BAB 17

2 0 0
                                    

Sedang rancak Umar bersembang dengan Encik Bima mengenai masalah penghantaran produk halal, Umairah menyapa mereka dengan sopan agar tidak mencelah perbualan mereka.

" Assalamualaikum dan selamat pagi Encik Umar, Encik Bima...."

" Waalaikumussalam Umairah, macam mana keadaan awak? tanya Umar.

Encik Bima hanya tersenyum nipis melihat Umar menanyakan khabar Umairah.

" Alhamdulillah Encik Umar, saya dah okay sikit. Encik Umar tak perlu risau pasal saya. Lagipun, saya dah makan ubat yang Dr. Surya bagi dekat saya." balas Umairah.

" Benar tu Umar, kamu gak usah khawatir soal Umairah. Kelihatannya Umairah baik-baik aja kok." balas Encik Bima.

" Kalau macam tu, boleh kita teruskan meeting kita yang tertangguh semalam? tanya Umairah kepada Encik Bima.

" Oh, silakan. Tapi kita tunggu sebentar ya. Masih ada seseorang yang belum datang." balas Encik Bima.

" Oh okay..."

Tidak lama kemudian, muncul seorang wanita yang cukup anggun mengenakan blaus berwarna pink dan seluar slack berwarna hitam. Rambutnya yang ikal mayang membuatkan dirinya kelihatan elegan. Umairah takjub melihat wanita itu. Kemudian, wanita itu menghampiri mereka dengan senyuman sambil berkata...

" Maaf ya Om, Rina terlambat soalnya tadi macet di jalan makanya terlambat."

" Gak papa kok, ni Om mau kenalin Rina dengan rakan bisnis di Malaysia, Umar dan Umairah."

" Hai, saya Farina Ramadhina. Panggil aja Rina. Selamat berkenalan."

" Hai, saya Umar Farouq dan ini Dania Umairah, sekretaris saya. Selamat berkenalan juga.

Farina sepertinya mengenal sosok lelaki yang berada di hadapannya ini. Dia baru teringat bahawa lelaki di hadapannya ini adalah sepupunya yang berada di Malaysia.

" Kalau gak salah, kamu Umar anak Tante Syarifah ya?" tanya Farina.

" Ya saya la tu. Macam mana Rina tahu tentang mak saya? balas Umar dengan nada yang sedikit hairan.

" Kalau kamu pengen tahu aku ini sepupu kamu loh... kakaknya Farhan."

Alangkah terkejutnya mereka ketika mengetahui hal itu. Memang benar Umar tidak pernah berjumpa dengan sepupunya selain Farhan. Dia sungguh tidak menyangka bahawa Farina adalah sepupunya sekaligus kakaknya Farhan.

" Ya Allah, ye ke? Sorry la Rina. Umar betul-betul tak tahu yang Rina ni kakak Farhan. Farhan tak pernah cerita yang dia ada kakak sebelum ni kat Umar."

" Gak papa, lagipula aku juga gak pernah ketemu sama kamu. By the way, gak nyangka banget ya kita bisa ketemu di sini. Aku fikir kamu di Malaysia. Tante Syarifah sama Om Mukhriz apa khabar? Mereka sihat?"

" Oh, mereka baik-baik je. Ini baru first time kita berjumpa kan."

" Iya, soalnya aku emang pengen ke Malaysia waktu kamu bertunang dulu tapi kebetulan aku punya urusan di luar negeri sama papa. Jadi gak berkesempatan deh."

Umairah hanya berdiam diri sambil menarik nafas lega kerana Farina tidak mengetahui siapa perempuan yang pernah dengan sepupunya suatu ketika dahulu. Farina kemudian bertanya kepada Umairah...

" Kamu Umairah kan? Makasih ya kerna udah bantu Farhan waktu Farhan hampir ditabrak mobil di Malaysia."

Umairah terkejut kerana Farina mengetahui kejadian itu. Umairah pun menjawab...

" Takde pape la Cik Rina. Lagipun tu salah saya sebab tak sengaja langgar Farhan. Saya betul-betul minta maaf ya."

" Gak papa kok, yang penting Farhan gak papa. Kalau gitu, bisa kita lanjutkan meeting kita?"

IZINKAN AKU BAHAGIAWhere stories live. Discover now