Hadiah

132 10 2
                                    

Bo Na mengambil tempat di bangku.Dia menyandar pada bangku itu setelah penat berjalan.

Hhhh~

Bo Na menghembus nafas lega.Hanya dia sahaja berada di taman itu.Hari makin gelap.Mujurlah ada sebatang tiang lampu di tepi jalan kaki memberikan cahaya kepadanya.

Dia menanggalkan beg sandangnya dan diletakka dia atas ribanya.Kedua dua belah tangan Bo Na menyelongkar beg nya lalu mengeluarkan kotak yang diberikan pegawai itu.

Kotak itu tak terlampau besar dan terlampau kecil.Dia membelek belek kotak itu.Otaknya ligat berfikir untuk mengetahui isi kotak itu.

Tangannya mula gatal untuk membukak kotak itu.Hatinya berasa gelisah namun dia nekad untuk mengetahui isi kotak itu.

Bo Na membuka perlahan lahan.Sebuah cap berwarna biru yang bertulis NY dan sepucuk surat yang agak usang menjadi tanda soal dalam hatinya.

Bo Na menyarungkan topi itu dikepalanya tanpa teragak agak.

Bo Na POV

"Cantiknya topi ni tapi aku rasa macam pernah lihat lah, tapi di mana?"

Aku pasti yang aku pernah nampak topi ni.Aku menolak soalan tu dahulu,yang pasti sekarang ini surat apakah itu?Tanpa rasa was was aku membulka surat itu.

Aku melihat nama pengirimnya.Bulat mata aku macam D______O apabila melihat nama pengirimnya.

"Appa?"sebutku perlahan.

Tanpa melengahkan masa aku terus membaca kandungan surat itu.

------------------------------------------------------------------------

Dear my lovely daughter,Han Bo Na

Appa sangat sayang pada Bo Na.Appa masih lagi teringat detik kita sekeluarga berkelah dekat taman.Masatu arwah ibu Bo Na masih hidup.Kita sangat gembira waktu itu.Kita makan ais krim sama-sama, main layang -layang dan macam-macam lagi.Appa sangat bahagia bersama dua orang bidadari appa iaitu Bo Na dan ibu kamu.Senyuman kamu sebiji macam ibu kamu.Dia tak pernah muram.

Sehinggalah ibu kamu disahkan kanser otak tahap 4.Waktu itu appa macam orang tak waras sebab appa takut kehilangan ibu kamu.Tetapi ibu kamu sentiasa memberikan nasihat untuk appa agar teruskan hidup, sepatutnya appa yang berikan nasihat tapi ibu kamu yang berikan nasihat dekat appa.Semuanya sudah dirancang oleh Tuhan,ibu kamu meninggalkan appa dan kamu.

Appa pun berkahwin dengan ibu tiri kamu untuk kamu mendapatkan kasih sayang seorang omma.Appa tahu tiada siapa di dunia dapat mengantikan ibu kamu.Ibu tiri kamu seorang yang baik sebelum appa berkahwin denganya.Bo Na, appa silap memilih dia sebagai seorang ibu kepada Bo Na.Mata appa buta untuk melihat perangainya yang sebenar.Appa minta maaf sangat.Appa tahu yang dia selalu dera Bo Na,tengking Bo Na dan berlakun baik di depan appa.Ini semua salah appa.Appa minta maaf sangat dekat Bo Na terutama apabila appa lempang Bo Na sebab percaya cakap dia bahawa Bo Na menjualkan maruah dekat club.Appa salah,appa dah siasat rupa- rupanya dia yang lakukan untuk menutup perbuatan kejinya.Dia memang ada menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain di belakang appa.

Memang betul kata-kata Bo Na.Appa sangat bersalah dekat Bo Na.Sebagai appa nak tebuskan kesalahan appa,appa ada hadiah untuk Bo Na.Bo Na perlulah berjumpa dengan En.Wu Yi Fan.Dia sentiusaha appa. Bo Na pergilah ke syarikat appa dan berjumpa denganya.Pergilah nak......appa minta maaf sangat dan topi ini sebenarnya kepunyaan arwah ibu kamu tetapi dia wasiatkan untuk beri kepada kamu.

Harapan appa adalah nak lihat anak appa sentiasa tabah mengharungi ujian sebagai manusia yang berguna walaupun itu bukan salah Bo Na.Maafkan appa sebab tak dapat lindungi Bo Na.

Yang Benar
Appa.

----------------------------------------------------________________

"Appa!!omma!!appa tak salah sob sob sob appa tak salah,nenek sihir itu yang salah"

Aku menangis sambil memeluk erat surat itu.Kenapa appa menyalahkan diri appa?Bo Na sangat sayang dekat appa dengan omma.Bo Na rindu pelukan appa...bicara hatiku walaupun pedih.

Aku memejam mataku dan membayangkan omma dan appa memelukku.Air mata semakin deras mengalir di pipiku tanpa henti.Aku dapat merasakan pelukan kasih sayang yang lama dirindui.Aku menikmati detik itu dengan aman dan tenang umpama tiada sesiapa yang mampu menghalang aku untuk berkasih sayang.

Hari sudah lewat malam.Tanpa aku sedari aku tertidur atas bangku itu dengan surat yang sangat menyayat hati aku dan tenaga untuk aku teruskan hidup.

Aku perlu bersedia untuk menempuhi dunia ini walaupun aku akan dipandang hina kerana pernah dimasukkan kedalam neraka.Hidup perlu diteruskan......................

______________________________________________

Anneong kpd semua........ khai minta maaf sebab x update MY DENTIST dgn MAGIC LOVE.Entah tiba2 dapt idea untuk buat ff ni.Khai betul2 minta maaf.

Listen to your heart (LTYH)Where stories live. Discover now