Phuwin duduk di sofa warna putih dan memandang televisyen dengan pandangan kosong. Dia melihat dadanya yang sudah dirawat oleh Mix.
Mix duduk di sebelah Phuwin sambil meletakkan dua cawan mug kopi dan satu bekas plastik yang terisi beberapa potongan kek di dalamnya.
" Still sakit lagi ke ? " tanya Mix sambil memandang dada Phuwin. Phuwin membalut tubuhnya dengan tuala extra yang Mix simpan memandangkan baju Phuwin tengah dibasuh oleh Mix.
Phuwin memegang dadanya dan menggelengkan kepalanya.
" Ada sakit di mana-mana lagi ? " tanya Mix, melihat leher dan bahagian tubuh Phuwin yang lain.
Pipi Phuwin memerah dan menggeleng bila mengetahui pandangan Mix itu tertuju ke arah mana.
Mix ketawa kecil dan memberikan satu mug berisi kopi, " Dah malam ni. Dari tadi tengah hari sampai sekarang, kau duduk rumah aku. Bila nak balik ? "
Phuwin memandang sahaja wap kopi yang mengepul-ngepul di udara, " Phi menghalau aku ke ? "
" Tak. Aku cakap macam ni sebab aku teringatkan Pond. Pond kat rumah, mesti risaukan kau yang tak balik-balik lagi. Kau dah ada suami Phuwin. Kau kena fikirkan perasaan suami kau juga " ucap Mix sambil menepuk lembut bahu Phuwin. Dia memicit-micit bahu Phuwin supaya dapat menenangkan Phuwin.
Phuwin hanya menghela nafas.
" Kalau cemburu pun, jangan bawak diri macam ni. Berbincang lah dengan Pond. Kan lebih baik " Mix menggelengkan kepalanya.
Phuwin diam sahaja.
" Ni, makan lah kek ni " Mix menolak bekas plastik itu dekat Phuwin. Garfu yang dibawak sama tadi, dihulurkan dekat Phuwin.
Phuwin hanya mengikut arahan Mix. Dia membuka penutup bekas plastik itu dan matanya berbinar-binar melihat kek strawberi di hadapannya. Terus Phuwin makan kek tersebut dengan wajah yang bahagia. Sudah lama dia tidak makan strawberi. Rindunya dengan rasa manis masam-masam ini.
Mix senyum melihat Phuwin yang fokus memakan kek strawberi pemberian tunang nya itu.
" Phi tak nak ke ? " tanya Phuwin.
Mix menggelengkan kepala, " Makan lah. Habiskan pun tak apa. Aku dah muak makan kek setiap hari sebab P'Earth always hantar kek ni dekat aku " kata Mix sambil menghirup kopi.
" You so lucky " usik Phuwin dengan kening naik turun.
Mix hanya senyum sahaja melihat sikap Phuwin. Dalam hatinya, dia bersyukur Phuwin datang kepadanya. Kalau Phuwin pergi ke tempat lain, dia tidak boleh membayangkannya. Dia hanya tidak mahu Phuwin ditangkap oleh lelaki berhoodie entah siapa itu.
Phuwin berpamitan dengan Mix untuk pulang ke rumah. Mix mahu menghantar Phuwin tetapi Phuwin menolak kerana tidak mahu menyusahkan Mix. Dia hanya memakai baju Mix sahaja kerana bajunya masih basah selepas keluar daripada mesin basuh. Mix melihat Phuwin pergi dengan perasaan berat hati kerana membiarkan Phuwin sendirian. Perlahan-perlahan, Mix masuk ke dalam apartemen nya dan menutup pintu.
Phuwin melalui tempat parking kenderaan. Gelap. Saliva perlahan mengalir di kerongkong nya. Peristiwa itu berulang-ulang di otaknya. Perasaan takut mulai menjalar di segenap urat saraf nya. Dia memandang sekeliling, tidak nyaman bila terasa diri diperhatikan. Jantungnya berdegup kencang. Dan perkara yang paling Phuwin menyesal sekarang ini adalah.... Kenapa dia tolak permintaan Mix untuk menghantarnya ? Kalau tidak, dia tidak akan ketakutan berjalan sendirian di tempat parking ini.
Phuwin memberanikan diri untuk terus melangkah ke pintu jalan keluar. Pintu yang utama tengah dibaiki sekarang ini, terpaksa dia menggunakan pintu keluar di tempat parking ini. Dia meneruskan langkah kakinya hanya kerana mahu pulang. Kepalanya hanya satu sahaja. Pond ! Dia mahu berjumpa dengan Pond. Perasaan rindu, bersalah dan risau yang maha besar membebani dirinya saat ini.
YOU ARE READING
Strawberry and Cigarettes ( S2 )
RomanceAda seseorang memerhatikannya membuatkan dia hidup di dalam ketakutan dan berhati-hati bersama pasangannya yang melindunginya