Sudah seminggu berlalu dan selama seminggu itu, hidup Phuwin tenang tanpa ada sebarang gangguan daripada lelaki berhoodie itu.
Phuwin berlari keluar daripada universiti sambil melihat jam tangan yang terlilit di pergelangan tangannya. Sudah pukul 1 petang. Dia mahu berjumpa dengan Pond. Dia merindukan Pond.
Sekarang ini Pond berada di luar pagar universiti kerana mahu lunch bersamanya. Semasa dia melalui parking kenderaan, tiba-tiba ada tangan menyentuh lengan Phuwin membuatkan Phuwin terkejut besar.
" Phuwin " satu suara halus memasuki gegendang telinga Phuwin.
Phuwin mengusap dadanya bila melihat wajah cantik June menjamah matanya. Dia cuba mengaturkan nafasnya yang memburu laju. Jantungnya seperti mahu terlompat keluar bila June menyapanya sebegitu.
" Kau ni buatkan aku terkejut lah " bidas Phuwin dan mendengus perlahan.
June senyum dengan pipinya yang memerah, " Maafkan saya. Saya tak berniat pun "
Phuwin hanya mengangguk sahaja. Dia sedikit agak terganggu bila June menegurnya.
" Kau nak apa ? " tanya Phuwin, memulakan bicara terlebih dahulu bila melihat June hanya diam sahaja.
June menggenggam hujung gaun separas lutut yang dipakainya, " Saya rasa saya mahu luahkan perasaan saya dekat Dr. Pond. Saya tidak peduli kalau dia mahu tolak ataupun terima. Sudah setahun saya cuba memberanikan diri tetapi hari ini baru saya mempunyai keberanian ini. Saya mahu luahkannya tetapi awak rasa, apakah betul tindakan saya ini ingin meluahkan perasaan cinta dekat Dr. Pond ? " tanya June, memandang mata Phuwin yang redup.
Hati Phuwin pecah mendengar itu. Jantungnya seperti diramas kuat mendengar kata-kata June itu. Seperti pisau yang tersalut racun dan pisau itu tertusuk di daging yang dilapisi kulit. Ia sungguh sakit... Menyakitkan sekali...
Phuwin terdiam. Mulutnya kaku. Bicaranya hilang. Kerongkong nya kering saat ini. Dia menelan salivanya banyak kali tetapi tetap sahaja ia sungguh kering membuatkan wajah Phuwin berkedut, tidak senang.
" Phuwin ? " panggil June bila melihat Phuwin kaku bagaikan patung.
Phuwin hanya mengangguk, " Ya.. Luahkan... Luahkannya saja. Jangan ragu-ragu " Phuwin terpaksa mengukirkan senyuman manisnya. Senyuman manisnya itu sudah menjadi senyuman hambar. Hatinya sakit. Kata-kata June itu lebih tajam dari sembilu dan lebih pahit dari hempedu.
June tersenyum lebar. Wajahnya kelihatan ceria, " Terima kasih Phuwin " June memegang kedua tangan Phuwin dan pergi dari situ dengan senang hati.
Phuwin hanya melihat sahaja June pergi dengan perasaan yang hambar. Kerinduannya terhadap Pond tiba-tiba sahaja hilang digantikan dengan perasaan sedih di jiwanya. Phuwin mengesat matanya yang mulai kabur kerana air jernih seperti mutiara mulai bertakung di tubir matanya. Panas.
Phuwin menenangkan dirinya seketika sambil menarik nafas lalu menghembuskan nafasnya. Dia terus berjalan menuju ke luar pagar universiti untuk berjumpa dengan Pond. Phuwin nampak Pond sudah tersenyum lebar bila melihat dirinya.
" Sayang " panggil Pond dan terus mencapai kedua tangan Phuwin, " How university ? Okay ? "
Phuwin senyum hambar dan mengangguk.
" Hey.. Kenapa ni ? " tanya Pond dengan lembut bila melihat wajah Phuwin muram. Dia mengusap pipi cengkung Phuwin dengan penuh kasih sayang.
Phuwin sebak mendengar pertanyaan Pond itu. Dia tidak tahu kenapa kebelakangan ini dia menjadi begitu sensitif. Phuwin menggelengkan kepalanya dan terus masuk ke dalam kereta tanpa menjawap pertanyaan Pond yang terbang bersama angin.
Pond kebingungan. Dia terus masuk ke dalam kereta dan keretanya meluncur di atas jalan. Pond menjeling Phuwin yang tengah memandang ke luar tingkap kereta dengan pandangan mata yang kosong. Apa yang terjadi dekat Phuwin ?
" Nak makan kat mana ? " tanya Pond, memecahkan kesunyian yang sungguh merimaskan hatinya. Tiba-tiba dia berasa tidak enak hati melihat keadaan Phuwin yang agak merisaukan hatinya ini.
" I don't care " jawap Phuwin dengan perlahan. Dia menghela nafas panjang.
