Part 3

107 8 0
                                    

Di masa sekarang~~

Han Bo Na menarik nafas lega.Kejadian itu masih bermain difikiranya.Menangis pun sudah tiada guna.

Bo Na melangkah keluar dari pintu utama Penjara Wanita Harmony.Sebelum dia keluar,seorang pegawai wanita memberikanya sebuah kotak .Bo Na mengucapkam terima kasih

Bo Na memandang persekitaran luar penjara itu.Terdapat sebuah gerai makanan di seberang jalan.

Krukkk~

"Aduh,perut ni lapar la pulak"

Bo Na pu melintas jalan dan menuju ke gerai itu.Bo Na mengambil tempat duduk berhadapan sebuah tv yang usang.

Tiba tiba datang seorang lelaki tua.

"Anneonghaseyo,cik nak makan apa"kata orang tua itu dengan ramah.

"Oh bagi satu nasi goreng kimchi,ajjushi"

"Minum"

Bo Na hanya mengelengkan kepalanya.

"Tunggu sekejap ye cik"

Orang tua itu beredar.Bo Na memandang sekeliling gerai itu.Hanya beberapa pelanggan sahaja yang ada.

Bo Na pov

Aku hanya menunggu ajjushi itu sambil itu aku menonton tv .Sudah lama aku tidak menonton tv.Di penjara, aku hanya terkurung sahaja.Aku tidak langsung tahu pasal dunia luar.Aku bukanya ada saudara untuk melawat,nenek sihir tu, memang tak dia nak melawat.

"Seorang penjenayah berjaya ditangkap akibat membunuh ayahnya telah dimasukkan ke penjara"kata pembaca berita itu.

Aku smirked.Dunia sekarang memang kejam.Semuanya mahukan harta dan sanggup membunuh.

"Maaf lama menunggu, ini makanan cik"

Aku makan dengan selera.Sambil itu aku melilau kesekeliling.

Bukk!

Sebuah meja terjatuh akibat disepak olah seorang namja.Terdapat dua orang namja lagi di belakangnya.Rupa mereka agak bengis dan kelihatan seperti samseng atau memang samseng.

"Hoi,mana lu punya taukey!!!" Kata namja dikiri belakang namja yang menyepak meja itu.

Orang tua atau ajjushi itu bergegas keluar dengan muka yang sangaat gelisah.

Memang betul tekaan aku,  mereka memang samseng.

"Tolonglah nak,ajjushi tak ada wang, bagi masa sebulan lagi"

Ajjushi itu merayu kepada mereka.Namun namja itu hanya smirked.

"Hei orang tua! Sudah 3bulan lu tak bayar hutang lu ingat ini senang!Bos wa mahu harini jugak!!"tengking namja yang di depan tu.

"Tolonglah"rayu ajjushi itu.

"Sudahla ! Lu memang pekak ke! Bos wa mintak harini!!" Namja itu sudah hilang sabar.

Aku hanya menonton drama tak berbayar itu.Inilah dunia ,memang tak adil langsung.

Ketiga - tiga namja tersebut bertindak untuk membelasah orange tua itu.Namja yang berada dikanan ingin menumbuk ajjushi tu.

Ajjushi itu jatuh terduduk dan mengaduh kesakitan.Namja itu gelak sakan.

"Hahahahahhh,padan muka Lu"

Aku mula geram dengan drama yang tak berbayar tu.Aku bangun dan menuju ke orang tua tu.Aku menolongnya.Mula timbul rasa kasihan dalam hatiku.Ajjushi ini mengingatkanku tentang arwah appaku.

"Lu sapa pompuan!"namja itu tidak puas hati.

"Heh"aku smirked dan menjeling wajah ketiga tiga namja itu.

Namja yang di hadapan mula bertindak untuk menumbukku.Aku dengan pantas mengelak dan membelasahnya dengan ilmu seni mempertahankan diri yang aku belajar masa sekolah menengah.

Kawan kawan namja itu tidak puas hati.Mereka meluru dan cuba memberikan serangan dari pelbagai arah.

Namun, aku sempat untuk mengelak dan memberikan serangan balas kepada mereka.
Aku berjaya untuk tumpaskan mereka.

"Geng, blah cepat!"

Mereka lintang pukang berlari.Orang tua itu ternganga melihatku.

"Ajjushi tak apa apa ke?"tanya ku prihatin.

"Terima kasih nak,ajjushi tak tahu nak balas jasa cik"ajjushi itu sangat terharu.

"Sama-sama,hah ajjushi ni duit untuk makanan tu"aku memberikan wang untuk membayar makanan tu.

Aku dengan pantas cuba beredar dari gerai itu sebelum rahsia aku terbongkar.

Aku bingung untu pergi kemana.Rumah,aku mana ada rumah.Nampaknya aku kena kerjalah.Aku mengeluh.

Aku berjalan jauh tanpa hala tuju.Kotak yang aku dapat tu,aku simpan di dalam beg sandangku.

Selepas beberapa jam aku berjalan,akhirnya aku sampai di sebuah taman. Hari kelihatan seperti nak malam.Aku berjalan jalan di taman sehingga aku terjumpa sebuah bangku di bawah pokok yang rendang.

------------------------------------------------------------------------

Listen to your heart (LTYH)Where stories live. Discover now