Chapter 49

248 13 0
                                    

3 hari sudah pergi sejak Phuwin hampir dilanggar oleh kereta...

Kelopak mata itu bergerak-gerak perlahan dan mata itu terbuka menampakkan biji mata hitam nya yang memikat hati semua orang. Matanya yang redup tampak sungguh mempesonakan.

Pond mengangkag tangannya dari pinggang Phuwin dan dia mengeliat, meregangkan otot-otot tubuhnya. Dia menggosok-gosok matanya dan memandang jam di dinding. Sudah pukul 7:30 pagi.

Aneh...

Dia merasakan ada deru nafas panas menyapa pipinya. Pond memandang ke arah kanan dan nampak Phuwin tertidur dengan kepala bersandar di bahunya.

Pelik...

Phuwin selalu bangun pukul 6:30 pagi tapi ini sudah lebih dari pukul tujuh, Phuwin masih belum bangun daripada tidur. Pond perlahan-lahan bangun dan dudukkan dirinya di atas katil. Dia melihat Phuwin yang masih lena tidur di atas katil.

Dia merasakan nafas Phuwin. Panas. Dahi, leher dan perut kempis Phuwin pun disentuh juga dan ia sama suhu. Panas. Pond mencengkam rambut perang nya bila mengetahui Phuwin demam. Mungkin kerana semalam, Phuwin berdiri di tengah panas semasa Phuwin cakap yang Phuwin nampak lelaki berhoodie itu. Rasa kesal menyelubungi jiwanya. Jika dia memberikan kunci kereta dekat Phuwin, mesti Phuwin tidak akan demam dan tidak akan hampir dilanggar. Bodoh nya dia !

Pond merangkul pinggang Phuwin dan dia mengendus perlahan leher Phuwin membuatkan Phuwin merengek manja kerana Pond menganggu acara tidurnya.

Pond senyum dan mengucup lembut pipi Phuwin. Dia kebelakangkan rambut panjang Phuwin supaya dia dapat melihat muka Phuwin dengan jelas. Kening Phuwin dikucup lembut dan dia kembali membaringkan Phuwin di atas katil. Dia bangun dan mengambil tuala di penyidai almari lalu dia masuk ke dalam bilik mandi.

Setengah jam kemudian, Pond keluar dengan keadaan basah kuyup. Tuala menutup bahagian privasi nya. Pond mengerutkan dahinya bila melihat katil sudah berkemas dan tiada Phuwin di atas sana. Ada juga pakaian kerja nya yang sudah siap di atas katil, terbentang seperti menyuruh dia memakai pakaian itu.

Pond memakai seluar slack hitam dan kemeja warna ungu gelap yang disedikan oleh Phuwin. Pond keluar daripada bilik tidur dan menuju ke dapur bila menghidu haruman masakan di pagi hari.

Pond senyum melihat Phuwin tengah memotong bawang. Rambut Phuwin digulung sembarangan membuatkan beberapa helai rambut berjuntaian menghiasi wajah Phuwin yang sedikit bengkak kerana baru bangun daripada tidur. Phuwin hanya memakai hoodie dengan seluar pendek paras lutut sahaja.

Phuwin yang tengah memotong bawang, perasan bila satu tubuh tegap berdiri di muka pintu dapur. Phuwin mengangkat wajahnya dan dia mengukirkan senyuman hambar untuk Pond.

" Selamat pagi, P'Pond " ucap Phuwin dan kembali memandang bawang di papan pemotong.

" Pagi sayang " Pond membalas ucapan Phuwin. Dia duduk di atas meja makan dan Phuwin menghulurkan secawan mug berisi kopi hitam. Dia kembali fokus memasak tanpa menyedari mata Pond memerhatikan sahaja gerak-geri nya.

Pond menghirup sedikit kopi hitam itu dan dia bangun. Dia memeluk Phuwin dari belakang dan tengkuk Phuwin dikucup lembut.

" Awak tak penat ke ? Awakkan tak sihat. Kenapa perlu buat semua ni ? Saya boleh je makan kat luar " tanya Pond sambil menggeselkan hidung nya dekat rambut Phuwin.

Phuwin terkekeh kecil tapi kekehannya itu nampak tak bersemangat dan hambar sahaja. Phuwin menggelengkan kepalanya dan dia memasukkan nasi ke dalam kuali.

" It's okay. Saya masih kuat lagi. Saya just pening je "

Pond mengusap lembut perut Phuwin, " Cuti hari ini. Rehat "

Strawberry and Cigarettes ( S2 ) Where stories live. Discover now