BAB II

5 1 0
                                    

TENGKU Raisha Afeeya tiba di lokasi yang diberitahu oleh abangnya. Terdapat sebuah kedai yang kelihatan kosong seperti tidak ada empunya. Ketiadaan papa nya di rumah, Tengku Rayyan Riyadh yang akan mengambil alih tugas papa nya termasuklah keinginan Tengku Raisha Afeeya. Tengku Raisha Afeeya mencari kelibat abangnya. Along ni mana? Kereta ada tapi tuannya entah lesap ke mana pun aku tak tahu. Bengang betul aku dengan dia suka sangat menghilang.

     "Ha mengata lah tu?" Sergah Tengku Rayyan Riyadh dari arah belakang. Entah dari mana dia muncul lepas tu boleh pula buat orang terkejut. Makin bengang lah jawabnya Tengku Raisha Afeeya dengan perangai abangnya itu.

     "Along pergi mana? Kita buat apa di sini? Kalau nak ajak adik makan pun agak-agak lah takkan nak makan kat sini kot kedai ni macam takde orang je"

     "Memang lah takde orang sebab belum buka lagi dah jom masuk" Tengku Raisha Afeeya hanya mengikuti abangnya dari belakang dengan penuh rasa hairan. Mereka melangkah masuk ke dalam kedai itu. Dengan muka blur nya dia melihat sekeliling kedai itu. Kedai itu sudahpun dilengkapi dengan meja, kerusi, serta kelengkapan yang lain tetapi dia masih tidak berpuas hati. Matanya langsung tidak berhenti melihat kedai tersebut. Cantik. Itulah perkataan yang pertama yang keluar daripada mulutnya.

     "Adik, ingat lagi tak apa yang adik beritahu kami sebelum adik berangkat ke Korea?" Soal Tengku Rayyan Riyadh ingin mendapatkan kepastian. Mana lah tahu adiknya sudah lupa akan kata-katanya sebelum dia berangkat ke Korea untuk menyambung pengajian di sana.

     "Adik kata, bila dah balik sini nanti adik nak buka café sendiri. Kenapa tanya?" Kini dia beralih memandang ke arah abang sulungnya. 

Tengku Rayyan Riyadh membuka tangan lalu berkata "Now you have archived what you want" Tengku Raisha Afeeya terkejut mendengar jawapan abangnya. Dia seperti tidak percaya apa yang baru abangnya sampaikan sebentar tadi. Tubuh abangnya terus didakap. Tengku Rayyan Riyadh membalas pelukan adiknya. Bibirnya mengukir senyuman. Ini lah café yang bakal dibuka tidak lama lagi dan pemiliknya semestinya Tengku Raisha Afeeya, semuanya sudah cukup lengkap tapi ada beberapa masalah, pertama, tiada pekerja, yelah buka pun belum lagi kan. Kedua, keadaan kedai ini tidak seperti yang dia mahu. Banyak lagi peralatan yang tiada seperti, rak buku. Kenapa rak buku? Sebab dia nak buka café yang bukan sahaja boleh memberikan tempat yang selesa untuk pelanggan ataupun menjadikan sebuah café itu sebagai tempat berbincang tidak kira lah dalam hal pelajaran ataupun hal kerja tetapi dia mahu café itu dibuka supaya pelajar yang bosan berada di rumah atau mana-mana pelanggan yang tidak mempunyai aktiviti boleh datang ke café nya untuk membaca buku atuaupun melakukan aktiviti lain. Nak buat lain daripada yang lain katanya. 

     "Adik dah buat iklan pencarian pekerja di media sosial?"

     "Sudah... Selain tahu latar belakang adik juga perlu lah lihat kemampuan dan pemahaman tentang tanggungjawab mereka juga kan?" Tengku Rayyan Riyadh mengangguk tanda 'ya'. Yalah nak cari pekerja mestilah berdasarkan kemampuan dan pemahaman tentang tanggungjawab. Kalau takde tanggungjawab belum sampai setahun café itu mungkin boleh bankrap. Kalau latar belakang ok tapi dia tiada kebolehan bukan tak boleh cuma dia risau. Kalau boleh dia tak mahu perkara itu terjadi. Yang hairannya laju pula dia buat poster.

     "Adik yakin ke nak cari pekerja yang betul-betul perlukan kerja seperti pelajar?"

     "Ya along jangan lah risau InshaAllah adik yakin mereka mampu laksanakan kerja kerja dengan baik kalau tak kenapa mereka nak mohon bekerja kan? Kita doa yang baik-baik aje" Tengku Raisha Afeeya tersenyum. Dia tidak mahu abangnya fikir perkara yang negatif. Dia yakin niat dia nak bantu pelajar untuk dapatkan duit itu akan mendapatkan hasil yang lebih baik. Kalau itu yang adik dia mahukan dia ikut kan aje lagipun mama dan papa nya tidak pernah membantah sebarang keputusan yang dibuat oleh adiknya.

KASIH TENGKU RAISHAWhere stories live. Discover now