BAB 4

274 6 0
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 1:30 Pagi ,namun sosok Raykarl masih belum kelihatan. Tengku Malique sudah mula marah.

''Maznah ,mana anak kesayangan awak dah lewat pagi belum balik lagi " Jerkah tengku Malique sambil mencekak pinggangnya.

''Err..abang tidurlah dulu biar saya tunggu dia..mungkin dia ada hal bang.."

''Ini semua salah awak..terlalu manjakan Raykarl sampai dia tak pandai nak bertanggungjawab..macam mana saya nak lepaskan syarikat ni kalau hidup dia sendiri dia tak boleh nak urus !"

''Sudahlah bang , ni dah lewat pagi..jangan ikutkan emosi..esok kita berbincang baik-baik dengan dia." Pujuk Puan Maznah untuk meredakan kemarahan suaminya.

''Nope ! kali ini saya tunggu dia balik..saya nak bagi pengajaran pada dia !!" Jawab Tengku Malique sambil menghentak meja.

Akhirnya Raykarl pulang pada pukul 2:00 pagi. Raykarl terkejut besar melihat tengku Malique dan Puan Maznah masih belum tidur .baru sahaja Raykarl ingin melangkah kaki naik ke biliknya ,dia dijerkah oleh tengku malique.

''Raykarl !!! Kamu dari mana baru sekarang nak balik rumah ? Apa kamu ingat rumah aku ni hotel? "

Raykarl sudah mula terbit rasa risau, jika papanya menghalau dia keluar rumah.

''Sorry papa , tadi Raykarl tertidur dekat rumah Azril"

''Stop It Raykarl ! Papa dah tak nak dengar alasan..selama ni papa diam kamu pijak kepala papa..kamu membazir duit kamu ,pergi club malam, sosial sana sini,datang office suka -suka ikut masa senang kamu..jangan ingat papa tak tahu semua tu karl"

''Karl minta maaf pa..lepas ni karl janji dengan papa ,karl tak buat lagi okay"

''Dah beribu kali kamu berjanji tapi tetap kamu tak mempunyai tanggungjawab, kali ni papa sendiri yang akan pastikan Kamu jadi manusia. Mulai saat ini kamu kena buktikan tanggungjawab kamu kepada keluarga kamu sendiri. Kalau kamu berjaya baru kamu layak memegang Tengku Holdings "

''Tapi Karl tak nak kahwin..perempuan semua cuma buat karl susah"

''Termasuk mama kamu?? Jawab papa !!"

'' Tak"

''I give you 3 months Raykarl , kalau tak ada perempuan yang menjadi isteri Raykarl papa sendiri yang akan kahwinkan kamu dengan Amelia "

''Amelia?? Papa sendiri tau kan perangai dia macam mana..janganlah buat karl macam ni.."

''Yes papa tahu .sebab tu papa masih bagi muka dekat kamu, papa tak kisah siapa pun perempuan tu,buktikan pada papa kamu boleh urus diri kamu dan keluarga kamu haa ..lepas ni keluar dari rumah ni ! "

'' Abang kenapa halau karl? "

''abang bukan halau dia cuma abang nak karl ni ada tanggungjawab..awak ingat anak awak ni tak ada rumah sendiri kat luar ?! Apa sahaja yang dia tidak beli dekat luar tu !! biar dia duduk rumah dia sendiri,dah kira baik saya tak buang dia dari tengku holdings"

Raykarl pun terpaksa me ngikut arahan papanya , dia lantas menggapai kunci kereta dan bergerak ke rumahnya sendiri.

Sampai sahaja dirumahnya dia terus terduduk, sungguh kali ini papanya betul-betul marah. Dia tidak habis fikir mengenai ugutan papanya.

'' Ish kusutlah kepala mana aku nak cari perempuan dalam masa 3 bulan? Arghh aku tak kan sesekali terima Amelia yang bersikap keanak -anakan ,lemas aku..tapi siapa ?? Siapa karl ? Cepat fikir ! Ish masa macam ni lah otak aku jem! . " Raykarl berdialog dengan dirinya sendiri sambil melihat senarai contacts di telefon bimbitnya.."

MY COLD LOVERWhere stories live. Discover now