bab 3

26 2 0
                                    

"Eh ustazah! jalan tengok depan bukan tunduk bawah." kata lelaki itu. Sarkastik.

Amboi! ayat banyak cantik! salah orang lelaki ini cari pasal. Ini Luna lah, Luna Arabella!

"Apa pakcik?" bidas Luna. Hambik kau!

Lelaki itu menatapnya tajam. Marah ler tu.

"Pakcik, dalam Islam lelaki tak elok menatap perempuan bukan mahramnya. Pakcik tahu tak? kalau tak tahu sekarang saya dah bagitahu." bidas Luna lagi.

Kurang ajar sangat kan? inilah balasannya.

"Kau tak reti nak minta maaf? mulut saja celopar lebih hati hitam buat apa?" balas lelaki itu. Dia tersenyum sinis.

Kalau dalam Islam boleh sentuh lelaki, dah lama kena hempuk pakai fail pakcik ni. Sabar Luna, sabar! Luna bangun dan menyapu debu-debu di pakaiannya.

"Pakcik, saya minta maaf dari hati saya tau. Pakcik jangan marah tau! saya minta maaaaaf sangat-sangat!" kata Luna dengan sinis. Dia yang langgar kita pulak yang kena minta maaf!

Lelaki itu bangun dan berjalan mendekatinya. Dia menatap Luna dengan tajam.

"Selangkah pakcik datang saya jerit."

"Oh, do I care?"

"You don't care but I care."

"So?"

Setapak lelaki itu mendekati Luna. Luna bergerak mengundur ke belakang.

"Pakcik, saya buat betul-betul ni..." Luna menapak ke belakang. Dia mula panik.

Lelaki itu berhenti tepat dihadapan Luna.

"Don't call me pakcik. Aku Zayn." kata Zayn. Luna tercengang.

"Do I ask for your name?" Luna memandang lelaki itu dari atas hingga ke bawah. Dia was-was.

"Kau cakap lelaki tak elok menatap perempuan bukan mahram kan? kalau perempuan menatap lelaki bukan mahram pun tak elok jugalah kan?" kata Zayn. Sinis.

Luna menjelingnya. Cis!

"Fine, aku minta maaf."

Luna memandangnya. Pandai pula minta maaf! tetapi, tiada maaf bagimu! Luna dengan pantas menentang kelangkang Zayn. Zayn mengaduh kesakitan.

"Aduh!" Zayn mencangkung kesakitan.

Luna mengambil kesempatan dengan melarikan diri. Padan muka!

"Siap kau nanti kalau kita jumpa!" jerit Zayn.

Luna memandangnya semula. Kalau kita jumpa? maksudnya dia kerja dekat syarikat abi ke? alamak! masaklah macam ni!

Luna bergegas masuk ke dalam keretanya dan memecut pergi dari perkarangan syarikat abinya. Telefon di sebelah tempat duduknya berdering. Tertera nama Lutfian di skrin telefon. Luna segera mengangkat panggilan itu.

"Assalamualaikum sis."

"Ha, kenapa?" tanya Luna. Tercungap-cungap dia balas memandangkan baru lepas berlari.

"Amboi! takde angin takde ribut jawab salam pun tak! ni dah kenapa macam orang semput aje ni? kau baru lepas kena kejar anjing ke macam mana?" bebel Lutfian.

"Memekak aje kerja kau, abang. Ha, nak apa ni call? Luna baru nak balik rumah semula."

"Memang patut pun kau balik rumah. Harini cuti, kau je mengigau lebih gatal nak pergi kerja." Lutfian sempat mendengar adiknya bersuara terkejut.

"Apa abang merepek ni?"

"Mana ada aku tipu kau, Luna Arabella. Cuba kau check harini hari apa."

Love Me Zayn Alkaedar Where stories live. Discover now