5:30 a.m.
Terjaga. Bukan kerana alarm telefon aku. Bukan juga kerana ketika ini adalah waktu bangun aku. Telinga aku menangkap bunyi yang mencurigakan. Seperti ada sesuatu yang pecah berderai di luar bilik aku. Bingit bunyinya— menyentakkan aku yang tadinya lena diulit mimpi. Nafas aku terasa laju semacam, merenung pintu bilik yang bertentangan dengan katil. Suasana yang sedikit malap dan hanya berbekalkan cahaya lampu dari balkoni bilik ini menyukarkan pergerakan aku ke arah pintu. Terketar-ketar tangan aku cuba memegang tombol pintu, seram mahu tahu apa yang ada di sebalik sana.
" Iris? "
Pintu dibuka sedikit, terpancul wajah Juyeon di hadapan aku ketika ini. Rambutnya basah, macam bermandi peluh. Kemejanya turut dapat nasib yang sama, basah dek keringat sehingga melekat pada tubuh tegapnya. Menampakkan abs. Aku meneguk air liur, aduh. Tak memasal dapat free show pagi-pagi buta. Pintu bilik dibuka lebih luas, memandang lelaki itu yang seakan terkejut dengan kemunculan aku, " Awak buat apa? "
" Oh, er. Saya tengah exercise tadi. Lepas tu, nak naik ke bilik tadi Snow terlanggar pasu. " Juyeon tunjuk pada aku pasu yang sudah pecah di sisinya. Kelibat Snow tiada di situ. Entah kenapa, aku berasa curiga. Tidak mempercayai kata-kata lelaki ini. Namun, disebabkan aku tidak mahu masuk campur, aku mengangguk saja. Juyeon merenung aku sejenak, masih berdiri statik di situ. Aku dekat muka pintu ini sudah menunduk ke bawah, tidak mahu dia perasan wajah memerah aku dek kerana terpandang tubuh kekarnya.
" Iris bangun awal hari ni. Wae? "
" O–oh saya terbangun sebab bunyi pecah tu tadi. S–saya masuk dulu lah, haha. "
Pintu bilik segera ditutup, bang! Kuat sangat bunyinya. Bagai mahu pecah pintu itu. Aku mengetap bibir, kesal. Tak sopan betul kau ni, Iris.
Aku bersandar pada pintu, fikiran aku melayang. Teringat kata-kata Juyeon tadi. Dia bangun pagi untuk bersenam? Pelik. Dan, ada satu perkara lagi yang aku kesan pada kemeja dia. Ada kesan darah. Baunya hanyir. Seperti kesan itu masih baru. Tapi, aku tak mahu menyoal tentang itu. Aku tak nak dia syak aku tahu sesuatu. Aku menggelengkan kepala, berharap apa saja yang aku nampak tadi tidak melekat dalam otak.Juyeon masih berdiri di hadapan pintu Iris, tidak berganjak. Keluhan berat dilepaskan seraya dia mengatur langkah semula. Sebenarnya, pasu yang pecah tadi dia punya angkara. Bukan kucingnya. Tubuh lelaki itu penat, apa yang berada di hadapannya dia main langgar saja. Yang penting dia boleh sampai ke bilik segera. Tidak perasan kewujudan pasu di situ, akhirnya dia terlanggar dan pasu itu pecah seribu. Mata Juyeon sempat menangkap wajah curious Iris— sepertinya gadis itu mahu menyoal sesuatu. Namun, dia bertindak menyembunyikan perkara sebenar.
" Bukan sekarang. "
Pintu biliknya ditutup kasar sebaik saja dia masuk. Biliknya yang selang tiga pintu dengan bilik Iris. Memang sengaja Ivy tempatkan dia dan 2 bodyguards yang lain di situ sebelum ini. Senang kalau ada apa-apa kemungkinan yang terjadi, cepat mereka boleh bertindak, " Muka tegang sangat tu dah pahal? " Juyeon memandang susuk tubuh yang berada di hadapannya kini. Pengacau keamanan betul. Lelaki itu menjeling sekilas, tidak mahu melayan. Kemeja ditanggalkan dari tubuh. Tangannya pantas mencapai tuala yang tergantung di tepi wardrobe, mahu cepat-cepat bersihkan diri. Terasa jijik. Bau darah yang masih segar menyakitkan hidungnya. Seketika, langkahnya terhenti.
" Dah kenapa? " Hyunjae yang santai berbaring di atas katil milik Juyeon itu kembali menyoal. Terangkat keningnya melihat lelaki itu tiba-tiba terkaku. Seperti ada sesuatu yang menganggu fikirannya. Juyeon membuka mulut, " Iris nampak kesan darah pada baju aku... " Pasti gadis itu mula syak yang bukan-bukan. Hyunjae menukar posisi baringnya, kini duduk tegak. Memang dia suka melepak dalam bilik Juyeon. Biliknya bersepah dengan bermacam-macam benda. Tidak terlintas dalam kepalanya mahu mengemas kerana dia tahu, bilik itu takkan bertahan selama seminggu. Selepas 7 hari, confirm bersepah semula!