It's only you for me
_____________"Macam mana awak tahu tempat kerja saya?" tanya Eunji, bouquet bunga yang diberi Junkyu tadi diletakkan ke dalam paper bag.
Arh, pipinya masih panas, berbahang dengan pemberian Junkyu itu. Walaupun sekadar bunga, dia tetap menghargainya. Yalah, dia pun bukannya siapa-siapa, jadi sangat jarang untuk dia mendapat apa-apa hadiah, lagi-lagi daripada orang yang istimewa.
Cakap soal hadiah, dia teringat sesuatu. Chewing gum. Ah, dia teringat lagi pada si dia, Eunji menggeleng-geleng perlahan. Cukuplah, move on.
"Lah, awak kan ada bagitahu haritu? Lupalah ni!" gurau Junkyu, dia tersengih-sengih, sesekali dia membetulkan topi beret di atas kepalanya.
"Oh ya eh? Hehe sorry," balas Eunji, dia memang benar-benar lupa. "Kenapa awak tak bagitahu nak datang? Macam tiba-tiba je awak ni." Eunji pandang wajah Junkyu, sedikit mendongak kerana Junkyu memang tinggi lampai orangnya.
Sekali pandang, Junkyu ini memang nampak macam model. Ah, bagi seorang dirinya yang bukannya siapa-siapa, Junkyu ini tampak sempurna di matanya. Full package!
"Eh, Eunji-ah! Awak berangan apa sampai tenung saya macam tu?" Junkyu peluk bahu gadis di sebelahnya ini. Dia tergelak lagi, terhibur melihat wajah gadis ini yang nampak blur dan comel. Rasa nak peluk je!
"Err takde apa-apalah!" Eunji cepat-cepat larikan mata, malu hendak bertentang. Makin bertambah-tambah malunya apabila dia dipeluk bahu oleh Junkyu, rapat sehingga dia sendiri boleh rasakan kehangatan pelukannya dan harum minyak wangi yang dipakai Junkyu.
"Awak tak jawab lagi soalan saya tadi." Topik tadi dialih.
"Saya dah jawablah! Awak termenung tadi manalah nak dengar!" Senyuman yang tadi menghiasi wajahnya masih tidak luntur, semakin melebar adalah! Ini semua gara-gara gadis ini yang sudah bergelar teman wanitanya itu.
Eunji hanya terkebil-kebil, haish kenapalah dia clumsy and blur sangat petang -petang macam ni? Laparlah kot...
"Saya sajalah datang jemput awak. Surprise! Lagipun latihan teater habis awal harini, itu yang saya sempat datang jumpa dengan awak. Lagipun, saya nak ajak awak pergi satu kafe yang baru buka ni, katanya croissant dia sedap. Tapi tak tahulah petang macam ni ada lagi ke tak." Junkyu usap dagu, dia sendiri pun kurang pasti.
Junkyu pandang wajah Eunji yang memang dari tadi melihat dirinya. "Kiranya, ni macam first date kitalah kan?" Junkyu kenyit mata. Eunji hanya tergelak sebelum menggangguk-angguk.
"Kalau macam tu jomlah, awak tahu ke kat mana kafenya?"
Angin petang itu terasa nyaman sahaja, dan ditemani kehadiran Junkyu di sisinya betul-betul membuatkan Eunji gembira.
"Tahu! Sebab tulah saya ajak awak, jom!" Tangan Eunji ditarik supaya mengikut langkah kakinya yang panjang itu.
"Ah, Junkyu jap!" Junkyu menoleh ke belakang, tangan Eunji dilepaskan. Bingung pula dia, tiba-tiba sahaja gadis kesayangannya ini menjerit. Dia ada buat apa-apa salah ke?
Kelihatan Eunji menggosok matanya berulang kali. "Mata saya masuk habuk, jap!" katanya dalam kepayahan, sesekali dia memejamkan mata berulang kali.
Junkyu mendekati Eunji. "Jap, saya tolong tiupkan mata awak." Kedua-dua pipi Eunji dipegang, dia meniup beberapa kali mata Eunji yang sudah berair itu.
"Junkyu! Yah!"
Junkyu tergelak-gelak sebelum menekup mulutnya semdiri. Eunji kemam bibir, ingatkan nak tiup mata sahaja, ni sekali dengan pakej kiss kat pipi! Terkejut dirinya! Eunji menolak lembut badan Junkyu, dia tak marah cuma lebih kepada malu!
Malu sangat-sangat!
"Okay sorry sorry! Jom!" Junkyu tarik tangan Eunji sebelum mereka berlari bersama-sama. Hanya tawa yang menemani setiap langkah mereka ke kafe.
-----
A/N: eh aku nak tanya jap, junkyu kan korang rasa love language dia apa ehhh 😂 manalah tahu aku boleh sesuaikan dengan scene dalam cerita ni HAHAHAHAH jap bila ni nak cerita pasal jihoon lak hahahah oklah vote and comment lah beb aku tak tahu nak cakap apa errr HAAA AKU KAN ADA KATA NAK PUB FF JEONGWOO EN SO MANA YANG MENUNGGU FF BELIAUUUUU
YOU ARE READING
what is love? | jihoon's fanfic S2
Fanfic(slow update) "Heartbreak, two pieces One I'll take, one's with you" "Awak tetap sama macam dulu, annoying." © Park Jihoon | Jihoon TREASURE's fanfic Kindly read [chewing gum] first before reading this book @xxybaexx Start: 2023/08/12