Phuwin bangun daripada baring di dada Pond. Dia berdiri dan ingin pergi dari situ tetapi tangannya dipegang oleh Pond membuatkannya berhenti berjalan.
" Nak pergi mana ? " tanya Pond dan berdiri, menghadap Phuwin. Kedua tangan Phuwin dicapai lalu diramas-ramas lembut.
" Nak masuk bilik lah.. Takkan lah aku nak menanam pokok kot " balas Phuwin. Sarkastik.
Pond ketawa kecil dan dia memeluk pinggang Phuwin, " Sayang, apakah awak fikir lepas kejadian ini, awak boleh melarikan diri daripada saya ? " tanya Pond sambil mengusap bibir Phuwin dengan ibu jarinya.
Phuwin menolak kedua tangan Pond yang melingkar di pinggangnya, " Kalau saya lari, apa yang awak mahu buat ? " tanya Phuwin sambil mengjongketkan keningnya.
" Saya tangkap " jawap Pond dan mencuit hidung Phuwin dengan manja.
Phuwin terus lari dari situ tetapi tidak sampai 3 langkah, tangannya ditarik semula membuatkan dia berpaling menghadap Pond.
Pond terus menarik tengkuk Phuwin dan bibirnya bertembung dengan bibir Phuwin. Dia menggerakkan mulutnya dan menggigit bibir bawah Phuwin, meminta izin untuk masuk.
Phuwin menutup matanya dan membuka mulutnya bila bibir bawahnya digigit kuat oleh Pond. Dia dapat merasakan ada sesuatu benda basah tidak bertulang memasuki mulutnya dengan ganas.
Pond menjelajahi setiap rongga mulut Phuwin yang hangat itu. Setiap dereta gigi, langit-langit mulut Phuwin, gusi Phuwin dan dinding-dinding mulut Phuwin tidak lepas dari lidah Pond. Pond menarik lidah Phuwin supaya menari bersamanya.
Lidah mereka menari. Dicampuri saliva yang bercampur. Sungguh panas dan hangat menjalar di setiap pembuluh darah. Lidah bergelut tiada henti. Phuwin merangkul leher Pond dengan erat manakala Pond memeluk pinggangnya Phuwin membuatkan tubuh mereka melekat antara satu sama lain.
" Arhhhhh " erang Phuwin bila tangan Pond meramas-ramas pinggang nya.
Pond melepaskan ciuman tersebut bila dapat merasakan Phuwin memicit-micit tengkuknya, meminta dilepaskan dari perangkap penuh sesak itu. Nafas mereka semakin menyempit membuatkan Pond terpaksa melepaskan ciuman tersebut.
Bibir mereka terlepas. Mereka berpandangan antara satu sama lain dengan nafas yang memburu laju saling menampar lembut wajah masing-masing. Beberapa saat kemudian, mereka ketawa kecil dan Pond menyatukan dahinya dengan dahi Phuwin membuatkan hidung mancung mereka bersentuhan dengan lembut.
" Saya dah dapat tangkap awak. Awak tidak akan dapat larikan diri dari saya. Saya akan cari awak sampai ke lubang cacing " kata Pond dan menggesekkan hidungnya dengan hidung Phuwin.
" Awak masuk sorang-sorang dalam lubang cacing tu. Saya tak nak masuk " balas Phuwin selamba dengan ketawa kecil. Dia memejamkan matanya, mengawal pernafasannya yang tercungap-cungap kerana ciuman tadi.
Pond mengusap lembut pipi Phuwin, " Jom tidur " ajak Pond. Baru sahaja dia mahu jalan, Phuwin menahannya dengan memeluk pinggangnya.
" Cuma itu sahaja ? " tanya Phuwin, tidak puas hati. Dia memeluk pinggang Pond lebih erat supaya Pond tidak dapat melarikan diri daripadanya.
Pond ketawa, " Why ? " tanya Pond sambil mengusap ubun-ubun rambut Phuwin dengan lembut.
" I want more " bisik Phuwin sensual di telinga Pond. Dia menggigit lembut telinga Pond.
Pond menjauhkan wajahnya daripada Phuwin, " Try flirt me " pinta Pond dengan senyuman menggoda. Dia mencuit dagu Phuwin. Manis.
Phuwin menganggukkan kepalanya dan Pond tersenyum lebar bila Phuwin menyetujui untuk menggodanya terlebih dahulu.
YOU ARE READING
Strawberry and Cigarettes ( S2 )
RomanceAda seseorang memerhatikannya membuatkan dia hidup di dalam ketakutan dan berhati-hati bersama pasangannya yang melindunginya