bab 2

20 2 0
                                    

"Zayn Alkaedar."

Zayn menoleh. Dilihat dengan sayu muka mamanya, Datin Almelda. Dia hanya berdiri tengak tidak memberikan sebarang reaksi. Tetap dengan wajah bekunya.

"Zayn nak pergi mana ni, sayang? Zayn asyik keluar saja, tak bagitahu mama pun Zayn nak pergi mana."

Datin Almelda mendekati anaknya dan memegang erat tangannya.

"Zayn ada hal kejap." balas Zayn. Ringkas.

"Dah lewat ni, sayang. Esok ajelah dengan hal kamu tu. Tak lari kemana pun."

"This is urgent, mama."

Datin Almelda mengeluh panjang.

"Ha, iyelah. Nanti jangan lupa balik rumah, jangan sesat tak jumpa jalan balik pula." nasihat Datin Almelda.

"Baik, mama." disalam kedua tangan tua mamanya itu.

Datin Almelda mengusap lembut rambut anak terunanya.

Zayn menuju ke arah bengkel untuk mencari kelibat Kawasaki Ninja 300 kepunyaannya. Dia menyarungkan sarung tangan hitam dan topi kaledar hitam yang terletak di atas motor itu.

"Manja ready for a ride?" Zayn mengusap motor kepunyaannya.

Zayn tersenyum sendirian. Dia menyalakan enjin lalu pergi dari kawasan garaj itu.

°°°

"Abang kenapa tak kejut adik?!" suara Luna bergema dalam rumah agam itu.

"Eh, kau yang nak pergi kerja asal aku pulak yang kena kejut?" Lutfian menyuap biskut empat segi ke dalam mulutnya, hm sedap!

Luna menjeling abangnya. Eh, asal berkira sangat nak kejut orang pun? bukannya suruh kahwin, suruh kejut bangun je!

"Abang kalau lepasni minta tolong Luna taknak tolong dah. Pepandailah urus sendiri, orang yang berkira tak dapat keberkatan Allah padan muka!"

Luna menjelir lidahnya kepada Lutfian. Dia menyarungkan purdah dan tudungnya lalu diambil beberapa roti di atas meja untuk dibuat alas perut. Dah lambat nak masuk kerja!

Lutfian hanya mengendahkan adiknya. Orang banyak ragam memang macam ni.

Puan Maria turun ke tingkat bawah kerana mendengar suara dua anaknya yang sudah membuat bising di awal pagi. Dijenguk ke dapur hanya Lutfian yang sedap makan biskut empat segi kegemarannya.

"Mana adik?" tanya Puan Maria.

"Pergi kerja la ibu takkan pergi siram pokok kut." sempat Lutfian berloyar buruk dengan Puan Maria.

Puan Maria mencubit paha Lutfian. Apa yang nak jadi dengan anaknya ni? memang semua keturunan Haji Zaki perangai macam ini ke?

"Pandai eh fian berloyar buruk dengan ibu? ibu cakap elok-elok kan? mana adik?" tanya Puan Maria sekali lagi.

"Aduh, sakitlah ibu. Luna pergi kerja la ibu, betul la apa fian cakap tadi." terang Lutfian. Sempat digosok pahanya yang dilahap oleh tangan runcil ibunya.

Puan Maria menenung anaknya, seterusnya melihat jam di dinding. Dan kemudian melihat Lutfian buat kali yang kedua. April fool day ke apa? main-main ke Lutfian ni?

"Apa yang fian merepek ni?"

"Hah?" Lutfian menggaru kepala.

"Harini kan hari Ahad cuti. Syarikat abi tu cuti selalu hari Ahad yang Luna pergi kerja tu buat apa?" terang Puan Maria.

Lutfian menepuk dahinya. Luna oh Luna, mengigau ke apa kehei pergi kerja hari cuti. Dia pun lupa yang syarikat abi cuti hari Ahad.

Puan Maria menggeleng kepala. Mengigau teruk betul Luna ni.

