BAB III

6 0 0
                                    

JAM menunjukkan pukul 9:00 malam laju saja Tengku Raisha Afeeya turun daripada katil lalu menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Dia belum solat Isyak lagi. Sibuk sangat buat kerja sehingga tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Sebaik sahaja selesai solat Isyak dia terus turun ke bawah untuk melihat keadaan anak saudaranya. Entah apa yang dia buat pun tak tahu lah.

     "Ran, what are you doing?" Tengku Raisha Afeeya menghampiri anak saudaranya yang sedang asyik menonton televisyen. Orang pasang musik kegemaran dia pun dia tidak akan berganjak daripada tempat duduknya. Nampaknya cerita yang dia tonton lagi menarik daripada lagu kegemarannya.

     "Amboi syok nya tengok cerita sampai maksu tanya pun dia tak jawab. You don't have any homework?" Tengku Raisha Afeeya melabuhkan punggung di sebelah anaknya. Tengku Rania hanya menggelengkan kepalanya tanda tiada homework yang diberikan oleh gurunya. Tengku Raisha Afeeya menggelengkan kepala melihat tingkah laku anak saudaranya. Matanya langsung tidak beralih dari melihat ke arah televisyen.

     "Ran, mana atok?"

     "Atok di luar ambil angin" Tengku Rania langsung tidak memandang wajah ibu saudaranya. Syok betul budak tu.

     "Ran jom kita ambil angin di luar sambil itu Ran boleh lah mewarna. Maksu ada belikan buku mewarna yang baru"

     "Serius lah maksu?" Ceria sungguh suara Tengku Rania apabila mendapat tahu bahawa mak saudaranya membelikan buku mewarna yang baru. Kalau bab mewarna dia orang paling bahagia. Cerita pun kalah dengan buku. Hahaha. Tengku Raisha Afeeya mengangguk lalu dia bingkas bangun dan terus menuju ke biliknya untuk mengambil buku mewarna yang baru dibelinya semalam ditambah dengan beberapa lukisan yang dia print. Dengan cara tersebut dapat mengalihkan perhatian anak saudaranya daripada terus melihat telefon ataupun televisyen. Tengku Rania memang suka melukis dan mewarna.

     "Tadaa ini dia bukunya. Dalam buku ni maksu ada print beberapa gambar yang Ran suka" Kata Tengku Raisha Afeeya sambil membelek buku itu helaian demi helaian. Tengku Rania tersenyum melihat gambar-gambar itu. Perasaan gembiranya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Hanya dirinya sahaja yang tahu betapa gembiranya dia dapat apa yang dia suka.

     "Thanks maksu" Tengku Rania memeluk erat tubuh ibu saudaranya. Tengku Raisha Afeeya membalas pelukan anak saudaranya. Dia tahu perasaan anak saudaranya sekarang. Sepanjang malam itu, Tengku Rania leka dengan mewarna sambil ditemani oleh datuk dan mak saudaranya sambil mengambil angin di luar rumah. Sambil itu Tengku Raisha Afeeya boleh lah siap kan kerjanya. 

SEPERTI yang dijanjikan minggu lepas Tengku Raisha Afeeya dan Tengku Rania akan menetap di rumah Tengku Hisham untuk beberapa minggu sementara menunggu kepulangan Tengku Aleeya Sofia. Tengku Raisha Afeeya akan menjemput anak saudaranya dari sekolah. Susah sikit nak jumpa sebab budak-budak baru habis kelas. Panjang lehernya mencari anak saudaranya. Kelihatan seorang kanak-kanak berlari anak ke arahnya, tidak lain tidak bukan itulah dia Tengku Rania. Comel aje. Dia memeluk Tengku Raisha beberapa saat kemudian mereka terus masuk ke dalam kereta. Borak dalam kereta baru lah selesa di luar panas nak berborak.

     "Macam mana sekolah hari ni? Ada homework tak?" Sebelum pulang dia terlebih dahulu bertanya tentang keadaan anak saudaranya di sekolah pada hari tersebut. Ada perbezaan ke berbanding daripada yang semalam.

     "Seronok sangat sebab hari ni dapat tengok movie dan cikgu tak bagi homework pun.

     "Ok kalau macam tu Rania teman maksu lah cari barang lah"

     "Ok jom" Bukan main semangat lagi Tengku Rania apabila orang ajak jalan-jalan. Dah alang-alang orang ajak jalan-jalan dia pun onz je lah. Kereta Honda Civic yang dipandu oleh Tengku Raisha Afeeya terus meninggalkan perkarangan sekolah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 21 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KASIH TENGKU RAISHAWhere stories live. Discover now