BAB 1*

3 0 0
                                    


"PATUTLAH dia sorok... handsome rupanya" Sakat Haina saat Zill dan Alea melangkah ke ruang kolam renang. Dari suasana ceria dengan tawa, kini ianya bertukar sunyi. Beberapa pasang mata pasakkan padangan pada tubuh Alea dan Zill.

Janggal.

"Korang ni buat aku segan...." ujar Alea sambil mengurut tengkuk. Matanya mencuri pandang ke arah Zill. Lelaki itu tenang mendengar kata-kata Haina. Mengeleng tidak, mengangguk pun tidak.

"Jemput duduk Zill, kita borak-borak dulu dan terima kasih sudi hadir hari ini... I tuan rumah dan nama I Natasya. Alea ni terlalu berahsia dengan kami tentang you. Jadi, banyak benda yang I nak tanya..." Natasya menepuk-nepuk sofa putih disebelahnya. Sudah berkira-kira untuk soal siasat si Zill. Kali pertama berjumpa. Banyak perkara yang harus dibualkan.

"Natasya.. tak payah lah...kemudian boleh kan you soal siasat dia?" Alea menghalang. Bukan dia tak kenal Natasya macam mana. Pasti macam-macam soalan yang bakal di tanya.

"Mana boleh macam tu... ini pertama kali I jumpa dia. Sebelum ni you berahsia sangat. So banyak benda yang I nak tanya pada dia." ujar Natasya tenang sambil matanya melirik pada Zill yang berlaga mata dengan Alea.

"Okay... you duduklah. Berbual dengan Tasya. I ambilkan air..." bisik Alea. Mereka berpadu renungan dan melihat Zill memberikan pandangan yang mendamaikan, hatinya sedikit tersentuh.

"Jangan risau... I okay...." balas Zill seolah-olah memujuk si manis yang sedang rawan.

Diikutkan, Zill yang selama dia kenal adalah manusia yang paling tenang dan teratur tingkah lakunya. Kata-katanya juga meyakinkan. Hatinya juga tulus. Dan seharusnya, dia yakin Zill mampu untuk membalas soalan-soalan pedas yang bakal ditanya oleh Natasya.

Alea mula berdebar saat mendengar soalan-soalan dari Natasya. Namun dia biarkan ibarat angin lalu. Kakinya menyusun langkah ke khemah buffet lalu beberapa kuih dan manisan dia susun di dalam piring. Usai mengambil air, dia kembali melabuhkan punggung disebelah Zill.

Telinga Alea cuba untuk menangkap perbualan antara Zill dan Natasya. Banyak hal yang ditanya adalah tentang kehidupan Zill. Kerja mana, asal mana, kerja apa.. cuma.. soalan yang terakhir itu... buat Alea hampir tersedak.

"Ok lah...jujur. I tanya you. Bila you nak melamar Vie Alea untuk jadi suri?"

Segenap ruang kembali janggal. Zill ketawa hambar. Jemarinya diangkat menggaru kening. Seraya dia berpaling dan mencari wajah manis Alea. Renungan tajam itu bertukar lembut saat matanya berlaga dengan Alea. Melihat dari riak wajah Alea, Zill tahu wanita itu juga sedang menahan rasa.

Soalan Natasya.. laju dan tajam. Menusuk. Dia tidak pernah bualkan hal ini dengan dengan Zill. Baginya, dia masih punya rasa malu untuk bukakan hal ini pada Zill.

Alea sedar, walaupun hatinya tidak sabar untuk menjadi suri kepada Zill Syakeeb, rasa malu itu masih tersimpul rapi. Cukuplah buat masa kini, dia berbangga memiliki Zill dan dia tidak mahu mendesak Zill untuk menjadi teman sehidup semati. Dia masih waras.

"Tak lama lagi...InsyaAllah," jawabnya dengan penuh yakin. "Susah nak jumpa perempuan macam Alea ni. mestilah I akan memperisterikan dia. Dia cantik, bijak, pandai bawa diri dan yang penting... di faham keadaan I.." Zill ukir senyuman ketika menjawab soalan Natasya.

Mata Natasya diulirkan ke atas. Ada rasa cemburu terpagut dijiwa. Yang lain turut tergamam mendengar kata-kata Zill. Berani dan jujur kedengaran pada halwa telinga wanita. Cair dibuatnya.

Bagi semua, Alea beruntung. Dia memilik seorang lelaki yang lengkap. Kacak, bergaya, bekerjaya, International Bachelor dan... romantik..

"She is the one. I tak nak orang lain selain dia..." ujar Zill lembut. Alea tarik nafas dalam apabila mendengar ayat itu dari Zill.

Alea menangkap kelibat Zill yang bangun dari duduknya. Kemudian tangan kekar Zill dihulurkan kemas untuk disambut. Alea angkat kening. Masih tergamam.

Sekali lagi Zill mengisyaratkan untuk menyambut huluran tangannya dan memahami perbuatan itu, Alea letakkan jemari halusnya pada tapak Zill. Genggaman dieratkan, lalu ditarik lembut tubuh Alea untuk berdiri.

"I tahu... semua sedang menunggu hubungan kami untuk menapak selangkah kehadapan. Dan I tahu... I dah lama buat Alea tertunggu-tunggu... jadi..." Zill mati kata. Ekor mata meyoroti tetamu yang lain.

"Alea sayang," tenang suara menyentuh gegendang telinga Alea.

"I love you," bisik Zill. Jiwa Alea menggebu saat mendengar ucapan itu.Jantungnya berdetak seribu.

"I nak semua jadi saksi.. disebabkan mereka bertanya..."

Zill tertunduk memandang jemari Alea yang berada di dalam genggamannya. Kemudian dia panggung wajah, membenamkan pandangan pada wajah Alea yang menanti kata-katanya.

"Will you marry me?" 

PUTERA IMPIAN MR SWINDLERWhere stories live. Discover now