Keesokan harinya, Reen pergi ke sekolah. Sebelum dia menjejaki ke dalam sekolahnya.
"Wah, sungguh cantiknya persekitaran sekolah ini," kata Reen dengan senyuman manisnya.
Setelah memasuki kelasnya, Faris dan Wina mengumunkan pemenang pertandingan sempena Hari Kemerdekaan itu.
"Ambil perhatian, saya dan Wina akan mengumunkan pemenang pertandingan membuat poster yang telah diadakan pada beberapa minggu lepas," kata Faris.
"Bagi tempat ke-lima, jatuh kepada Hana. Bagi tempat ke-empat pula, jatuh kepada Mikael," kata Wina sambil menepuk tangannya.
"Tahniah, Hana dan Mikael kerana telah mendapat tempat ke-lima dan ke-empat. Sila ambil hadiah anda di depan," kata Faris.Hana dan Mikael mengambil hadiah tersebut. Faris dan Wina menyambung semula pengumuman pemenang itu tadi.
"Bagi tempat ke-tiga, jatuh kepada Addam. Bagi tempat ke-dua, jatuh kepada Salim. Tahniah, awak berdua. Sila ambil hadiah anda di depan," kata Faris sambil menepuk tangannya.
"Bagi saat-saat yang anda semua telah menantikan. Johan bagi pertandingan membuat poster sempena Hari Kemerdekaan jatuh kepada, Reen!" kata Wina.
"Tahniah, Reen!" sorak Addam.Setelah mengambil hadiah pemenang itu tadi. Wina dan Faris lalu berkata,
"Poster pemenang-pemenang pertandingan ini akan ditampalkan di belakang kelas,"
Murid-murid 1 Merah menepuk tangan dengan gemuruhnya. Tinggal 2 hari lagi untuk Merdeka. Cikgu-cikgu mata pelajaran bagi 1 Merah mencadangkan untuk murid-murid 1 Merah membuat kerja masing-masing.
"Ok, murid-murid. Hari ini tiada belajar, awak semua boleh buat kerja masing-masing," kata cikgu Hashim.
"Yay!"
"Cikgu, boleh tak kami mendengar lagu patriotik?" tanya Hana.
"Boleh, Hana. Lagu apa awak nak?" tanya cikgu Hashim.
"Lagu Tanggal 31, cikgu," balas Addam.
"Lagu Keranamu Malaysia," balas Hana.
"Lagu Jalur Gemilang," balas Faris.
"Lagu Saya Anak Malaysia," balas Kirina.
"Lagu Keluarga Malaysia," balas Wina.
"Amboi, banyak lagu awak semua pilih. Baiklah, mari kita sama-sama mendengar lagu ini sambil itu cikgu nak awak semua nyanyi bersama," kata cikgu Hashim.
"Baik!" balas murid-murid 1 Merah.
YOU ARE READING
Semangat Patriotik SMK Cahaya
Fiksi RemajaReen seorang murid dari Girls Highschool. Kawan baiknya, Hana dan Addam, membantu Reen untuk mempelajari tentang sejarah Malaysia. Mereka membantu cikgu untuk menghias sekolah supaya dapat membangunkan semangat Merdeka murid-murid SMK Cahaya.