Phuwin mengangkat bakul yang penuh pakaian kotor dia dengan Pond. Pakaian kotor itu dimasukkan ke dalam mesin basuh. Selepas itu, dia ke dapur dan membasuh pinggan, cawan dan alatan memasak yang dia gunakan tadi. Pinggan, cawan dan mangkuk disusun di tempat asal.
Phuwin menuju je ruang tamu dan membersihkan ruang tamu. Bantal-bantal kecil bentuk segi empat petak sama disusun kembali di atas sofa. Majalah-majalah yang bersepah, disusun kembali di bahagian bawah meja kopi. Vakum diambil dan dia vakum ruang tamu itu. Lantai warna putih itu disapu.
Phuwin menyidai semua pakaian yang sudah terbasuh dan kembali menyapu lantai. Selepas menyapu lantai, Phuwin masuk ke dalam bilik tidur dan dia seperti mahu pengsan melihat keadaan bilik tidur yang bersepah itu.
Phuwin melihat bilik tidur itu. Fail-fail yang berada di atas meja kerja Pond bersepah sana sini sampaikan fail tersebut berada di atas kerusi dan lantai. Baju kemeja Pond yang dipakai suaminya semalam ada di lantai manakala seluar jeans Pond tersangkut di kepala katil. Pengantung untuk pakaian bersepah di sana sini dan tuala yang dipakai Pond untuk mandi, terbentang di atas katil tanpa menggantung. Cadar katil juga yang dia sudah kemas tadi, kembali berselerak.
Nak dikatakan di rumah ini ada budak kecil, tiada. Phuwin memicit-micit pangkal hidungnya, penat dengan sikap Pond yang tidak mengambil peduli tentang kebersihan bilik dasarkan Pond itu seorang doktor.
Doktor bodoh ! batin Phuwin. Itu yang selalu dia gelarkan kepada suaminya itu. Dia pelik, bagaimana Pond boleh menjadi doktor kalau sikapnya macam itu ?
Phuwin memasukkan pakaian kotor itu di dalam bakul dan fail-fail disusun menjadi dua timbunan. Penggantung pakaian diletakkan kembali di dalam almari dan tuala digantung. Cadar katil warna kuning cair itu ditanggalkan dan dia menggantikan cadar baru berwarna vintage. Cadar kotor dan pakaian Pond itu dimasukkan ke dalam mesin basuh. Dia menyapu lantai di dalam bilik tidurnya dan dia menyidai cadar dengan pakaian Pond itu.
Phuwin terbaring di atas sofa selepas melakukan semua kerja rumah. Dia melepaskan helaan nafas, kepenatan. Dia bangun daripada baring dan masuk ke dalam bilik semula. Dia mahu menyiapkan assignment nya.
Phuwin meniarap di atas katil dengan MacBook di hadapannya. Kertas-kertas, buku-buku, fail-fail dan alatan tulis bersepah di atas katil. Phuwin memakai cermin mata dan menongkat dagunya, melihat MacBook untuk menyiapkan assignment.
Tidak sampai setengah jam, Phuwin tertidur terlentang di atas katil dengan wajah yang kepenatan.
" Saya sudah pulang " ucap Pond dan membuka kasut pantofel nya. Dia mengerutkan dahinya bila melihat keadaan sekeliling yang gelap. Pond masuk dan membuka suis lampu. Lampu menerangi seluruh ruang tamu, menampakkan ruang tamu yang kemas.
Pond meletakkan barang-barang nya di atas sofa dan dia melangkah ke arah bilik. Dia mencari keberadaan tubuh Phuwin.
Masuk sahaja dia ke dalam bilik, dia nampak Phuwin tidur di atas katil. Sanggulan rambutnya sudah terlerai dan assignment Phuwin bersepah di atas katil.
Pond senyum dan mengusap ubun-ubun Phuwin. Dia mengucup dahi Phuwin dan dia menutup tubuh Phuwin dengan selimut supaya Phuwin tidak kedinginan kerana Phuwin hanya memakai singlet ketat warna putih dengan boxer sahaja.
Pond mengemas assignment dan alatan tulis Phuwin. MacBook pun ditutup dan tiba-tiba ada satu gambar terselit di antara kertas-kertas. Pond mengerutkan dahinya dan dia mengambil gambar itu.
Wajahnya berubah bila melihat gambar itu. Gambar di tangannya, direnyukkan dengan perasaan marah dan dia memandang ke arah tingkap bilik yang terbuka lebar memberikan keizinan angin malam yang dingin menyapa langsir.
YOU ARE READING
Strawberry and Cigarettes ( S2 )
RomanceAda seseorang memerhatikannya membuatkan dia hidup di dalam ketakutan dan berhati-hati bersama pasangannya yang melindunginya