." Keluhan lelaki berumur itu untuk saat yang seterusnya. Bukan En. Rafan tidak tahu yang anak ketiganya ini berbeza dengan anak-anak gadisnya yang lain.