Chapter 37

307 14 0
                                    

Phuwin tengah mengemas katil hospital. Wajahnya masih pucat. Hari ini, dia akan keluar dari hospital. Sebenarnya, dia kena duduk di hospital lagi 2 hari tetapi dia mendesak Pond supaya keluar kannya lebih awal. Pertama kali, Pond tidak menyetujui kata-katanya tapi lepas dia memaksa, akhirnya, Pond mengalah dengan kehendak nya. Kadangkala, dia terasa seperti menyusahkan Pond. Dia banyak buat masalah dan masalahnya itu diselesaikan oleh Pond.

Mengeluh. Phuwin mengeluh panjang. Dia mengenggam selimut putih sambil menutup matanya. Masa dia menutup mata, dia teringat akan semua peristiwa yang menimpa dirinya. Seperti CD yang berulang-ulang di hadapan mata. Nafasnya tersekat-sekat. Tiba-tiba ada tangan melingkar di pinggangnya membuatkannya terkejut besar, nyaris menjerit. Dia segera buka mata dan menoleh dengan cepat. Dia menghela nafas bila nampak wajah Pond yang tersandar di bahunya.

" Apakah sayang okay ? " tanya Pond sambil meramas pinggang Phuwin.

" P'Pond, jangan.. Geli " Phuwin menepis tangan Pond yang menyentuh titik sensitif nya di area pinggang. Dia cuba menjauhi Pond tetapi Pond dengan pantas, memperkemaskan pelukan membuatkan dia tidak boleh lari.

" Ada masalah ke ? " tanya Pond dan mengucup tengkuk Phuwin.

Phuwin diam sahaja. Dia menggeleng dengan perlahan. Bibirnya tidak ada senyuman ceria.

Pond melepaskan pelukan di pinggang Phuwin dan membalikkan Phuwin supaya menghadapnya. Pond memegang kedua bahu Phuwin bila Phuwin diri di hadapannya.

" Awak ada saya. Kalau awak ada masalah, datang kepada saya. Saya tak dibebani langsung okay ? Awak tidak pernah menyusahkan saya. Saya sanggup lakukan apa-apa untuk seseorang yang saya cintai. Jadinya, luahkan apa sahaja dekat saya. Saya sedia menjadi telinga untuk awak " ucap Pond sambil mengusap ubun-ubun rambut Phuwin.

Hati Phuwin tersentuh. Jutaan rama-rama berterbangan di dalam hatinya membuatkan dia terasa bahagia. Phuwin terus memeluk Pond dengan erat.

" Terima kasih " ucap Phuwin dan mengucup lembut bibir Pond.

Pond senyum dan melepaskan pelukan dekat Phuwin, " Tada.... Saya beli roti dan air mineral untuk awak. Breakfast " ujar Pond dan menunjukkan plastik jernih di hadapan mata Phuwin. Dia tersenyum manis supaya meredakan perasaan Phuwin yang berperang.

Phuwin menolak plastik itu, " Saya tak lapar " jawap Phuwin dan duduk di birai katil hospital yang sudah kemas.

" Sayang, tak baik membuang makanan. Lagipun awak tak makan dari semalam ? Makan sayang walaupun hanya sedikit untuk alas perut awak. Nanti awak makin sakit " kata Pond memicit pipi Phuwin. Dia duduk di sebelah Phuwin dan mengeluarkan roti perisa strawberi dari plastik. Dia mengoyakkan roti itu dan menyua ke arah bibir Phuwin.

Phuwin memandang mata Pond yang redup. Phuwin membuka mulutnya dam menerima roti strawberry itu dengan tidak rela. Tekak nya tidak dapat menerima makanan saat ini. Roti itu dikunyah dan ditelan kasar. Roti kegemarannya ini menjadi pahit. Tiada kemanisan di situ.

Pond mengusap pipi Phuwin dengan lembut. Mereka saling bertatapan.

" Jangan risau. Saya ada di sini " ucap Pond dengan lembut. Dia seperti memahami perasaan Phuwin daripada mata Phuwin.

Phuwin menunduk dan mencapai tangan Pond. Tangan Pond dikucup lembut dan setitis air mata jatuh di atas tangan Pond.

Pond senyum dan mengusap kepala Phuwin. Dia menunduk dan mengucup rambut Phuwin dengan lembut.

Phuwin memandang Pond dan senyum manis. Senyuman yang tidak dipaksa. Senyuman manis yang ikhlas membuatkan hati Pond menghangat melihat senyuman Phuwin.

" Cantik bunga tu. Mana awak beli ? " soal Phuwin kepada Pond.

Tangan Pond yang menyuap roti ke mulut Phuwin, terhenti. Mukanya penuh kebingungan. Dia melihat ada sejambak bunga rose yang berada di hujung katil di cardiac table.

Strawberry and Cigarettes ( S2 ) Where stories live. Discover now