"Sha?" panggil Puan Lily ke anaknya."Ye mum, ehh sorry sorry sha termenung sikit hehe" sahut Aisha anak tunggal Puan Lily. "Dah dah jom kita gerak" ajak Puan Lily "JOMMM!! Tak sabar nak pergi holiday, dah lama kan kita tak pergi holiday kan mum" Aisha sangat teruja namun dia tidak tahu tempat sebenar yang akan ibunya bawa.
Di dalam kereta
"Sha?" panggil Puan Lily dia hairan kerana Aisha hanya diam dari tadi, "Mum, sha ngantuk la" jawab aisha. "Takpe sha tidur je, nanti sampai mummy kejut. "Okay mum" Aisha mengantuk kerana harini Puan Lily kejutkan Aisha lebih awal dari biasanya.
"Sha bangun sha kita dah sampai ni" kejut Puan Lily ke anaknya yang nyenyak tertidur di seat penumpang sebelahnya. "Huh, okay okay" Aisha tetap menjawab walaupun dirinya masih lagi dalam keadaan mamai.
Beberapa minit kemudian
"Mummy cakap nak bawak Sha pergi pantai, ni bukan pantai" marah Aisha ke mummy nya. "HAHAHAAHA sabar laa sha mummy kena singgah sini dulu, dah dah jangan muncung sangat bibir tu nanti malu mummy kalau kawan mummy tengok nanti" tawa Puan Lily melihat gelagat Aisha yang memuncungkan mulutnya.
Puan Lily mengetuk pintu mansion tersebut tanpa menunggu lama tuan mansion itu membukakan pintu.
"Eh korang dah sampai rupanya, jemput masuk, Lily and Aisha" Jemput Harrison ke dalam mansionnya. Mereka pun terus ke ruang tamu mansion tersebut. "Maaflah Lily menyusahkan awak je datang jauh jauh, saya nak suruh driver saya yang jemput awak berdua tapi diorang semua cuti so saya mintak maaf sangat sangat" Harrison banyak meminta maaf sebab susahkan Lily yang duduk jauh dari mansionnya untuk datang ke sini.
"Eh takde papelah, setakat duduk Mirage Residence nak datang Tijani Bukit Tunku ni kejap je" balas Puan Lily dengan lembut
"HAHAHAHA ada je jawapan awak nak jawab ye, aisha haus ke?, nanti daddy suruh hayden buatkan air" tawar Harrison
Aisha terdiam seribu bahasa banyak soalan yang bermain difikirannya. "Sape uncle ni?, macam mana dia boleh tahu nama aku, sejak bila dia kenal dengan mummy, setahu aku mummy takde kawan" dahinya turut berkerut terlalu banyak soalan.
Dan pada akhirnya Puan Lily sendiri membuka mulut dan tepat pada masanya juga Hayden menghantar air yang telah dibuatnya tadi.
"Sha, mummy nak mintak maaf sangat sebab tak bagitau kamu awal awal, bukannya mummy taknak bagitau tapi time tu kamu ada exam, mummy taknak tambahkan pressure. Minggu lepas kami kahwin. So mummy harap kamu boleh terima daddy Harrison dan anak dia"
Puan Lily cuba memberi tahu Aisha perkara sebenar yang terjadi, namun jawapan dari Aisha sangat luar dari expectation Puan Lily."Sha tak kisah pun pasal mummy nak kahwin lagi, tapi tak perlu kut umpan Sha dengan holiday apa semua tu, mummy tahu kan kita dah lama tak holiday sama sama" Aisha tak dapat lagi membendung air mata nya yang hampir jatuh.
Semenjak kematian bapanya 5 tahun yang lalu, Puan Lily selalu sibuk dengan urusan kerja yang ditinggal oleh mendiang suaminya itu. Dialah yang mengambil alih syarikat suaminya itu, kerana ditinggalkan sudah cukup lama banyak file file dan project yang perlu diurusnya. Jadi dia tidak memiliki banyak masa bersama Aisha anak semata wayangnya itu.
"Sha?, meh sini duduk tepi daddy" panggil Harrison. Walaupun perasaan Aisha masih sedih dia tetap mengalih tempat untuk duduk di tepi ayah tirinya itu. "Sha cakap je dengan daddy, sha nak pergi mana, nanti daddy bawak mummy abang hayden ngan abang hazel sekali" Harrison cuba memujuk anak tirinya tersebut.
"Serious laa daddy" Aisha memandang wajah ayah tirinya tersebut dengan mata yang berbinar binar. Puan Lily dan Hayden tertawa melihat gelagat Aisha.
"Yee, daddy serious, takpe takpe sha fikir dulu nak pergi mana, sekarang minum dulu air yang abang hayden dah buat" suruh Harrison. Aisha terus meminum air buatan Hayden.
YOU ARE READING
His Clingy Baby
RomanceAisha tidak pernah sekalipun terjatuh cinta kepada mana mana lelaki, tetapi disebabkan kelakuan abang tirinya itu, aisha mulai menyedari dirinya telah pun jatuh cinta. Namun Aisha tidak pernah menganggap perasaannya benar dan selalu saja cuba untuk...