Ting ! Tong !
Bunyi loceng pintu memenuhi segenap ruangan itu. Inocencio memandang ke arah perempuan itu yang berdiri di sebelahnya.
Melihat pandangan Inocencio, perempuan itu dengan pantas membuka pintu dan Pond terus berlari masuk ke dalam ruangan ini. Pond terus memegang kedua bahu Phuwin yang duduk di atas sofa.
" Are you okay dear ? Where have you been ? What happened ? " tanya Pond bertubi-tubi. Dia memandang mata Phuwin yang sayu. Dia mengusap lembut ubun-ubun rambut Phuwin.
Phuwin menggelengkan kepalanya sahaja, " Kaki terseliuh " jawap Phuwin dengan ringkas.
Pond memandang ke arah Inocencio dan perempuan itu, " Oh ! How rude of me ! Ino, thank you very much because you saving my wife" ucap Pond dan menepuk lengan Inocencio.
Inocencio ketawa kecil, " It's a pleasure. Small matter "
" Hmmmm.. Awak jumpa Phuwin di mana ? " tanya Pond dengan senyuman nipis di bibir.
Inocencio terdiam.
" Ceritakan perkara sebenar " pinta Pond dengan suara authority.
Phuwin memandang Inocencio dan menggelengkan kepalanya, menyuruh Inocencio tidak membuka mulut.
Inocencio menelan salivanya. Melihat pandangan tajam Pond membuatkan Inocencio kecut perut. Suasana terintimidasi oleh aura Pond.
" Hmmm.. Saya jumpa Phuwin dekat tempat parking apartemen saya duduk. Phuwin hmmmm.. ditindih ? Oleh seorang lelaki yang tak dikenali. Lelaki itu seperti mencium leher Phuwin ? Dan yahhh.. Saya selamatkannya " cerita Inocencio dengan senyuman pahit di bibirnya. Dia memandang Phuwin, memohon maaf kerana tidak dapat menolong Phuwin merahsiakan kejadian itu.
Rahang Pond diketap kuat. Kedua tangannya digenggam membuatkan urat-urat timbul, " Oh.. Terima kasih lagi sekali kerana awak selamatkan Phuwin. Jika awak tidak selamatkannya, mesti kejadian lain yang saya akan dengar.
Pond senyum dan menjeling ke arah Phuwin. Phuwin menundukkan pandangannya. Dia tidak tahu kenapa tiba-tiba dia takut dengan Pond. Selama ini, dia tidak pernah merasai perasaan takut begini jika berhadapan dengan Pond walaupun sebesar manapun kesalahan dia lakukan tetapi kenapa saat ini dia perlu merasakannya ? Perasaan takut ini membuatkan perut Phuwin menjadi senak. Terasa makanan yang tadi dia telan, seperti mahu keluar kembali.
" Suami aku dah sampai. Aku minta diri dulu. Terima kasih atas segala kebaikan kau, Inocencio " ucap Phuwin, cepat-cepat bersuara untuk pergi dari situ.
Perjalanan ke lif penuh dengan kebisuan. Muka Pond tak payah cakap. Datar dari tadi. Phuwin nampak rahang Pond diketap kuat menunjukkan bahawa Pond tengah menahan marah. Dia hanya takut apa yang akan terjadi nanti kerana Pond tidak pernah memarahinya. Pond sabar melayani kerenah nya tetapi kali ini, sepertinya, kemarahan Pond sudah melebihi batas.
" P'Pond.. -
" No ! Don't Phuwin. Kita kat public " potong Pond dengan tegas.
Terus terdiam Phuwin bila dibentak sebegitu. Dia meramas-ramas hujung bucu bajunya dengan kepala tertunduk sedih.
Keluar sahaja dari lif, Pond berjalan terlebih dahulu meninggalkan Phuwin yang berada di belakang, berjalan terhincut-hincut kerana kakinya yang terseliuh.
Pond yang menunggu Phuwin lama sangat, terus mengangkat tubuh Phuwin bridal style tanpa mempedulikan sekeliling. Banyak mata memandang Pond dan Phuwin.
Phuwin terkejut bila Pond mengangkat nya, " Pond... Lepaskan saya. Saya boleh jalan sendiri "
YOU ARE READING
Strawberry and Cigarettes ( S2 )
RomanceAda seseorang memerhatikannya membuatkan dia hidup di dalam ketakutan dan berhati-hati bersama pasangannya yang melindunginya