BAB 4 💖

713 57 0
                                    


Bangunan tinggi itu dipandang dengan wajah yang mendongak. Gah. Satu perkataan yang melambangkan bangunan itu. Walaupun hanya dari luar, Mahika boleh rasakan satu aura gah terpampang di hadapan matanya. Tidak dinafikan juga bahawa bangunan bertingkat itu sangat cantik hinggakan anak mata ini tidak mampu memandang ke tempat lain. Kreatif sungguh arkitek yang design bangunan ini,

Mahika mengambil telefonnya untuk memeriksa sesuatu. Betullah yang ini syarikat suaminya. Cuma Mahika masih ragu-ragu untuk masuk. Tidak pasti sama ada keputusannya untuk datang ke sini adalah patut ataupun tidak. Tetapi, alang-alang sudah sampai lebih baik dia masuk terus. Lagipula ....

Beg kertas yang berada di tempat duduk sebelah pemandu dikerling dengan ekor mata.

Dia datang sini bersebab, bukan saja-saja. Jadi ... ah! Masuk sajalah!

Tak mahu berlama, lantas kereta mula digerakkan ke parking bawah tanah. Usai itu, beg kertas diangkut lalu dia naik ke tingkat atas. Abi kata pejabat Farka ada di tingkat paling atas. Hanya dengan kata-kata En. Rafan sahaja Mahika beranikan diri untuk tekan butang nombor yang paling atas. Sedang lif itu naik ke atas, gadis itu berfikir sendiri.

Agak-agaknya patut atau tak dia call Farka yang dia sudah ada di sini?

Tapi abi kata jangan beritahu suaminya. Biar macam surprise sikit. Tapi kalau dia tak jumpa Farka dekat tingkat paling atas nanti macam mana?

Ting.

Pintu lif terbuka. Baru sahaja Mahika mengambil beberapa langkah seseorang terlebih dahulu menegurnya.

"Eh puan?" kepala Mahika menoleh. Kelihatan seorang lelaki berpakaian pejabat dengan fail di tangan sedang merenungnya dengan wajah hairan. Lelaki itu merapat pada detik kemudiannya.

"Puan nak jumpa dengan boss ke?"

Perlahan saja anggukan diberikan.

"Mari saya tunjukkan biliknya." Mereka terus beredar dari situ. Sambil-sambil lelaki itu menunjukkan jalan, kepala Mahika memandang ke kiri dan kanan. Kosong. Tiada sesiapa yang berada di tingkat ini kecuali mereka. Pelik juga dia tetapi Mahika tidaklah berkata apa-apa. Tiba di sebuah pintu, lelaki itu mengetuk perlahan sebelum dibuka, "boss."

"What?" Terdengar suara Farka dari dalam bilik tersebut. Mahika panjangkan lehernya. Kelihatan Farka ketika itu sedang sibuk dengan kerjanya. Wajah suaminya itu serius sahaja merenung skrin komputer tanpa memandang ke arah pintu ini. Dan disebelah Farka pula terdapat seorang lelaki yang diam sahaja berdiri di situ.

Mahik telan air liur.

"Kau nak apa, Fairel." Tanya Farka tanpa nada setelah hanya kesepian sahaja bermaharajalela di biliknya. Jemarinya kadang menaip di kekunci dengan laju dan kadangnya menekan-nekan skrin tab yang berada di sebelahnya.

Elhanan sudah menjungkit kening pada Fairel. Lelaki itu pula memuncung-muncung ke arah Farka hinggakan Elhanan yang melihatnya pun sudah berkerut tidak faham. Fairel berdecit sedikit sebelum dia mengalihkan tubuhnya ke tepi. Jelas di pandangan Elhanan seorang gadis sedang merenung bossnya itu tak lepas.

"Ehem, boss. Saya rasa puan datang." Bisik Elhanan pada Farka. Mendengarkan nama panggilan yang tak pernah dia dengar anak buahnya itu ujar membuatkan pandangannya ditala ke hadapan. Pegun Farka bilamana susuk Mahika menyapa ruang pandangan.

"Mahika?"

"Are you ... busy?" perlahan sahaja gadis itu menyoal tanpa bergerak dari tempatnya. Farka renung mejanya sebelum menggeleng perlahan.

"No, I am not. Get inside, Mahika. What are you doing here?" Farka bangun dari tempat duduknya manakala Mahika masuk dengan beg kertas di tangan. Fairel dan Elhanan pula sudah mengundur ke belakang, memberi ruang untuk kedua-dua mereka.

FARKA MAHIKA [C]Where stories live. Discover now