SAMPAI sahaja di Malaysia, telah kelihatan pemandu peribadi Puan Maziah yang sudah menunggu lama untuk mengambil mereka pulang kerumah.
Selesai mengangkat beg kedalam bonet kereta , mereka pun bersama-sama masuk kedalam perut kereta. Damia hanya menguntum senyuman melihat pak mail yang membantu beliau mengangkat luggage tersebut.''Pak Mail , nanti singgah kejap dekat restoran depan ya..saya nak belikan makanan untuk anak saya..sebab dah lewat malam"
''Anak puan ?"
''Oh ya maaf lupa pula saya nak perkenalkan Dengan pak mail...ya nama dia Puteri Damia Annelisse , anak kandung saya yang sebelum ini menetap di Australia bersama arwah bapanya"
''Baiklah puan..."
Pak mail pun menekan pedal minyak dan meneruskan perjalanan. Sampai di restoran berdekatan dia berhentikan keretanya ditempat parkir restoran tersebut, hanya Puan Maziah dan Damia sahaja yang keluar untuk membeli makanan .
Ketika puan Maziah sedang membeli makanan Damia hanya tunggu diluar restoran sahaja sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Sungguh dia tidak menyangka pengakhiran begini. Kini dia telah kembali ke Malaysia.
''Damia? " Puan Maziah mencuit bahu damia dari belakang.
''Err..mama dah siap bungkus ke ? "
''Dah..jomlah kita gerak ,cuaca pun macam nak turun hujan dah tu..tambah mamanya lagi.
''Okay mama..jomlah.."
Mereka pun berjalan seiringan kearah kereta dan terus bergerak pulang. Sampai sahaja dirumah makcik kiah segera menunjukkan bilik Damia yang telah disediakan khas oleh Puan Maziah.
Puan Maziah inginkan kehidupan yang terbaik untuk anaknya itu kerana inilah masanya untuk dia menjaga anaknya semula didepan mata.
Damia melihat sekeliling biliknya, dia duduk di tepi katil.Entah kenapa tiba-tiba dia teringat tentang kawan baiknya sewaktu di Australia dahulu.Mungkin jika dahulu dia telah mendengar apa yang dinasihati Raykarl , hingga kini pasti dia masih boleh menetap di australia.
''Karl.. mana kau , aku perlukan kau, aku tak okay karl " Damia berkata dalam hati, sambil melihat gambar Raykarl dan damia sewaktu mereka belajar dulu.
**********************************************************************************
Damia tersedar pada pukul 5 pagi.. Tidurnya tidak begitu lena,mungkin dia masih belum terbiasa dirumah itu. Damia melihat , mak cik kiah sudah menggantung baju yang dibeli oleh mamanya untuk beliau.
''Mama, mana semua pakaian damia ? kenapa semua tak ada kat dalam almari mia? "
''Baju Mia semua mama dah gantikan yang baru..mama dah panggil stylish untuk siapkan Damia, mulai hari ni lupakan impian Damia dan bekerja di syarikat mama.Hari cuti damia pula ,mia akan mengikuti kelas agama ,damia hanya perlu ikut sahaja ,semua mama dah uruskan" Puan maziah menjawab dengan nada yang tegas.
Kali ini Damia benar-benar terduduk. Impian dia selama ini hancur sekelip mata dengan begitu sahaja.Damia langsung tidak dapat berkata-kata lagi demi kesihatan mamanya. Dia hanya mampu mengiyakan sahaja sambil menyeka air matanya.
''Ingat Damia , ini rumah mama, mesti kena ikut cara mama..sekarang cepat bersiap mama tunggu untuk bawa kamu ke Office . Tambah Puan Maziah.
Jauh disudut hati Puan Maziah dia lebih jauh merasa kecewa dan terluka , bukanlah dia sengaja ingin memusnahkan impian anaknya sendiri ,namun dia terpaksa nelakukannya demi masa depan yang terbaik demi Damia.
YOU ARE READING
MY COLD LOVER
RomancePuteri Damia Annelisse merupakan seorang gadis bekerjaya yang menetap di Australia. Sudah bertahun dia menetap disana sejak kedua Ibu bapanya telah pun berpisah. Namun begitu , mereka sekeluarga masih lagi terus berhubung demi menjaga hubungan...