satu 🛥️

19 0 0
                                    

21 Jun 1993.

Zahrain's family home.

Alia segera mencapai popcorn yang baru dibelinya bersama mama petang semalam. Duduk tercongok melihat televisyen. Sangat tidak sabar rasanya.

Tett tett tett..

"Assalamualaikum para penonton. Mari kita saksikan  siapakah gerangan kapten kita pada hari ini? Jeng jeng jeng..."

Berdebar jantung Alia. Setiap hari isnin dan selasa, Alia tidak akan pernah miss untuk melihat rancangan itu. Tangannya pula sibuk mengambil popcorn disebelahnya.

"Yaa itu diaa. Kapten Zahrul. Assalamualaikum kapten."

Membulat mata Alia. Dia bingkas bangun dan menarik tangan mamanya yang sibuk menyiang ikan di dapur.

"Ye Alia, sekejap lah.. kenapa tergesa ni?"

"Mama cepatlah, nanti hilang."

"Ya Allah bertuah ni, ye ye jom"

Alia membawa mamanya ke hadapan televisyen. Terkedu mamanya seketika. Alia hanya tersenyum melihat kelakuan mamanya.

"A-a-abang.."

Alia mengangguk. Mengalir air mata mamanya ketika itu. Setelah berbulan-bulan tidak melihat abang sulung Alia, tiba-tiba muncul abangnya di kaca TV.

"Saya mahu mengambil kesempatan untuk mengucapkan rasa rindu kepada mama dan adik bongsu saya Alia. Semoga baik-baik sahaja. Abang baik sahaja di sini." Zahrul melambai-lambaikan tangannya.

Alia memeluk mamanya. Berair juga matanya melihat abang kesayangannya itu. Tiap hari dia menghitung hari. Sudah 6 bulan abangnya pergi menjalankan tugas dan meninggalkan mereka berdua. Bukan senang nak telefon, line di laut bukan seperti di darat. Akhirnya, muncul juga wajah abang sulungnya itu. Dapat juga melepaskan rindu yang menggunung.

4 October 1993.

Zahrain's family home.

"Mama, cepatlah." rengek Alia.

"Ye sayang, sekejap je lagi. Mama nak bungkus sikit lagi."

Alia mendengus kasar. Sudah lelah dia menunggu. Balik-balik mamanya suruh tunggu.

Alia membetulkan keadaan tudungnya. Rimas betul rasanya. Biasalah, pertama kali memakai tudung. Sekejap sengetkan, sekejap lagi betulkan semula. Tak habis-habis menghadap cermin kerana risau mukanya nampak tak cantik.

"Okay, jom."

Alia tersenyum lebar. Akhirnyaa kawan-kawan!

"بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ"

Alia membaca doa itu. Mamanya di sebelah mengaminkan doanya.

"Dah sampaii" ujar mamanya riang.

Kuala Lumpur International Aiport.

Alia mengambil beg bekal yang dibuat oleh mamanya. Matanya melilau melihat keadaan sekeliling. Sudah begitu lama dia tidak datang ke tempat ini. Mereka duduk di tempat yang disediakan sambil menunggu para penumpang. Mata Alia sekali lagi melilau mencari kelibat seseorang. Mana lah dia...

"Assalamualaikum.." satu suara menyapa dua beranak itu.

Alia dan mamanya serentak bangun.

"Abanggg!" Mama dan dia memeluk erat abangnya. Macam biasa, air mata akan sentiasa menemani. Abangnya mengelap air mata kedua-dua kesayangannya itu.

"Jangan lah menangis, mama.. Alia.. abang sedih lah macam ni.." sebak suara Zahrul.

Zahrul kemudian mencubit pipi Alia.

"Auchh" ujar Alia geram. "Mama, tengok abang ni." ngadu Alia. Mamanya hanya tersenyum manis.

"Sejak bila awak pandai bertudung ni? Nasib baik mama ada, kalau awak seorang je tadi alamatnya sampai esok lah awak tunggu sini sebab abang balik dulu."

"Kenapa nak tinggalkan Alia pula?" soal Alia geram.

"Iyalah, abang tak kenal awak jadi abang anggap awak dengan mama tunggu abang dekat rumah lah." jawab abangnya sambil ketawa. Mamanya juga ketawa. Muka Alia mula cemberut.

"Hahaha, tengok tu. Nyakat sikit mula lah keluar mulut itik dia tu. Aduhai, awak ni kan Alia.." abangnya sekali lagi mencubit pipinya.

"Hmph, malas lah nak layan abang. Buang sakit hati aja!"

"Aik, baru lima minit jumpa abang dah malas? Okay lah, abang pergi ke laut balik lah.. Takpelah.." jawab abangnya segera berjalan ke platfom penumpang.

"Ehh, janganlah. Alia gurau aja." Alia berlari dan terus memeluk lengan abangnya.

"Haa tahu pun takut." abangnya mengelus kepalanya.

"Memang lah takut, bukan senang nak jumpa abang." Alia melentokkan kepalanya di dada abangnya.

"Dahla tu berdrama, jom kita makan" ujar mama sambil membuka bekal yang dibawa.

"MashaaAllah, ada sotong dengan udang sambal, ikan keli berlado. Ya Allah, nikmat nya ma!" ujar Zahrul girang.

"Kalu nikmat, cepat baca doa. Lapar dah ni"

"Baik ma. Bismillahirrahmanirrahim..."

Mereka bertiga duduk bercangkung dan menikmati makanan. Kebahagiaan terasa di jiwa mereka bertiga.

Alhamdulillah.

Leftenan Syah (Ongoing) 🤍Where stories live. Discover now