Bab 2

4 0 0
                                    


ENAM BULAN LALU

Majlis perkahwinan Dana Sue.

Demi sahabat, celik sahaja mata pagi tadi, Alea terus bergegas ke salon untuk mendandan diri. Rambut yang ikalnya di sanggul kemas. Kelopak matanya dirias dengan merah jambu. Bibirnya dicalit rapi... dan dia berpuas hati dengan penampilannya hari ini. Walaupun dia tahu tugasnya sebagai penyeri majlis hanya bertahan selama beberapa jam, dia tetap mahu menampakkan sisi femininnya pada tatapan umum.

Usai menyiapkan diri, dia terus melangkah kemas ke Ballroom Glasshouse, Seputeh. Menangkap beberapa tubuh yang dikenali, dia lorekkan senyuman. Terus dia mendekati kumpulan wanita itu.

"Lepas akad nikah kita akan ada sesi fotografi dengan pengantin. Petang, kita kena bersiap pulak untuk majlis resepsi" suara Natasya menggamit pendengaran Alea.

"Haa.. Alea!! Sampai pun!" Natasya panjangkan lehernya saat terlihat susuk tubuh Alea yang datang mendekat.

"Maaf lambat.." menyeringai Alea dengan tawa kecilnya.

"Okay... tak apa..Girls! Jom, I nak you all tahu dulang mana yang korang kena bawa,"

Alea hanya mengikut. Semua bridesmaid yang anggun jelita mula mengekori langkah Natasha ke bilik sebelah .

Setahunya, Natasya ditugaskan sebagai perancang perkahwinan Dana Sue. Sudah berbulan lamanya Natasya bersengkang mata memastikan majlis ini berlangsung dengan sempuna.

Mata Alea jatuh pada dulang yang tersusun cantik diatas meja. Hantaran yang digubah mengikut cita rasa urban itu menarik perhatian semua. Warna bunga putih menaikkan seri hantaran di tambah pula dengan dedaun hijau yang kelihatan segar.

"Feen, you bawa kek, Lina bawa Al Quran, Zizi bawa set perfume, Laila bawa set phone, Hani bawa Play station, and Alea bawa buah dan I, akan bawa set persalinan ni." Natasya terang satu persatu. Alea hanya mengangguk laju. Dia ikutkan sahaja. Setakat buah peach, anggur, epal tu.. kerja mudah baginya.

"Jadi, kita akan mula dalam lima minit lagi. Boleh bawa dulang hantaran, pengantin akan ikut dari belakang. Pengantin lelaki masuk dahulu, dulang hantaran dan pengantin perempuan. Clear?" tegas suara Natasya.

Semua memahami tugas yang diberikan, Natasya terus menyusun langkah meninggalkan yang lain.

"Semangat betul NatasYa. Macam dia pulak nak kahwin...sikit lagi nak jadi bridezilla tu.." bisik Narisa. Alea ketawa perlahan. Bridezilla tu terma untuk pengantin yang berubah mood. Gabungan perkataan antara bride dan godzilla, maka jadilah Bridezilla. Tapi nampak gaya, mood ini berpindah kepada Natasya, bukan Dana Sue!

Masing masing mula mengambil dulang hantaran dan pegang rapi setelah diberikan isyarat daripada Natasya. Dulang Alea terasa sedikit berat. Walaupun buah, ditambah dengan bekas kaca dan dekorasi rasa macam bunga setaman, dulang ini boleh menguji tenaga perempuannya.

"Naik urat-urat aku ni Risa..."

Giliran Narisa menyeringai.

"Takpe, kejap aje.. tak sampai lima minit. Janji kau jangan jatuhkan buah-buah tu" Mata Mimi jatuh pada dulang di tangannya.

"Untuk rakan kita sanggup buat apa sahaja kan?"

Alea mengulirkan matanya keatas. Tanda tak setuju.

"Alea, kau bila lagi? Aku nak kenalkan kau dengan seseorang...." bisik Narisa.

"Mengikut citaasa aku tak? Kau tahu kan.. apa yang aku nak?yang pertama, harus kacak. Yang ke dua, international bachelor yang ketiga. Bekerjaya...Setakat muka hero remaja, aku tak nak tau.." balas Alea sambil ketawa. Menyakat Narisa yang sudah menarik muka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 29, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PUTERA IMPIAN MR SWINDLERWhere stories live. Discover now