BAB 7

5 0 0
                                    

Umairah bersiap-siap pergi ke pekan bersama ibunya untuk membeli barang-barang bagi majlis doa selamat yang akan diadakan pada Sabtu malam nanti. Hari ini dia hanya pergi berdua dengan ibunya. Ayahnya seperti biasa sibuk menoreh getah di kebun.

Umairah berkata kepada ibunya sambil berseloroh " Amboi ibu, dah macam datin dah Mairah tengok ibu ni. Nak pergi pekan je pun bukan nak pergi KL. "

Ibunya membalas " Alah, bukannya selalu ibu pakai baju kurung macam ni. Kalau dengan abah kamu, jangan harapla ibu dapat keluar dengan baju kurung macam ni. Takut nanti katanya ada yang tergoda dengan kecantikan ibu ni. "

Umairah hanya tertawa sambil berkata " Ibu memang cantik pun. Kalau tak, takkan lah abah tu boleh tertarik dengan ibu. "

" Anak ibu seorang pun apa kurangnya, cantik juga apa. Kalau tak, takkan la family Ustaz Umar tu nak lamar Umairah untuk anak diorang. " balas Hajah Aisyah.

" Ibu, dah la tu. Lambat dah kita ni. Nanti tak sempat nak buat persiapan untuk majlis doa selamat malam nanti. " ujar Umairah.

" Iya, jangan kelam kabut sangat, Mairah." kata Hajah Aisyah.

Umairah menghidupkan enjin kereta lalu berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumahnya. Umairah bertanya kepada ibunya..

" Ibu, untuk majlis doa selamat malam nanti ibu nak jemput berapa orang? "

Hajah Aisyah menjawab..

" Tak ramai pun Mairah. Ibu mungkin jemput 50 orang je kot. Yela, rumah kita ni bukannya besar mana pun. Kalau jemput ramai-ramai nanti takut tak muat pula. "

" Betul juga tu ibu. Lagipun, kita buat majlis doa selamat je bukannya kenduri kahwin. " kata Umairah sambil berseloroh.

" Kalau kenduri kahwin pun, apa salahnya? Anak ibu ni bukannya muda lagi dah masuk 30an dah. Dah boleh jadi mak orang dah. " balas Hajah Aisyah kepada Umairah.

Umairah hanya tersenyum mendengar perkataan ibunya. Dia tahu yang ibunya ingin sekali dirinya berumah tangga tetapi buat masa sekarang dia tidak mahu memikirkan soal jodoh kerana jodoh itu di tangan Allah SWT. Dia hanya memikirkan bagaimana caranya untuk menebus segala dosanya terhadap kedua ibu bapanya.

" Ibu, kita nak pergi barang apa dulu? tanya Umairah.

" Ibu ingat ibu nak beli bahan untuk masak pulut kuning lepas tu ibu ingat nak beli goodies bag juga untuk tetamu yang hadir majlis doa selamat malam ini." ujar Hajar Aisyah.

" Wah, tak sabar Mairah nak rasa pulut kuning buatan ibu. Yela, dah lama kan Mairah tak rasa pulut kuning ibu kan. Mesti sedap macam dulu kan. " kata Umairah kepada Hajah Aisyah.

" Pulut kuning ibu ni mana pernah tak sedap. Kalau tak sedap, takde lah abah kamu tu mintak ibu masak pulut sebulan sekali. Letih juga lah ibu nak membuatnya. Maklumlah, pulut kuning ni kan rumit sedikit cara pembuatannya. Kalau tersilap, habislah pulut tu jadi tak sedap pula. " ujar Hajah Aisyah.

Tidak lama kemudian, Umairah dan ibunya sampai ke kedai runcit Cik Salmah untuk membeli bahan-bahan bagi majlis doa selamat pada malam nanti. Ketika mereka sibuk memilih barang-barang yang hendak dibeli, tiba-tiba mereka disapa oleh Hajah Syarifah dan Ustaz Umar.

" Kak Aisyah, tak sangka boleh jumpa dekat sini. Kak Aisyah ada nak beli apa-apa ke? tanya Hajah Syarifah.

" Haah Syarifah, akak nak beli bahan untuk masak pulut kuning malam nanti. " jawab Hajah Aisyah.

" Ooo, akak ada buat apa-apa majlis ke malam ni? Yela, sebab biasanya orang masak pulut kuning ni kalau ada apa-apa majlis. "

" Haah, malam ni akak ada buat majlis doa selamat sikit untuk Umairah sempena meraikan Umairah dapat tawaran kerja dekat KL. Kebetulan Syarifah dengan Ustaz Umar ada kat sini, akak jemput Syarifah sekeluarga ya ke majlis doa selamat di rumah akak malam ini. "

IZINKAN AKU BAHAGIAWhere stories live. Discover now