dua 🛥️

28 0 0
                                    

4 Sept 1994.

Zahrain's family home.

Alia sedang berbaring di katil bilik abangnya. Aman sungguh rasa. Dia membaca buku sambil menyilangkan kaki ke atas. Kedengaran bunyi keypad laju ditekan. Hal ini membuatkan Alia teruja untuk pergi melihat dengan lebih mendekat. Dia meninggalkan buku yang dibaca dan pergi ke arah abangnya yang sedang leka di komputer.

"Abang buat apa tuu?"

Zahrul menoleh dan tersenyum.

"Abang tengah buat surat."

"Surat? Untuk apa?"

Sekali lagi Zahrul tersenyum.

"Kawan abang nak apply jadi tentera laut tapi tak tahu nak buat ayat jadi abang tolong lah dia sikit."

"Eii, dah besar pun harapkan orang. Abang tu pun baik sangat pergi tolong."

"Heyy mulut tuu. Dia kawan baik abang. Apa salahnya kan."

"Tapi bukan ke tu dikira membuli?"

Zahrul ketawa besar. "MashaAllah adik ku sorang niii." Zahrul menyekeh kepala adiknya.

"Ishh, apa abang ni. Betul lah kan."

"Tak betul."

Alia mencebik. "Haih, kalau bercakap dengan abang ni memang macam cakap dengan robot. Robot berhati baik. Haa abang lah tu."

Zahrul ketawa lagi. "Apalah awak ni. Dahlah, pergi sambung baca buku. Atau tolong mama kemas rumah ke."

"Taknak lah, nak tidur." ujar Alia lantas terjun ke katil abangnya.

"Heyy, kan abang dah cakap jangan terjah macam tu."

Senyap sunyi.

"Aik, kejap je dah tidur? Lantak lah, yang penting senyap sikit mulut murai tu." Zahrul tersenyum lagi.

Zahrul meregangkan tangan selepas menyiapkan surat itu. Dia menoleh ke arah Alia yang sedang nyenyak tidur. Lantas dia pergi turun ke bawah untuk berjumpa mamanya.

"Mamaku, sedang buat apa?"

Mama menoleh sambil tersenyum.

"Tengah potong epal. Dah siap ke kerja awak tu?"

Zahrul mengangguk lalu mengambil sebatang epal yang sudah dipotong.

"Awak ni kan, baik sangat. Tolong aje si Syah tu."

Zahrul tersenyum. "Ayat mama dengan Alia sama aja. Apa salahnya kan mama."

"Takdelah, dari mula kenal lagi awak selalu tolong Syah tu. Sampaikan nak apply kerja pun awak tolong. Mama risau dia nak ambik kesempatan je."

"Ishh, takdelah sampai macam tu ma. Syah tu baik orangnya."

"Memanglah baik, tapi.."

"Takda tapi-tapi ma. Dia pun dah banyak tolong Rul ma. Cuma Rul tak pernah cerita lagi."

"Yelah, sebab tak ada lah tak cerita." Mamanya mencebik. Zahrul hanya ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.

"Haa, mana adik awak sorang tu?"

"Mama rasa?"

"Tidur?" Zahrul mengangguk. Mama menggeleng kepala.

"Macam mana lah nak kahwin, asyik nak tidur sahaja dia tu."

"Kahwin? Tak perlu lah ma."

"Apa pula tak perlu Rul. Alia tu dah 18 tahun. Cukup dah masanya untuk mencari."

"Alah, rilex lah ma. Rul yang umur 21 ni pun takda lagi."

"Iyelah, kamu tu asyik berkepit dengan Syah tu mana lah orang nak. Orang perempuan mesti ingat awak tu gay."

Hampir nak tercekik Zahrul dibuatnya. Dia ketawa riang.

"Ya Allah maaa. Apa ma cakap ni?" ujar Zahrul masih ketawa.

"Iyelah, dari awak umur 8 tahun nama Syahrul saja yang awak sebut. Katanya nama awak berdua digabungkan. Apa lah.."

"Hahahaha, mama ni kelakar lah. Dahlah, Rul nak kejutkan si Alia tu. Nanti gastrik pula budak tu."

"Yelah.."


Leftenan Syah (Ongoing) 🤍Where stories live. Discover now