Damia berjumpa dengan Syed Azril di restoran pada waktu tengahari. Dari jauh azril sudah melihat senyuman manis yang telah diberikan oleh gadis itu.
''Azril? Dah lama sampai ke? Maaflah mia terlewat..jalan ada jem sikit waktu orang lunch hour kan"
''Tak apa mia , untuk mia seribu tahun pun ril sanggup tunggu tau"
''Haha. Lebih lah Azril ni buat lawak je tau..dah pesan makan ke? Tanya Damia.
''Dah. Harap mia sukalah makanan yang ril pesan sekali"
''Its okay ril,jangan risau mia ni makan je semua..so kenapa azril nak jumpa mia ni? "
''Ril Rasa kena juga beritahu Damia perkara ni, Azril nak beritahu damia yang sebenarnya ril tak bergurau . Ril memang serius jatuh hati dekat damia dan ril harap sangat kalau mia boleh beri peluang pada ril "
''Mia nak ucap terima kasih sebab sayangkan mia, sebenarnya Mia boleh je bagi ril peluang tu untuk kenal Mia dengan lebih rapat , tapi ril pun tau kan tak lama lagi mia akan kahwin kontrak dengan Karl. Mia tak nak berikan harapan apa-apa pada ril..kalaulah memang mia jodoh ril, mia tak menolak ril, mia percaya pada takdir yang telah ditentukan"
'' Betul ke ni mia?"
''Ya tapi itu untuk jawapan jika mia tak kahwin kontrak tau..jangan tunggu dan berharap pada mia lagi..sekarang anggap saja tiada jodoh untuk kita"
''T-tapi Mia.."
''Azril tahu kan segalanya , mia tak boleh jumpa azril selalu ,mungkin ini lah kali terakhir kita jumpa berdua ."
''Maksud Mia? Tapi kenapa?"
''Mia dah janji dengan Karl ,mia kena yakinkan semua yang mia dengan karl betul-betul bercinta, kalaulah karl tahu kita berjumpa macam ni , azril tahu kan karl macam mana"
Syed azril hanya mengangguk sambil menundukkan mukanya.
Handphone mia berdering berulang kali.Dia melihat nama raykarl di skrin memanggilnya. Namun dia biarkan sahaja tanpa mengangkatnya.
''Mia siapa call mia ? Angkatlah daripada tadi berbunyi tu"
''Karl " Jawab mia singkat sahaja dengan nada selamba.
''Dia tu kan macam tahu je kita keluar berdua "
''What a Surprise Guys !! Aku call banyak kali dalam kereta tadi kau tak angkat " Raykarl menyahut dari belakang.
''Karl kau buat apa sini ? ".Soal Azril.
''Aku dah agak dah ril , aku follow kau..aku pun nak tengok drama juga"
''Kau ni kenapa nak follow aku ,ni waktu rehat aku ,masa privasi aku kan..beria doh kau ni"Marah Azril kepada kawannya itu.
Damia terus bangun menggapai kunci keretanya dan melangkah pergi apabila melihat Raykarl datang ke arah mereka. Sungguh Damia tahu , sebaik sahaja karl membuka mulut ,pasti semuanya akan jadi makian.
Dia terus memandu balik ke office dengan rasa tidak puas hati kepada Tengku Adam Raykarl.
''Gila "
''Siapa pula yang gila tu cik kak oi " Soal Sarah kepada mia.
''Raykarl lah..Psiko betul lah mamat tu.."
''Tulah tu aku langsung tak terkejut dah lah poyo lepastu acah handsome"
''Hmm tapi kan Mia.."
''haa tapi kenapa? "
''Yang Handsome tu sebenarnya betul jugak kan..asal dia boleh handsome weh tapi tu lah perangai serupa..........."
YOU ARE READING
MY COLD LOVER
RomancePuteri Damia Annelisse merupakan seorang gadis bekerjaya yang menetap di Australia. Sudah bertahun dia menetap disana sejak kedua Ibu bapanya telah pun berpisah. Namun begitu , mereka sekeluarga masih lagi terus berhubung demi menjaga hubungan...