9

68 11 0
                                    

" Y-Younghoon. "

Takut-takut aku mahu mulakan bicara. Terasa suasana tegang dalam kereta, gerun mahu lihat wajah menyinga lelaki itu. Aku tahu kali ini aku yang bersalah. Melarikan diri sehingga terpaksa buat lelaki ini bersusah payah mencari. Aku menundukkan wajah, tidak berani mahu bertentangan mata. Walaupun hakikatnya aku boss dia, aku tak pasti kenapa situation sekarang ni buatkan Younghoon yang tampak macam ketua. Ibarat aku ini pekerja bawahan dan Younghoon yang ketuai semuanya. Telinga aku menangkap keluhan yang keluar dari mulut lelaki ini.

" I'm sorry, Iris. I was too panic. Saya teringat kejadian dulu. Masa cik Ivy masih ada. Dia pernah buat macam ni dulu. " Mata aku membulat. Ivy pernah buat perangai macam aku ni? Sebab apa? Apa puncanya? Melihat Younghoon yang serba salah mahu memberitahu itu, aku segera mendesaknya, " Why? Apa yang kakak buat? Tell me! " Lengan kanan Younghoon yang berada pada stereng kereta aku genggam erat, tidak peduli apa reaksinya. Aku hanya mahu tahu kenapa Ivy pernah lakukan perkara yang sama.

" Awak tak nak cakap, saya lompat keluar dari kereta. " Wajah aku beriak serius, menunjukkan aku tidak main-main soal itu. Membuktikan aku benar-benar akan keluar dari kereta yang bergerak laju di atas jalan raya itu. Peduli apa aku? Wajah terkejut Younghoon aku pandang. Ingat aku takut sangat? Ini Iris Kim lah!

" Kenapa keturunan Ivy ni semuanya gila belaka? " Aku hampir tergelak mendengar bebelan Younghoon. Kesian dia. Terpaksa melayan perangai aku ini. Padan muka. Siapa suruh tak nak dengar cakap aku? I'm your boss, okay!

" She putuskan semua communication with us. Masa tu, we thought something bad happen to her so, all of us cari dia based pada tracker system pada phone cik Ivy. Too bad. Cik Ivy letakkan phone dia jauh daripada lokasi sebenar dia. Salah kami juga sebab benarkan dia keluar berseorangan tanpa sesiapa dengan dia. Then, she's gone. Juyeon jumpa dia tak sedarkan diri dalam office dia sendiri selepas 8 jam dia hilang. " Wajah Younghoon nampak begitu kesal. Kesal sebab tak dapat selamatkan Ivy. Kesal tak dapat berkhidmat dengan baik untuk bantu Ivy. Aku meraup wajah, cuba menahan rasa sebak dalam dada. Mendengar cerita lelaki ini, aku terbayangkan wajah Ivy dalam kotak fikiran. Apa yang Ivy hadap sampai dia terfikir buat macam tu? Seakan-akan cuba menyembunyikan sesuatu. Aku kembali mengimbas ayat terakhir Ivy pada aku.

" Kalau aku tak balik, kau jaga diri kau elok-elok. "

Aku tertanya kalau ketika itu sebenarnya kali terakhir Ivy hidupkan phonenya sebelum dia buang peranti itu ke suatu tempat yang lain. Jadi, malam itu Ivy sudah nekad tidak akan berhubung dengan sesiapa lagi? Mahu saja aku meraung di situ. Namun, mengenangkan diri aku bersama dengan Younghoon, aku cuba bertahan sehabis mungkin. Dalam hal ni, aku tak sepatutnya salahkan bodyguard Ivy atau semua pekerja di bawah kuasanya. Sedangkan mereka juga tidak tahu Ivy akan bertindak begitu. Sekarang aku mengerti mengapa mereka berkeras untuk tak benarkan aku keluar tanpa pengetahuan mereka kecuali bila aku di kolej sahaja. Itu pun ikutkan mereka mahu kawal aku di kawasan kolej juga tapi aku bantah. Dengan alasan kedudukan aku akan lebih bahaya. Tambahan lagi bila rumah aku juga telah diceroboh baru-baru ini.

" I'm s-sorry. "

Hanya itu aku mampu katakan pada Younghoon. Jujur aku cakap, aku memang pentingkan diri sendiri. Sanggup menyusahkan orang lain demi kehendak aku. Aku dah terlalu banyak buat masalah. Mungkin dah tiba masa aku insaf sikit. Iya, sikit jela. Aku patut dengar cakap mereka selepas ini. Younghoon menoleh sekilas ke arah aku, tersenyum segaris, " You did nothing, Iris. Salah saya tak bagitahu awal pasal ni. Sebab saya, dan juga yang lain tak nak awak jadi risau. Cik Ivy baru saja pergi dan sejujurnya kami tak nak bebankan Iris dengan perkara lain lagi. " Lembut saja ayat lelaki ini cuba menenangkan jiwa aku yang makin serabut. Serabut dengan perangai aku macam setan ini. Bersyukurlah semua pekerja Ivy ini baik je orangnya. Kalau dapat yang jenis kasar dan berwajah bengis, aku sendiri pun takut nak hadap. Ngeri!

she's the boss. tbzWhere stories live. Discover now