" Phuwin.. Apa yang terjadi ? Awak marah dekat saya ke ? " tanya Pond dan tangannya yang bebas, mencapai tangan Phuwin. Dia mengucup lembut punggung tangan Phuwin dan mengenggam kuat tangan Phuwin yang sedikit bergetar itu.
" Kalau awak marah saya, jangan macam ni. Awak boleh pukul saya. Awak boleh memarahi saya. Lakukan apapun yang awak mahukan kalau awak ada perasaan marah ataupun tidak puas hati dengan saya tetapi jangan bersikap begini. Jangan mendiamkan diri. Sikap diam awak membuatkan saya risau dan berfikiran negatif. Cakap dengan saya, awak ada masalah ke ? "
Phuwin memandang Pond dengan mata yang berkaca-kaca. Dia menghelakan nafasnya dan dia menarik tangannya dari genggaman tangan Pond. Phuwin melipatkan kedua tangannya di dada dan dia menutup kedua matanya. Serentak itu, setitis air mata jatuh di pipinya yang cengkung. Phuwin cepat-cepat mengesat cairan asin itu supaya Pond tidak nampak tetapi terlambat kerana Pons sudah terlanjur nampak.
Pons dengan risau, memberhentikan kereta di bahu jalan. Dia menghadap Phuwin yang masih menutup mata.
" Phuwin, talk with me. What happen with you ? You have any problem ? What in your mind right now ? You want share with me ? " tanya Pond dengan suara lembut. Dia mengusap ubun-ubun rambut Phuwin.
Phuwin menolak lembut tangan besar Pond dari menyentuh rambutnya, " Saya okay je. Jalankan kereta awak. Nanti kita terlambat makan "
Pond diam sahaja, tidak menurut kata-kata Phuwin. Dia mendekatkan bibirnya di telinga Phuwin.
Phuwin dapat merasakan nafas Pond menampar kulit pipinya. Hidung mancung Pond sedikit bergesekan dengan kulit nya yang lembut bak giok. Phuwin merasakan jantungnya berdegup kencang. Bila-bila masa boleh meletup jantungnya.
" I love you Phuwin. You are the only one i want in life. I don't want anyone else " ucap Pond lembut di telinga Phuwin dengan nafas yang perlahan.
Phuwin tersentuh mendengar ucapan Pond itu. Dia membuka matanya. Dia memandang Pond dengan pandangan kabur kerana air mata yang memenuhi segenap mata nya.
Hati Pond sakit melihat mata yang berbingkai bulu mata lentik itu dipenuhi oleh kolam air panas. Air mata yang jernih tetapi seperti duri bagi nya. Pond mengusap kelopak mata Phuwin dan masa itu setitis air mata Phuwin jatuh di pipi. Diikuti beberapa titisan air mata yang bersih, tiada sebarang noda.
Phuwin memandang Pond dan dia mengucup bibir Pond dengan lembut. Tiada tautan yang ghairah. Tiada lidah yang menari bersama. Tiada nafsu. Ini ciuman yang disalurkan oleh kelembutan cinta dicampuri oleh rasa asin yang turun dari matanya lalu membasahi bibir mereka berdua.
Tidak sampai seminit, Phuwin menjauhkan bibirnya dari bibir tebal Pond. Dia mengusap pipi Pond dengan senyuman nipis di bibirnya.
" Jalan Pond. Kita makan " kata Phuwin dan dia mengucup kening Pond.
Pond menghela nafas bila Phuwin masih menutup mulut untuk berkata perihal yang sebenar. Pond hanya mengikut kata-kata Phuwin. Dia kembali menggerakkan kereta di atas jalan dengan perasaan risau di jiwanya melihat keadaan Phuwin.
Sampai sahaja di kedai makan, Pond dan Phuwin memesan makanan. Mereka menunggu pesanan mereka sampai ditemani cerita Pond tentang pesakit nya di hospital. Phuwin hanya mendengarkannya sahaja. Kadangkala, ia akan memotong percakapan Pond untuk memahami cerita dengan betul.
Makanan dan minuman mereka sampai. Pond makan dengan penuh selera manakala Phuwin hanya makan beberapa suap sahaja dan selebihnya ditinggalkan di atas meja. Dia menguis-nguis makanan di dalam pinggan nya dengan perasaan kosong.
Pond yang menyedari Phuwin memainkan makanan, mulai menegur Phuwin, " Kenapa ni ? " tanya Pond.
Phuwin menggelengkan kepala, " Tiada apa-apa. Makan lah " Phuwin meneruskan makan walaupun tekak nya tidak boleh menerima makanan saat itu. Nasi yang ditelan nya seperti pasir. Susah mahu masuk ke perut.
Pond menghela nafas dan dia mengusap pipi Phuwin. Phuwin senyum nipis dan menggeselkan pipinya dekat telapak tangan Pond, cuba mencari ketenangan di sana.
YOU ARE READING
Strawberry and Cigarettes ( S2 )
RomanceAda seseorang memerhatikannya membuatkan dia hidup di dalam ketakutan dan berhati-hati bersama pasangannya yang melindunginya