02 ✧.*

2.7K 118 3
                                    

"YA Allah, betul ke ni Qadif?" tanya Datin Qamariah. Dia memandang sebak raut wajah anak sulungnya ini dengan tubir mata yang sedikit berair.

"Betul mama," angguk Qadif. Pandangan si ibu dibalas dengan senyuman tipis.

"Alhamdulillah. Mama nak pergi tengok Naura boleh?"

"Naura tak ingat apa-apa lagi, mama," balas Qadif. Sebolehnya, dia tidak mahu Naura berjumpa ramai orang lagi buat masa sekarang. Ini untuk kebaikan isterinya juga.

"Biarkanlah dulu Naura tu. Nanti menantu kita sihat sikit baru awak pergi melawat. Abang pun nak pergi juga," celah Dato' Razif sebelum meneguk segelas air kosong.

"Taknak biarkan. Nak tengok sekarang juga. Qadif anak mama, please?" Datin Qamariah menarik tangan Qadif. Menggenggam lembut tangan itu dengan mata yang memujuk.

"Mama," panggil Qadif, meleret.

"Qamar," panggil Dato' Razif juga. Kepala digelengkan perlahan seraya mengatur langkah ke ruang tamu. Di mana dua beranak itu sedang berborak.

"Saya rindulah menantu saya," cebik Datin Qamariah. Jelas tidak dapat disorok muka sebalnya.

"Baru je kita pergi tengok minggu lepas," balas Dato' Razif.

"Rindu nak boraklah. Minggu lepas kita pergi, Naura tak sedar lagi," masih degil. Tidak memandang suaminya. Hanya seraut wajah milik Qadif yang dilihat. Cuba memujuk.

"Adalah sebabnya Qadif tak benarkan lagi. Awak kenalah sabar sikit," pujuk Dato' Razif pula.

"Yalah. Mama tahan rindu mama," kata Datin Qamariah, mengalah. Berjaya menerbitkan senyuman manis di bibir milik Qadif.

"Terima kasih mama," kata Qadif. Datin Qamariah cuma mengangguk. Melemparkan juga senyuman tipis buat anak sulungnya. Separuh rela.

"Terima kasih papa," bisik Qadif pula. Dato' Razif yang baru ingin melabuhkan duduknya bersebelahan Qadif, berpaling. Automatik, bibir menguntum senyuman.

"Sama-sama. Nanti belanja papa golf club baru," bisik Dato' Razif juga.

"Tak ikhlas," kutuk Qadif. Berkerut mukanya melihat si ayah. Dato' Razif tergelak kecil. Dia memukul kuat bahu sasa Qadif dengan gelengan kepala.

"Ikhlaslah tu. Ni upah."

"Bisik apa? Mengumpat mamalah tu," Datin Qamariah memincingkan mata. Sedikit tidak puas hati dengan suaminya yang enak bergelak ketawa itu.

"Kamu dah jumpa dengan Dato' Jazron?" tanya Dato' Razif.

"Belum papa. Supposedly, this evening," jawab Qadif. Dato' Jazron merupakan salah seorang pemegang saham yang penting juga untuk keutuhan Benjamin Holdings.

"Do your best."

"Baik papa."

"Asyik-asyik topik business yang masuk," sampuk Datin Qamariah. Mempamerkan muka yang tidak puas hati juga. Sekelip mata sahaja, topik berubah.

"Baru jelah. Mana pula asyik-asyik," kerut Dato' Razif.

"Abang ni!" Datin Qamariah turut berkerut. Laju tangannya bergerak ke perut sang suami sebelum dihalang Qadif. Sengaja dia berdehem kuat dan berpura-pura batuk.

"Qadif nak pergi tengok Naura sekejap sebelum masuk office," kata Qadif. Jam tangan berjenama Rolex yang dipakai kemas di pergelangan tangan, ditengok sekilas. Sudah melepasi waktu Zohor.

"Qadif, mama ikutlah," kata Datin Qamariah. Lengan Qadif dipegang.

"Mama, no," kata Qadif seraya bangun dari duduk. Dia meneguk habis air nescafe suam yang dibuat oleh Datin Qamariah. Kepala digeleng laju pula sejurus itu. 

C | Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now