Chapter 40

349 16 0
                                    

Phuwin memasuki bilik tidur dan nampak Pond tengah buka baju membelakanginya. Dia senyum dan masuk ke dalam bilik tidurnya lalu memeluk Pond dari belakang.

Pond memandang ke belakang bila ada sepasang tangan melingkar di perutnya. Dia senyum bila wajah manis Phuwin menjamah matanya.

" Kenapa ? " tanya Pond dan mencampakkan bajunya ke dalam bakul pakaian kotor.

Phuwin mengucup lembut bahu Pond, " Nothing. Just miss you " ucap Phuwin dengan senyuman manis.

Pond ketawa kecil dan menolak tangan Phuwin itu. Dia membuka seluar dan membalut bahagian privasi nya itu dengan sehelai tuala.

" P'Pond, saya nak keluar jap boleh " Phuwin meminta izin Pond untuk keluar pada waktu malam-malam begini. Jam menunjukkan pukul 10:30 malam.

Pond berhenti jalan. Dia memusing, menghadap Phuwin. Pipi Phuwin disentuh lembut, " Nak pergi mana ? Kan dah malam ni. Lebih baik awak tidur " kata Pond sambil mengucup lembut pipi Phuwin.

" Saya nak beli fastfood  dekat 7E depan sana. Bukan jauh pun. 10 minit je dari sini. Boleh ? " Phuwin memandang Pond dengan mata penuh berharap.

Pond diam seketika. Dia tidak mahu Phuwin keluar daripada rumah waktu begini. Lebih-lebih lagi Phuwin diekori oleh lelaki berhoodie. Dia tidak mahu ada apa-apa terjadi dekat Phuwin tetapi jika dia terlalu mengongkong hidup Phuwin, dia takut Phuwin akan merasakan rimas dan tidak bernafas lalu memberontak. Hmmm...

Sekali-sekala lepaskan Phuwin boleh juga kan ? Bukan jauh mana pun. Lagipun Phuwin sudah bagitahu dia mahu pergi mana. Jika Phuwin tidak balik-balik, dia akan pergi cari.

" Okay, baiklah. Hati-hati pergi 7E " ucap Pond sambil mengusap rambut hitam milik Phuwin.

Phuwin senyum manis, " Thank you Pond. I love you. Jubjub " Phuwin menarik tengkuk Pond dan memberikan satu kucupan di bibir Pond. Kucupan yang singkat tidak sampai 5 saat. Phuwin terus berlari keluar daripada bilik tidur dengan gembira bila Pond mengizinkannya.

Pond senyum melihat sikap Phuwin. Baru dia mahu berjalan ke bilik mandi, tiba-tiba dia teringat akan pakaian Phuwin.

" Phuwin !! " teriak Pond tetapi teriakan Pond itu hanya disahut oleh keriutan pintu kondominum yang tertutup bermaksud Phuwin sudah keluar sebelum Pond sempat menegur pakaian Phuwin.

Pond menghela nafas kasar sambil menggaru kepalanya. Dia terus memasuki bilik mandi untuk membersihkan dirinya yang melekit.











Bunyi loceng ditekan banyak kali dari luar sana. Pond yang hanya memakai singlet hitam ketat bersama seluar pendek paras lutut, mengerutkan dahinya. Aneh, siapa yang datang waktu malam-malam ni ?

Pond dengan tuala kecil di atas kepalanya untuk mengeringkan rambutnya yang basah, berjalan ke arah pintu. Orang di luar sana tidak pandai bersabar betul. Menekan loceng je dari tadi.

Pintu dibuka sambil tangannya menggosok rambut dengan tuala.

" Suprise !! " jerit suara Janhae sebaik sahaja pintu terbuka.

Mata Pond membulat besar, terkejut. Dia memandang sekeliling dan kembali memandang Janhae yang seksi dengan gaun merah ketat paras paha bertali nipis. Makeup di wajah Janhae sungguh mempesonakan tetapi jiwanya tidak terpesona langsung dengan penampilan seksi Janhae. Malah, dia rasa tidak nyaman bila tiba-tiba Janhae muncul di hadapan pintu kondominumnya tanpa mengucapkan apa-apa kepada dirinya. Kenapa Janhae datang ?

" Macam mana Janhae boleh access masuk ? " tanya Pond dengan nada terkejut. Kondominum yang dia duduki saat ini bersama Phuwin mempunyai penjagaan tahap keselamatan yang sungguh tinggi, tidak benarkan bagi orang asing memasuki tanpa ada urusan ataupun bukan penduduk kondominum ini. Kalau ada tetamu yang datang, tuan kondominum perlu menjemput tetamu dari pagar utama supaya pengawal keselamatan mengetahui yang tetamu itu mempunyai urusan dengan tuan kondominum.

Strawberry and Cigarettes ( S2 ) Where stories live. Discover now