Dato' Haji Sulaiman datang ke dapur memandangkan tiada orang di ruang tamu.

"Ha, dah kenapa semua bertepuk dahi ni? mana Luna?" tanya Dato' Haji Sulaiman.

"Abang, syarikat abang cuti kan harini?"

"Haah kenapa?"

"Luna..."

"Haa kenapa dengan Luna?"

"Pergi kerja."

"Biarlah dia pergi ke-..... eh?"

Dato' Haji Sulaiman diam seketika. Selepas itu, ketawanya bergema di dapur.

"Aduh, sakit perut abang. Dah kenapa pergi kerja tu? orang bagi cuti, dia nak pergi kerja." Dato' Haji Sulaiman mengelap air matanya. Senak perut gelak.

Puan Maria memukul lengan suaminya.

"Boleh pulak abang gelak. Anak abang tu, ikut perangai abanglah ni." Puan Maria menyilangkan tangannya.

"Eh abang pula? iyelah, semua saya. Saya yang buat memang semua ikut jejak langkah saya lah." kata Dato' Haji Sulaiman selamba.

Lutfian sudah tersedak air masak yang diambilnya.

Puan Maria terbeliak biji matanya. Memerah mukanya.

"Ey! abang ni kan!"

"Ha betul apa?" Dato' Haji Sulaiman tersenyum senget.

"Dah, dah. Fian pergi telefon adik kamu suruh balik." arah Dato' Haji Sulaiman.

"Baik, boss." Lutfian membuat gaya tabik hormat. Dia berjalan menuju ke rumah tamu untuk mengambil telefonnya yang tertinggal di atas sofa.

Dato' Haji Sulaiman hanya menggeleng kepala. Kasihan itu adalah sedikit, iyalah mengigau terlebih sampai ingat hari cuti tu hari kerja. Tak pasal-pasal kena patah balik rumah semula. Mesti dah exited nak masuk kerja Luna ni.

Puan Maria menyuakan nasi goreng kepada suaminya. Dato' Haji Sulaiman memandang isterinya lama.

"Dah kenapa tengok saya macam tu, abang?" Puan Maria menyedok nasi goreng ke dalam pinggan yang kosong untuk Lutfian.

"Sayang..."

"Ya, apa?"

"Sayang, nak tambah sorang lagi tak?"

Terkebil-kebil Puan Maria memandang suaminya. Nak menyakat lagi lah tu!

"Abang!"

Letus ketawa Dato' Haji Sulaiman di meja makan itu. Bahagia dapat menyakat isterinya.

°°°

"Dah lambat! macam mana lah boleh terlajak tidur. Rasanya, tak pernah aku terlajak." Luna membebel pada diri sendiri.

Macam mana kalau Zayden sedang menunggunya yang tidak munculkan diri lagi? macam mana kalau Zayden tidak mahu menolong dirinya lagi? argh! serabutnya!

Luna memarkir keretanya bersebelahan dengan kotak parkir CEO. Yalah, abinya CEO dia pula ketua management syarikat abinya. Fuh! boleh pecah otak bila dah meningkat dewasa ni. Fikir kerja, kerja dan kerja sahaja! Luna melangkah keluar dari perut keretanya dan mengangkat fail-fail penting yang perlu dihantar.

Dia berlari anak ke arah syarikatnya yang terletak tidak jauh dari tempat parkirnya. Apabila sudah berada di hadapan pintu syarikat, Luna berlanggaran dengan seseorang. Masa ini pula nak berlanggar pun!

"Aduh!"

"Arghh....."

Orang yang berlanggaran dengannya juga mengerang kesakitan. Tapi, badannya kemain keras! kenapa yang dia nampak macam lagi sakit dari dirinya?

"Hoi!" lelaki itu bersuara. Berang.

Luna menoleh kearahnya. Biadabnya mamat ni!

Love Me Zayn Alkaedar Where stories live. Discover now