BAB I

7 1 0
                                    

TEPAT jam 10:00 pagi Tengku Raisha Afeeya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Dia mula mencari kelibat keluarga yang tersayang. Sudah lima tahun tidak bersua muka dengan ahli keluarga. Dia perasan seseorang sedang melambaikan tangan ke arahnya lalu dia terus menghampiri orang itu. Belum sempat orang itu berkata apa-apa Tengku Raisha Afeeya terus memeluk orang itu dengan eratnya seperti tidak ingin melepaskannya. Pada hari tersebut orang tidak rama di KLIA jadi tidak perlu malu. Kalau ada orang tengok pun peduli apa dia janji dia dapat peluk orang yang dia paling rindu. Kini mata dia beralih ke arah seorang kanak-kanak perempuan yang comel yang merupakan anak saudaranya yang sedang berdiri di sebelah abangnya. Dia mencangkung supaya kedudukannya sama dengan anak saudaranya lalu dia memeluk anak saudaranya seerat yang mungkin. Beberapa saat kemudian dia meleraikan pelukan.

     "Eiii budak ni makin lama makin geram maksu tengok dia. Rindunya maksu pada dia. Besar dah dia... Makin besar makin cubby maksu tengok sama macam mummy dia rasa nak gigit aje pipi dia" Belum cukup dengan peluk Tengku Raisha Afeeya mencubit kedua-dua belah pipi anak saudaranya yang gebu itu. Makin lama makin kuat sehinggakan pipi Tengku Rania menjadi merah. Nasib baik budak tu tidak menangis je. Kalau tidak jenuh memujuk.

     "Adik sudah-sudahlah tu cubit pipi dia nanti kalau dia menangis siapa nak pujuk?" Tegur Tengku Rayyan Riyadh. Suka sangat cubit pipi Tengku Rania. Sebelum ini pun macam tu juga sebelum dia meninggalkan mereka untuk melanjutkan pelajaran di Korea dia juga pernah mencubit pipi anak saudaranya sehinggakan meraung budak tu. Tengku Raisha Afeeya tersengih menayangkan giginya yang rata itu. Dia fikir dia cantik lah tu. Dah lah tayang muka tak bersalah.

     "Alah abang ni setakat pujuk budak kecil ni apa lah sangat senang je tau. Bagi apa yang dia nak auto dia berhenti menangis... Abang tu je yang rasa susah nak pujuk si kecil ni" Kata Tengku Raisha Afeeya dengan penuh yakin. Tengku Rayyan Riyadh sudah terbiasa dengan perangai adiknya yang kuat perasan. Maklum lah adik bongsu dan dia satu-satunya anak perempuan dalam keluarga jadi layan aje lah.

     "Abang, kenapa papa dan mama tak ikut sekali?" Soal Tengku Raisha sambil bermain rambut anak saudaranya. Tadi pipi sekarang rambut pula.

     "Papa outstation mama pula jumpa kawan macam biasalah hadir persatuan datin-datin katanya. Abang tak tahu sangat. Kalau ikut kan hati memang mama nak ikut tapi itu lah nanti apa pula kata orang kan" Tengku Raisha Afeeya mengangguk faham. Kalau dah ada perjumpaan dengan datin-datin dah tak boleh nak buat apa terpaksalah pergi juga walaupun dah bosan sebab hadap muka orang yang sama je hampir setiap hari. Walaupun perkara yang dibincangkan itu sangatlah penting tapi yang banyak menjadi bualan adalah tentang barang-barang wanita.

     "Tak apa lah adik faham... Angah pula?"

     "Angah kata nak jenguk pak long di hospital sepatutnya along yang jenguk pak long di hospital tapi hari ini kan adik pulang takkan nak biarkan adik balik dengan grab pula jadi angah tawarkan diri untuk jenguk pak long alang-alang dia takde kerja" Jelas Tengku Rayyan Riyadh. Dia bersyukur dapat adik yang boleh bekerjasama sama dan ringan tulang.

     "Elok juga kalau angah jenguk pak long di hospital daripada angah pergi melencong dengan kawan-kawan dia... Lagipun hari kan pak long dah boleh keluar... Cakap tentang Pak long, along ada call kak Leeya? Bila kak Leeya nak balik Malaysia?"

     "InshaAllah kalau dah takde apa-apa bulan depan kak Leeya akan pulang. Rindu betul along pada cinta hati. Lepas ni kami tidak lagi berjauhan" Tengku Rayyan Riyadh tersenyum sambil membayangkan wajah isteri tersayang. Sudah lama mereka tidak bersua muka. Sejak Tengku Hisham sakit Tengku Aleeya lah yang akan mengambil alih company papa nya yang berada di Johor Bahru. Dia bukannya tidak ada adik beradik lain cuma dia satu-satunya yang boleh diharap.

KASIH TENGKU RAISHAWhere stories live. Discover now