16

95 9 0
                                    

9:45 a.m.

Aku diam saja di tempat duduk penumpang. Tangan aku mengenggam erat hujung sweater aku tika ini. Entah kenapa, suasana di dalam kereta ini terasa dingin yang luar biasa. Rasa awkward yang teramat. Aku bencikan suasana begini namun, rasa sakit hati aku pada gerangan di sebelah ini lebih menguasai. Aku membuang pandangan ke luar, tidak mahu langsung memandang wajah Juyeon yang sedang memandu. Aku tahu lelaki itu ada curi pandang ke arah aku beberapa kali, namun aku buat-buat tidak nampak. Aku pura-pura tidak sedar. Biar dia tahu aku masih marah padanya. Ingat aku ini senang dipujuk ke? Keras kepala dan kuat merajuk. Itulah Iris Rianna Kim! Aku tak setabah Ivy. Aku tak secekal Ivy. Aku tak baik seperti Ivy.

Sebab Ivy adalah Ivy, dan aku adalah aku. Berbeza walaupun adik-beradik.

" Iris. "

Aku tidak mahu menjawab. Kereta kini membelok memasuki kawasan kolej. Juyeon yang sudah sedia maklum aku tidak mahu diturunkan di tempat yang terbuka, jadi dia parkir sedikit jauh dari situ. Tak begitu ramai yang berada di sekitar kawasan ini, namun aku perhati ada seseorang baru keluar dari sebuah kereta. Langkah terus ke arah kereta kami dan aku nampak dia main isyarat dengan Juyeon. Aku mulanya keliru. Namun, bila Juyeon pandang aku semula, aku sudah dapat tangkap riak wajahnya yang tenang itu. Wajah aku kini masam mencuka, tidak suka.

" You send someone to look after me? In college? Are you insane? "

Keras suara aku menyoal, merenung Juyeon bagai mahu menelannya hidup-hidup. Lelaki ini masih tenang. Mungkin sudah jangka itu reaksi aku. Dia menghela nafas, cuba menerangkan segalanya sebelum aku naik hantu pagi ni, " Okay, Iris. I did this for you. Untuk awak. For your own safety. Lepas awak cakap yang awak being stalked semalam, tak mungkin saya nak biarkan saja. Saya minta tolong Jade untuk awasi awak dekat kolej. Don't you worry. Jade is safe. Dia kerja bawah saya juga. " Lembut saja suara lelaki ini, penuh berhati-hati supaya aku tidak menuduhnya bukan-bukan. Mata aku merenung ke luar, masih berdegil. Sangat menyebalkan, ya? Sekarang ni pasti orang lain fikir aku ini perlukan princess treatment sampaikan angkut bodyguard masuk dalam kelas. Juyeon menyambung kata lagi, " I've already told them. Your lecturers. Sekarang ni pun pihak kolej awak tengah siasat— "

" Suka hati awak je, kan? Buat semua benda tanpa persetujuan saya. Siapa boss sekarang ni? Satu lagi. Awak bodyguard saya, tapi awak suruh orang lain yang awasi saya? Seriously, Juyeon? Then, who are you actually? "

Aku menghadiahkan Juyeon jelingan tajam, kata-kata yang boleh menusuk tepat ke hati. Sungguh, aku terasa dipinggirkan malah dilupakan! Status ketua itu hanya pada nama. Sedangkan yang berkuasa penuh untuk tentukan semuanya ialah Juyeon sendiri. Aku benci bila jadi begini. Aku benci bila dia pura-pura ambil berat tentang aku padahal dia punya agenda tersendiri. Dan, sekarang apa lagi? Aku tidak lagi mahu mendengar alasannya, terus membuka pintu kereta. Sempat mulut aku memberitahu, " Petang ni, right after my club's meeting, saya ikut Haebin. Pergi butik mommy dia. Saya call bila saya nak balik. "

Tiba-tiba terdetik dalam hati aku mahu melawat mommy Haebin. Memang aku berjanji dengan Haebin tempoh hari. Dapatlah juga aku tenangkan fikiran, bergosip hangat tak ingat dunia dengan mommy. Tidak mahu terperap di dalam pejabat, dan memandangkan jadual aku hari ini penuh sehingga ke petang maka aku buat keputusan untuk tidak menjejakkan kaki ke bangunan syarikat. Aku mahu healing dengan lihat rekaan terbaru musim luruh di butik mommy! Mata aku mengerling ke arah Juyeon. Sepertinya dia tidak mahu setuju dengan rancangan aku petang itu. Namun, mungkin perasan angin aku tidak elok ketika ini lelaki itu sekadar mengangguk faham, " Okay, Iris. But please, untuk hari ini saja just let Jade be with you for the whole day. "

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 13, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

she's the boss. tbzWhere stories live. Discover now