BAB 1

27 0 0
                                    

Vie Alea tersenyum melihat percikan lilin bunga api di atas kek yang dihias cantik. Kek setingkat itu dihiasi dengan berlian Swaroski, lilin halus digantikan dengan bunga api. Ratusan batu swaroski yang tersusun terus membuatkan kek itu kelihatan mahal dan eksklusif.

Demi kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia layankan sahaja permintaan Natasya, rakan sosialitnya untuk menyambut harijadinya yang ke 27. Semuanya haruslah sempurna.

Usai upacara memotong kek, mereka teruskan dengan aktiviti bergambar. One for the gram kata orang putih. Upacara yang paling penting untuk pesona sosilit seperti Alea. Berkecimpung dalam bidang influncer baginya semua adalah 'content'. Maka adalah wajib bagi seorang gadis, influencer muda bernama Vie Alea bekerja keras untuk pertontonkan sisi kehidupannya yang sempurna.

Petang ini, masing-masing tak mahu kalah. Baju ikut tema putih dan merah jambu. Boleh dikatakan semua sahabatnya jenis yang pandai jaga paras rupa. Rambut di dandan kemas, maskara menghiasi mata, bibir merah bercalit gincu. Menzahirkan maksud wanita alaf baru. Mencantikkan diri adalah untuk kepuasan untuk diri sendiri.

Walaupun rata-rata sudah ada yang bergelar ibu, mahupun tunangan orang, rupa paras mereka sangat rapi dan kemas.

Dan Alea?

Hanya tinggal dia yang masing membujang. Menunggu Sang Putera bernama Zill Syakeeb untuk melamarnya jadi isteri yang sah. Demi Zill, sampai bila bila dia sanggup tunggu. Kerana baginya, hanya lelaki itu sahaja yang layak menjadi suaminya.

"Alea! Kata Zill datang harini?" Soalan Natasya buat dia panggung kepala kemudian kembali tundukkan wajah, memandang kek yang kaku di depannya. Alea mengambil keputusan untuk tidak menjawab soalan dari Natasya, terus tangannya lincah memotong kek untuk dihidangkan pada tetamu.

Usai meletakkan kek di atas piring, dia hulurkan pada rakan-rakan yang ada. Cuma cerlungan mata yang memandang buat dia tidak makin keruan. Sempat dia melorekkan senyuman pada wajah.

"Zill.. orang Brunei khabarnya" suara Afzan seolah-olah sedikit berminat untuk tahu lebih dalam. Alea sengih lebar. Kalau boleh dia memang nak cerita habis tentang Zill dengan kawan-kawan yang ada. Cuma dia sudah berjanji dengan Zill untuk hubungan ini kekal rahsia.

"I tahu, semua dah tak sabar untuk jumpa dia...bukan I nak berrahsia sangat. Tapi I dengan Zill tengah tunggu masa yang sesuai untuk kenalkan pada korang semua. Kalau ikutkan, dia akan datang petang ni... tapi I tak berani nak janji,"Alea beriak tenang walaupun hatinya berbunga-bunga untuk khabarkan tentang Zill pada rakan-rakan.

"Errm... ada seseorang di depan baru sampai....Dia pakai kereta Mustang Hitam. You ada jemput sesiapa ke Natasya?" Jannah berjalan keluar dari dalam rumah. Suasana jadi senyap seketika. Berkerut.

"I tak jemput orang lain selain kawan-kawan kita...." Nastsya diserang hairan.

"Err.. tak apa... I rasa I tahu siapa..." Alea bingkas bangun lalu menapak perlahan meninggalkan kolam renang yang telah dihiasi dengan belon dan warna warna ceria. Meninggalkan semua dalam keadaan terpinga-pinga.

"Mustang hitam... kereta pun dah hot." Hannah menyakat namun jelas dengar pada telinga Alea. Terasa bangga didalam segenap jiwa ketika ini. Alea takkan kalah okay. Dia ada standard!

Alea menyusun langkah perlahan dan lelaki yang sedang bersandar pada kereta hitam itu ditenung lama. Lengkap pada pengamatan Alea. Walaupun hanya mengenakan kemeja dan seluar jeans, tubuh itu kelihatan segak. Nafasnya dihela lembut seolah-oleh melepaskan sesuatu dalam rangkuman jiwanya. Dia tenang melihat wajah kekasih hati.

Kini yang ada dalam benaknya, dia mahu pamerkan kebahagian dia pada rakan-rakan. Sudah lama dia menunggu saat ini untuk memperkenalkan Zill dengan rakan yang lain kerana selama ini dia memilih untuk merahsiakan hubungan ini dari pengetahuan ramai. Termasuklah followersnya yang beribu di media sosial.

Zill terus berdiri tegak apabila terpandangkan wajah kekasih yang manis. Cantik mengenakan gaun paras betis berwarna putih dan bunga kecil berwarna merah jambu Nampak manis dan sedikit menggoda pada matanya.

"Hai sayang..." sapa Zill sambil tersenyum lembut.

"I lambat ke?" tanya Zill ramah. Alea menghampiri tubuh Zill dan mengeleng perlahan.

"Taklah.... masa yang tepat..." balas Alea.

"Dah fikir masak masak untuk I pada kawan-kawan you?"

"Errr... mestilah. Kenapa? You tak nak jumpa?" riak matanya turut menyoal. Zill pandang anak mata Alea yang bersinar cantik.

"Dah sampai masa untuk you kenalkan I pada mereka... okay?" Lekas tubuh kekar untuk bersedia untuk melangkah masuk ke dalam rumah Natasya.

" I cuma risau kalau diorang tanya benda yang bukan-bukan. Diaorang tu kadang-kala gila sikit."

"Trust me! I'll be okay," sambut Zill dengan sisa tawa. Dia tahu, bukan mudah untuk Alea memperkenalkan dia kepada rakan-rakan kerana selama ini, mereka bersetuju untuk merahsiakan hubungan ini kepada umum. Alea mempunyai nama besar dalam media sosial. Untuk menayangkan sisi peribadi Alea, dia tahu itu akan menyesakkan jiwa Alea satu hari nanti.

Sekarang pun, sisi peribadi Alea kerap kali menjadi bicara laman netizan. Ada yang mengecam, ada yang memuji. Dan sebagai teman lelaki yang prihatin, dia tidak mahu melihat jiwa Alea terseksa dengan kata-kata yang mampu membuatkan dia berulam jantung.

"Terima kasih sayang..." Alea angguk dan akur. Kalau tuan badan bersetuju, dia yakin, Zill mampu untuk selesaikan dengan caranya.

PUTERA IMPIAN MR SWINDLERWhere stories live. Discover now