"Adik, ada tetamu yang nak jumpa adik ni. Cepat bersiap."
Dato' Haji Sulaiman titipkan pesanan di hadapan pintu bilik anaknya. Luna mengangguk tanda faham.
"Nanti Luna turun, suruh dia tunggu kejap ye Abi?" pinta Luna. Haji Sulaiman hanya sekadar menurut.
Luna menyarungkan tudung sarung dan purdah kepunyaannya. Dia sempat mengerling cermin untuk melihat penampilannya. Molek aih! disebalik purdah yang dipakainya, Luna tersengih sendirian.
Luna turun ke tingkat bawah dengan menggunakan lif. Didapati sesosok tubuh tua abinya yang rancak berborak dengan tetamu yang dimaksudkan oleh abi sebentar tadi. Luna tidak mahu mengganggu perbuatan mereka itu, dia menapak ke arah dapur dan mendapati ibunya ralik membancuh kopi untuk tetamu.
"Ibu nak Luna tolong apa-apa tak?"
Kehadiran Luna menyentakkan Puan Maria. Tak pasal-pasal dapat penyakit free.
"Astaghfirullah, adik! terkejut ibu tau! datang tu bagi salam anak bertuah." sempat dikerling anaknya itu yang mengekek ketawakannya.
"Sorry ibu. Luna tak sengaja, bukannya sengaja."
"Ikut kamu lah adik. Nah, angkat air ni letak dekat meja tu." arah Puan Maria.
Luna hanya menurut. Sempat dimasukkan biskut kering ke dalam mulutnya sebelum mengangkat dulang berisi air itu pergi, lapar!
Puan Maria hanya menggeleng. Kalau dah jadi bini orang entah perangai apa lah yang boleh terkeluar dari si Luna ni.
"Hati-hati bawa dulang tu, kang terjatuh nanti adik yang ibu berdulangkan." kata Puan Maria sambil bercekak pinggang.
"Luna tahu, ibu. Jangan risau lah!"
Luna berjalan menuju ke meja tetamu dan meletakkan dulang berisi air itu. Dato' Haji Sulaiman dan tetamu itu hanya melihat perbuatan Luna mengisi air ke dalam cawan.
"Terima kasih, Luna." kata tetamu itu. Ikhlas.
"No hal lah. Sikit saja ni. Zayden kan dah banyak tolong Luna, rasa bersalah la pula selalu minta tolong Zayden." tutur Luna.
"Takpe Zayden ikhlas tolong Luna. Lagipun, kawan kan kena saling bantu-membantu?"
Luna tersenyum. Zayden sudah banyak membantu dan membimbingnya untuk mengendalikan syarikat abinya itu. Tanpa Zayden, memang sudah lama syarikat tu bankrupt gara-gara kesilapan yang dia buat. Boleh dikira Zayden ini Superman yang jatuh dari langit untuk tolong dia.
"Ehem! kalau tak ada apa-apa abi naik atas dulu ye adik. Nak sambung buat kerja." Dato' Haji Sulaiman terus bangun dari sofa empuk itu.
Luna menggaru kepala. Lupa pula yang abi pun ada dekat situ, kesian la pula dipinggirkan oleh perbualan antara dia dan Zayden. Luna bangun menyalam tangan tua itu.
"Jaga diri ya pakcik." ucap Zayden.
"Buat kerja elok-elok ye abi. Jangan sambung tidur pula." perli Luna.
Sempat dijeling anak bongsunya itu. Dato' Haji Sulaiman menghadiahkan senyuman kepada Zayden dan bergegas menuju ke bilik kerjanya.
"So, Luna nak bercakap fasal apa ini? Zayden boleh saja nak tolong kalau dah Luna tak boleh nak handle."
"Hm? oh! Luna lupa la pula. Abi ada kata yang Abi sudah tandatangan contract dengan syarikat ayah awak betul ke? tak tipu kan?" bertubi soalan yang keluar dari mulut Luna.
"Oh fasal itu, haah betul lah tu apa yang pakcik cakap tu. Ayah saya memang sudah lama berminat nak bekerjasama dengan syarikat pakcik. Yelah, bila dah untung syarikat pakcik naik memang banyak syarikat nak serbu syarikat pakcik. Tapi, semua pakcik tolak sebab pakcik terhutang budi dengan ayah saya." terang Zayden. Dihirup kopi yang dituang oleh Luna sebentar tadi.
YOU ARE READING
Love Me Zayn Alkaedar
RomanceZayn Alkaedar. Siapa sahaja yang tidak mengenali anak Dato' Zayed Alkarezar itu? terkenal dengan sikap dingin dan muka tak berperasaannya itu. Puas dipesan untuk maniskan muka, tidak dihiraukan juga pesanan ibundanya. Asyik dengan motorsikalnya saha...