Phuwin pegun di depan pintu kayu besar itu. Dia memandang tulisan berangkai emas yang tertulis cantik di pintu besar itu.
Inocencio Balthazar
Pertama kali Phuwin tahu nama panjang Inocencio. Balthazar ? Unik.
Inocencio menekan-nekan password pintu sebelum dibuka menggunakan kunci elektronik. Sebaik sahaja pintu terbuka, Phuwin berjalan terhincut-hincut masuk ke dalam penthouse yang berada di hotel milik Inocencio.
Phuwin memandang sekeliling. Kemas susun atur perabot rumah itu buatkan Phuwin kagum. Elegen dan mewah.
Inocencio menjemput Phuwin untuk duduk di atas sofa berangkai tiga. Rasa canggung tiba-tiba menjalar di jiwa Phuwin kerana pertama kali dia berjumpa dengan Inocencio secara begini membuatkan lidahnya kelu. Selama ini dia jumpa Inocencio, hanya sekejap sahaja. Tidak sampai 10 minit tetapi kali ini, lebih dari setengah jam dia bersama dengan Inocencio.
" Nah Phuwin " Inocencio memberikan satu getah rambut warna hitam dekat Phuwin.
Phuwin mengjongketkan keningnya.
" Ikat rambut awak. Rambut awak terlalu panjang " kata Inocencio sambil menunjuk rambut Phuwin yang panjang paras leher, hampir mencecah bahunya.
Phuwin mengambil getah itu dan memandang rambut Inocencio. Inocencio mempunyai rambut panjang paras dada dan Inocencio mengikat rambutnya dengan gaya ponytail.
Phuwin mengulung rambutnya dan mengikat rambutnya dengan getah. Dia hanya mengikat rambutnya dengan gaya messy bun.
Phuwin nampak Inocencio tengah call dengan seseorang. Phuwin melihat cermin yang tergantung di dinding, tepat di sisi kanannya. Phuwin melihat dirinya saat ini. Tidak terurus sejak setahun lepas kerana lelaki berhoodie.
Rambut hitam nya sudah panjang kerana tidak dipotong dari tahun lepas. Rambutnya panjang hampir mencecah bahu dan sekarang ini diikat gaya messy bun. Wajahnya pucat. Ada lingkaran hitam di bawah matanya dan bibirnya kering. Dia memegang wajahnya yang cengkung. Dia berubah sungguh drastik sekali kerana kehadiran lelaki berhoodie itu.
Apakah wajah ini yang selalu Pond nampak bila Pond balik kerja dengan kepenatan ? Bagaimana perasaan Pond bila melihat wajahnya yang sungguh kesian ini ? Dia sudah lama mengabaikan penjagaan kulit wajahnya. Wajahnya pucat, tidak mempunyai cahaya seperti sebelum ini. Apakah Pond kecewa melihatnya dalam keadaan begini ? Bagaimana dia mahu mengembalikan rupanya kalau kehidupannya begini ?
Inocencio mendatangi Phuwin, " Kejap lagi kawan saya datang untuk check kaki awak. Jangan risau " Inocencio bersuara sambil duduk di hadapan Phuwin tetapi Phuwin tidak menyahut percakapannya membuatkannya memandang Phuwin.
" Phuwin " Inocencio menepuk meja kaca yang berada di tengah-tengah di antara mereka.
Phuwin tersentak. Dia mengalihkan wajahnya dari cermin. Dia memandang Inocencio dengan wajah kebingungan.
" Ye ? Apa ? "
" Awak dengar tak saya cakap tadi ? "
" Erhmm.. Kau cakap apa ? Maaf, aku tak dengar " Phuwin menggaru rambutnya dengan canggung.
Inocencio senyum hambar, " Nanti kawan saya datang, check kaki awak "
Phuwin mengangguk, " Oh okay " ringkas balasan Phuwin.
Melihat Inocencio membuatkan Phuwin teringat akan wajah Pond.
Pond !
Phuwin baru tersedar dari lamunannya. Lantas dia mencari jam di sekitar ruangan itu. 9:30 malam. Shit ! Semua yang terjadi hari ini membuatkan Phuwin melupakan Pond.
YOU ARE READING
Strawberry and Cigarettes ( S2 )
RomanceAda seseorang memerhatikannya membuatkan dia hidup di dalam ketakutan dan berhati-hati bersama pasangannya yang melindunginya