Phuwin terbangun daripada tidurnya bila bunyi alarm di telefonnya berdering kuat. Tangan Phuwin teraba-raba, mencari telefonnya. Phuwin duduk sambil bersandar di kepala katil dengan telefon di tangannya. Dia menggosok kedua matanya dan mematikan alarm yang menunjukkan pukul 6:30 pagi. Phuwin mencampakkan telefonnya di atas meja tepi katil dan mengalihkan tangan Pond yang melingkar di pinggangnya.
Phuwin turun daripada katil dan mengambil tuala di penyidari almari. Dia memasuki bilik mandi dan berdiri di hadapan cermin. Phuwin melihat-lihat leher, bahu, dada dan perutnya yang mempunyai banyak hickey dan bekas-bekas gigitan kemerahan. Phuwin mengangkat bahunya, tidak peduli dengan tanda-tanda ini dan membersihkan tubuhnya lebih-lebih lagi bahagian bawah tubuhnya. Hickey yang penuh di selengkangan dan paha nya dilihat dan dia seperti biasa, hanya menyabuni badannya dengan sabun berbau lemon.
Dia keluar daripada bilik mandi dan melihat Pond masih tidur di atas katil dengan selimut yang menutupi bawah perutnya. Phuwin membuka almari pakaian dan dia memakai baju. Phuwin menggosok rambutnya yang basah dan mengeringkan rambut menggunakan hair dryer. Selepas meletakan krim di muka dan lip balm, dia keluar daripada bilik tidur untuk memasak sarapan.
Pond terbangun daripada tidur bila setitik cahaya matahari menembus masuk ke dalam retina matanya. Dia mengeliat perlahan dan membuka matanya. Dia bangun daripada pembaringannya dan memandang sekeliling, mencari tubuh isterinya tetapi tubuh ramping Phuwin tiada di sekitar bilik.
Pond melihat jam di dinding. Sudah pukul 7:30 pagi. Pond menyingkap selimut dan memasuki bilik mandi untuk membersihkan diri. Selepas membersihkan diri, dia hanya memakai seluar track jenama Adidas berwarna kelabu dan tidak memakai baju. Bau masakan yang semerbak, menarik perhatiannya. Pond berjalan ke arah dapur dan nampak Phuwin tengah memasak sarapan.
Pond senyum melihat Phuwin yang memakai hoodie kelabu jenama Adidas, pasangan seluar track Adidas yang dipakainya saat ini. Phuwin memakai boxer hitam ketat paras paha tetapi boxer nya itu ditutupi oleh hoodie membuatkan Phuwin kelihatan mungil dengan pakaian tersebut. Dia melihat hickey yang berada di leher dan paha Phuwin. Sungguh terserlah hickey tersebut di mata Pond. Kerah hoodie itu sedikit melorot di bahu Phuwin membuatkan Pond ada nampak dua atau tiga hickey di situ.
" Selamat pagi " ucap Pond dan memeluk Phuwin dari belakang. Dia meletakkan dagunya di bahu Phuwin. Dia mengucup pipi Phuwin.
Phuwin terkekeh geli, " Selamat pagi " balas Phuwin dan mengucup bibir tebal Pond sebagai morning kiss. Dia melihat Pond yang bertelanjang dada dan hanya memakai seluar track Adidas. Dia kembali memasak sarapan. Walaupun dia kesusahan bergerak kerana Pond memeluknya dari belakang tetapi dia tidak merungut apa-apa. Dia nyaman dalam keadaan ini.
" Tak pergi kerja ke ? " tanya Phuwin sambil memotong daun bawang.
" Pergi. Pukul.. Hmmmm 9:30 pagi ? " Pond kembali menanya.
Phuwin hanya mengangguk. Dia memasukkan daun bawang itu ke dalam sup ayam nya.
" Masak apa ? " tanya Pond dan melihat sarapan yang masih berada di atas kompor.
" Sup ayam dan omelette " jawap Phuwin sambil memecahkan telur ke dalam mangkuk kaca. Dia mengaduk telur itu menggunakan garfu dan menuangkan cairan telur itu ke atas kuali leper.
Pond hanya memandang sahaja Phuwin memasak. Kadangkala, dia akan menutup mata sambil menghirup haruman lemon yang berada di tubuh Phuwin. Nyaman. Tenang.
Pond mengucup tengkuk Phuwin membuatkan Phuwin tersenyum nipis. Dia menutup api dan masa itu dia menghadap Pond.
Pond memeluk pinggang Phuwin dan dia mengucup bibir Phuwin. Phuwin dengan senang hati, membalas kucupan itu sambil matanya tertutup rapat. Pond menolak-nolak tubuh Phuwin sambil berciuman membuatkan Phuwin terundur-undur ke belakang sampaikan badan Phuwin bertembung dengan meja makan.
YOU ARE READING
Strawberry and Cigarettes ( S2 )
RomanceAda seseorang memerhatikannya membuatkan dia hidup di dalam ketakutan dan berhati-hati bersama pasangannya yang melindunginya